Monday, February 6, 2017

3410) JANGAN TERLAMPAU TAKSUB UNTUK CANTIK - SINAR HARIAN - 6/2/2017

                    SINAR HARIAN 6.2.2017

Mahu kelihatan cantik dan sentiasa sihat, itu antara jawapan yang diberikan oleh pengguna selepas mengalami masalah kesihatan selepas menggunakan produk-produk tidak berdaftar. Menurut aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan,pihaknya menerima pelbagai laporan berkaitan kesan sampingan produk-produk kecantikan dan kesihatan. " Ramai datang mengadu kepada kami tentang masalah seperti ini. Bila ditanya mereka kata terpengaruh dengan iklan produk atas talian. " Ada juga yang kata kawan dia pakai dan  beri kesan positif tetapi bila dia yang pakai, muka telah rosak. Ini masalah masyarakat kita,senang sangat dipengaruh dengan iklan, " katanya. Kesedaran pengguna di negara ini berkaitan kesan akibat penggunaan dan pengambilan produk tersebut masih rendah. " Mereka perlu tahu,banyak produk tempatan dan luar negara yang dijual di negara ini sebenarnya telah di pek semula menggunakan logo sendiri. " Saya terima banyak aduan mengenai produk cuma beberapa ringgit tetapi selepas di pek semula harga melambung tinggi sampai beratus-ratus ringgit. Mereka tidak sedar kebanyakkan produk seperti ini mempunyai bahan terlarang," katanya. Nadzim berkata, ada segelintir pengusaha menggunakan logo PPIM tanpa kebenaran  pada pek produk mereka bagi meyakinkan pengguna, " Jika produk mereka ada bahan terlarang dan beri kesan kepada pengguna, PPIM akan menerima tamparan besar. Orang akan kata macam mana produk ini boleh disarankan oleh pihak kami sedangkan mempunyai bahan terlarang. " Kami sedang meneliti dan akan mengambil tindakan mahkamah kepada pihak ini. Mungkin kita akan hantar surat peguan kepada mereka," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL