BERUS BULU BABI?
PPIM 8/2/2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak pertanyaan dan aduan berkenaan isu khinzir atau babi dan juga telah banyak berkali-kali membuat liputan berkenaan kes ini.
“Sebenarnya aduan berkenaan dengan bulu babi ini telah lama diterima. Dalam masa 20 tahun mungkin sudah 10 kali disuarakan dan hari ini kita rasa sekali lagi terpanggil untuk mengadakan sidang media pada hari ini kerana kita lihat terlalu banyak aduan dari pelbagai pihak” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan
Kesemua bahagian anggota babi ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Mengikut pembahagian anggota badan babi, terdapat 40 kegunaan badan khinzir digunakan. Setiap bahagian boleh menghasilkan banyak produk dan ada juga bahagian anggota badan babi ini boleh menghasilkan peluru.
“Sebenarnya, fokus kita sepatutnya dari bulu babi dan barang-barang kulit yang kita pakai” Jelas Toqqi. Isu halal dalam makanan bagi pengguna telah dititik beratkan akan tetapi ilmu dalam pemilihan barangan harian tidak begitu efektif.
Teknologi kini mampu menyembunyikan bahan yang diperbuat dari bahan berunsur babi ini dan contohnya seperti kasut. Suatu ketiak dahulu, pengguna boleh membezakan dengan melihat tanda seperti tiga titik di bahagian permukaan kasut namun kini tidak lagi dan pengguna semakin dikelirukan.
Kata Toqqi lagi, berus warna juga ada yang dihasilkan dari bulu babi, ada yang bulu kuda dan ada juga diperbuat dari bulu arnab. Apabila satu diragui maka kita tidak tahu yang mana satu yang boleh dipakai.
Oleh itu, di United Nation, kita telah mengiktiraf hak-hak pengguna dan salah satu daripada lapan hak pengguna adalah Hak Untuk Mendapat Maklumat. Pengguna mempunyai hak untuk mengetahui apakah isi kandungan atau metarial yang digunakan di dalam sesuatu produk tersebut.
Oleh itu, PPIM menggesa agar pihak kerajaan supaya menguatkuasakan ataupun mengadakan undang-undang untuk membuat tanda kepada setiap produk yang menggunakan unsur babi supaya tidak ada kekeliruan buat umat Islam mahupun bukan Islam.
“Kalau bubuh logo babi di sini semua paham. Pakcik, makcik tahu ini babi” kata Toqqi untuk memberi contoh bahawa peranan gambar itu sangat memberi kesan yang positif kepada pengguna dan masyarakat.
Selain itu, PPIM juga menyarankan agar pihak KPDNKK untuk menentukan lable ini dipatuhi.
Pelaksanaan ini juga mampu memberi kesan positif kepada pengguna bukan Islam kerana ada segelintir pengguna seperti pengguna vegetarian atau penganut agama hindu yang tidak makan lembu boleh mengetahui isi kandungan produk yang ingin dibeli oleh mereka.
Turut hadir Ketua Aktivis Hal Ehwal Kaum Cina, Encik TS Wong tampil untuk memberi sokongan penuh dalam hal ini.
Encik TS Wong mengatakan kebanyakan kedai-kedai di luar menjual berus cat yang diperbuat dari nilon tetapi ada juga produk lama yang masih menggunakan bulu haiwan.

Sidang Media berkenaan berus berbulu babi.
Contoh bahan lain yang mungkin menggunakan bahan dari babi ditunjukkan oleh Dato' Nadzim Johan
Dato' Nadzim menerangkan penggunaan bahagian-bahagian anggota babi
Pengguna hendaklah mengetahui apakah bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu produk
No comments:
Post a Comment