Friday, October 31, 2014

2200) TV14 31/10/2014 - DBKL “Ambush” Aktiviti Tidak Bermoral


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pelbaga agensi malam tadi melancarkan Operasi bah yang di mana operasi kali ini melibatkan 13 buah agensi kerajaan secara bersepadu demi membanteras habis-habisan kegiatan tidak bermoral di sekitar Kuala Lumpur.
operasi kali ini yang dibahagikan kepada tiga zon bertumpu di tiga kawasan Parlimen iaitu Segambut, Kepong dan Seputeh.
Operasi yang diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Turut membantu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Pada operasi malam ini juga tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir untuk menjadi pemerhati kepada operasi berkenaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sewaktu pemeriksaan di beberapa buah premis, dijumpai sisa kondom terpakai, alat pelincir dan katil yang tidak terurus terus ditinggalkan pelacur dan penjaga sebuah premis pelacuran yang diserbu pihak berkuasa di Kepong malam tadi.
Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) yang dilaksanakan itu  merupakan edisi ke-5 bagi membanteras kegiatan judi haram, rumah urut tanpa lesen dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Galeri Gambar Operasi BAH DBKL :-

Petugas DBKL memecahkan struktur bangunan yang diubahsuai menjadi pusat pelacuran


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...