Tuesday, October 21, 2014

2161) RAKYAT MARHAEN 20/10/2014 - Semua Pendatang: Kumpulan Melayu Mahu Perwakilan Gerakan Dipecat



Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

"PEMBELA menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat dan Islam dilindungi olih Perlembagaan Persekutuan.

"Kini kedaulatan mereka di gugat oleh anasir jahat dari sekumpulan bukan Islam yang berniat untuk memecahbelahkan rakyat," kata
Timbalan Pengerusi  PEMBELA dan ISMA, Aminuddin Yahaya dan Exco Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mahmud Hishamuddin dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai 'pendatang', kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia.


Sumber : http://www.wargamarhaen.blogspot.in/2014/10/semua-pendatang-kumpulan-melayu-mahu.html

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...