Friday, October 24, 2014

2170) ARKIB BERITA PPIM 27/5/2014 Berita Nasional RTM - Isu Coklat Cadbury : DATO' NADZIM JOHAN


Isu pengesanan DNA babi dalam coklat Cadbury mendapat reaksi yang menyeluruh dari pelbagai pihak yang mahu isu itu dipandang serius. 

Keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia. 

Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. 

Datuk Othman berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya Kementerian Kesihatan menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan. 

Jakim turut menetapkan pemegang Sijil Halal Malaysia perlu membuat pengujian berkala bagi produk dan ramuan kritikal (seperti ramuan berasaskan haiwan) di makmal yang telah mendapat akreditasi Jabatan Standard Malaysia.




Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) dalam masa terdekat bagi memastikan ia tidak mengandungi(DNA)babi. 

Sementara itu, premis yang masih menjual dua jenis coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi itu boleh didenda 100 ribu ringgit atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mohd Roslan Mahayudin berkata hukuman itu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang

Ikuti perbincangan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan. 

Antara soalan yang diajukan : 
1. Mengenai isu coklat Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi baru-baru ini, apa pandangan PPIM dalam isu ini? 

2. Walaupun telah mendapat pengiktirafan halal, Cadbury gagal memastikan ia menghasilkan produk yang halal, apa pandangan anda mengenai senario ini? 

3. Apakah tindakan susulan yang dibuat PPIM berikutan masalah ini dan apakah pula pendirian PPIM mengenai isu penting ini? 

4. Adakah pihak PPIM mendapat sebarang aduan atau maklum balas daripada pengguna berikutan pendedahan ini? 

5. Adakah pihak PPIM menerima sebarang maklumat mengenai produk lain yang juga mungkin mengandungi DNA babi sedangkan telah diberi status halal? 

6. Bagaimana pihak PPIM bekerjasama bersama badan lain untuk memantau isu makanan dan minuman untuk memastikan status halalnya? 

7. Dato' mungkin ramai antara mereka yang telah termakan produk yang tidak halal berikutan yakin adanya logo halal tetapi kini mendapat tahu ia tidak halal, apakah pandangan anda kepada mereka yang tidak sengaja memakannya?

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...