Wednesday, May 31, 2017

3770) Perjumpaan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) , Ketua Penyelidik Ekonomi bersama Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi Negara di Pejabat Perdana Menteri - Putrajaya - 30/5/2017


Putrajaya: Satu perjumpaan telah diadakan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Dato’ Nadzim Johan, Ketua Penyelidik Ekonomi, En Azzad Bin Abdul Razak dan Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi Negara,En Saiful. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan tentang masalah ekonomi dan hala tuju negara dalam menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pengguna pada masa sekarang. Isu kenaikan kos sara hidup, kos inflasi dan persepsi masyakat mengenai dasar ekonomi serta kerajaan turut dibincangkan di dalam perjumpaan ini. PPIM turut membawa satu lagi isu yang hangat iaitu isu peniaga menaikkan harga barangan secara drastik serta kurangnya penglibatan orang melayu dalam rangkaian perniagaan di negara kita. Di dalam perbincangan tersebut, PPIM telah mencadangkan supaya boleh ditubuhkan satu badan yang memberi kuasa kepada pihak PPIM dalam membantu memberikan penerangan, perfahaman mengenai hala tuju kerajaan dalam membantu masyarakat dan menjadi orang tengah di antara pihak kerajaan serta masyarakat. WhatsApp Image 2017-05-30 at 10.57.50

3769) Kunjungan hormat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke pejabat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia - 30/5/2017


30/5/2017 – Satu perjumpaan telah diadakan antara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Dato’ Nadzim Johan dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Haji Ali. Perjumpaan yang dilakukan antara kedua-dua belah pihak adalah untuk membincangkan tentang sebuah isu yang agak membimbangkan di negara kita ini iaitu gagak hitam (awang hitam). Kebanjiran Gagak Hitam di negara kita ini amat merisaukan semua pihak terutamanya masyarakat di negara kita. Penyalahgunaan visa kemasukan dan pas pelajar “palsu” sering dikaitkan dengan mereka gelaran Gagak Hitam. Mereka bukan sahaja menimbulkan banyak masalah sosial di negara kita, malah mengambil kesempatan dan mengganggu wanita tempatan yang secara tidak langsung menambah kemarahan orang ramai. PPIM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) sangat prihatin akan masalah ini dan telah berbincang dengan pihak Imigresen mengenai cara untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya akan mengadakan sebuah Task Force bersama jabatan kerajaan khususnya Imigresen dalam membanteras permasalahan penyalahgunaan pas oleh Gagak Hitam ini. WhatsApp Image 2017-05-30 at 09.05.16 WhatsApp Image 2017-05-30 at 09.05.21

3768) Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata PPIM - Malaysia Gazette - 31/5/2017


            
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bercakap mengenai status jenama produk yang mengelirukan pada sidang media di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MEI 2017
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim. Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media hari ini menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik. “Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim. “Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” ulas Nadzim. Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan. Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam. Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan. Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas. Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/30/jenama-islam-belum-tentu-produk-muslim-kata-ppim/

3767) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Semberono - 31/5/2017

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk. 

http://www.semberono.com/2017/05/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/

3766) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - 1Malaysia.Biz - 31/5/2017

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk.

 http://www.1malaysia.biz/blog/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/

3765) WASPADA PRODUK KELIRUKAN UMAT ISLAM-PPIM - WATAN ONLINE - 31/5/2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim. Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik. “Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim. “Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” katanya di Kuala Lumpur, pada Selasa. Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan. Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam. Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan. Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas. Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.

 http://watan-online.com/waspada-produk-kelirukan-umat-islam-ppim/

3764) Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Meningkat – PPIM - Malaysia Aktif - 31/5/2017

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Aduan pengguna kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan kekeliruan status pemilikan produk kian meningkat dari hari ke hari. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat produk berunsur Islam oleh peniaga bukan Islam yang mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. “PPIM mengambil pendekatan membantu pengguna dalam memberi penjelasan mengenai pemilikan produk. “PPIM juga akan melakukan semakan dengan pihak Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenalpasti pemilik produk yang berasaskan Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya, maklumat status pemilikan sesuatu produk ini akan disampaikan kepada pengguna agar dapat membuat pilihan dalam membeli produk di pasaran. “Pengguna Islam hari ini amat perihatin dengan apa yang mereka makan. Amat sukar untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut.” “Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah di bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya.
Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam
Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam.
Nadzim berharap pihak pengeluar tidak mengeluarkan produk yang mengelirukan pengguna. “Antara produk yang dikenalpasti pemilikannya bukan Islam adalah seperti Kopi Cap Masjid, Ubat Gigi Najwa, Safi, Adabi dan banyak lagi,” katanya lagi. Jelas Nadzim, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau sebaliknya setelah mengetahui pemiliknya. Tambahnya, ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama yang tidak melarang umat Islam untuk berurusniaga dengan bukan Islam, tetapi mendapatkan produk yang halal adalah dituntut. Sebelum ini, PPIM pernah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkelaskan logo halal bagi membezakan produk milik Islam atau sebaliknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan. http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=34466

3763) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Astro Awani - 31/5/2017


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran mengkaji semula mekanisme pemberian sijil halal dan penjenamaan produk Islam oleh syarikat bukan Islam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh senarai produk dari syarikat bukan Islam yang telah menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan penggunaan huruf jawi.
"Jadi isunya di sini adalah ketidakpuasan hati pengguna Islam khususnya yang mahukan produk halal yang dikeluarkan sendiri syarikat Islam. "Ini bukan isu halal atau haram sebab logo halal sudah dikeluarkan Jakim," katanya dalam sidang media yang dianjurkan PPIM di Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Nadzim, soal halal, haram atau rasis tidak sama sekali cuba dibangkitkan PPIM. Namun ia menjurus kepada keperluan tuntutan dalam Islam yang menyarankan umat Islam agar mencari perkara yang halal lagi baik atau 'halalan toyyiban'. "Kita terima berpuluh-puluh aduan terhadap berpuluh-puluh produk yang dijenamakan Islam tetapi bukan dihasilkan syarikat atau pengilang Islam. "Jadi kita mengharapkan kerjasama pihak berwajib agar memahami kehendak masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini terutama yang melibatkan makanan." katanya. Tambahnya antara produk-produk yang diadukan kepada PPIM adalah berkenaan produk yang mereka sangkakan ianya keluaran syarikat Islam berdasarkan nama syarikat dan nama produk yang bercirikan Islam. "Kita harap perkara ini diambil berat kerana ia melibatkan kepercayaan beragama dan tidak hanya bermotifkan kepentingan pemasaran produk semata-mata dan mengenepikan sensitiviti," katanya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam-144412

3762) JAKIM dan KPDNKK perlu baiki mekanisme penjenamaan - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
https://www.youtube.com/watch?v=e8YvMqY4Mos

3761) Logo halal JAKIM perlu ada dua warna - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017

Menurut Ahli Jawatan Kuasa PPIM Zharif Johor, JAKIM telah diberi maklum berhubung isu kekeliruan itu namun masih belum ada tindakan yang diambil.
https://www.youtube.com/watch?v=z_uJc8-5Hr8

3760) JELAS SIAPA PEMILIK SYARIKAT PENGELUAR HAPUS KERAGUAN PENGGUNA ISLAM - BERITA RTM - 31/5/2017

Satu mekanisme bagi memastikan pengguna Islam tahu siapa pemilik syarikat pengeluar sesuatu produk menggunakan jenama berunsur Islam perlu diwujudkan, bagi mengelak timbul keraguan. Itu saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK.
https://www.youtube.com/watch?v=F3g_9VfDLiw

3759) Salah guna nama Islam untuk lariskan produk - Utusan Online - 31/5/2017



KUALA LUMPUR 30 Mei - Lebih 40 aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.
 Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan istilah yang digunakan itu membawa kekeliruan kepada pengguna kerana status jenama produk berkenaan diragui.

Berikutan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) untuk mencari kaedah baharu dalam menangani isu tersebut.

“Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan arahan kepada pengeluar produk menggunakan pengkelasan atau label untuk spesifikasikan produk sama ada ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim atau tidak.

“Jadi, jika status produk tersebut sudah diketahui, ia terpulang kepada pengguna pula sama ada untuk membeli barangan tersebut atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Nadzim, penggunaan jenama produk tersebut juga tidak sejajar dengan aspek perbahasaan halal yang tertakluk pada Akta Perihal Dagangan.

“Dalam aspek ini, jenama produk seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan bahawa produk itu halal.

“Status jenama produk seharusnya diperjelaskan supaya tidak memberi maksud yang tidak benar,” ujarnya.

Sehubungan itu, PPIM juga akan membuat semakan dengan SSM untuk memberi maklumat yang benar mengenai produk yang menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna.

“Sesetengah pengguna Islam amat prihatin terhadap apa yang mereka makan.

“Jadi, sebarang aduan yang diterima mengenai kekeliruan status produk atau jenama akan terus dirujuk kepada SSM untuk semakan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

3758) Kaji, selidik jenama mengelirukan - Metro Online - 31/5/2017

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memulakan kajian dan penyelidikan ke atas kewujudan puluhan produk yang menggunakan jenama mengelirukan pengguna di negara ini. Ketua Aktivisnya Datuk Nazim Johan berkata, ia susulan pelbagai aduan daripada pengguna yang keliru dengan jenama melambangkan Islam tanpa mengetahui siapa pengeluar sebenar. Katanya, lambang seperti masjid, songkok dan penggunaan huruf jawi pada produk bertujuan menarik minat pembeli khususnya orang Islam. "Apa yang dipamerkan pada produk melambangkan Islam, tetapi ada produk dikeluarkan syarikat bukan Islam pun.
"Bukan soal rasis di sini, tetapi jangan sampai masyarakat keliru. Kalau nak beli, teruskan, tak ada masalah, tetapi di PPIM, kita terima banyak aduan berkaitan jenama berkenaan," katanya pada sidang media hari ini.
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/233525/kaji-selidik-jenama-mengelirukan-metrotv

3757) PENGGUNA KELIRU STATUS PRODUK - SINAR HARIAN - 31/5/2017

                  sinar harian 31.5.2017
  PPIM cadang pengkelasan pemilik produk untuk beza keluaran Muslim dengan bukan Islam Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkann agar satu kaedah pengkelasan pemilikan dibuat bagi membezakan produk keluaran syarikat Islam dengan bukan keluaran Islam. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia berikutan kekeliruan timbul dalam kalangan pengguna Islam dan menganggap produk menggunakan nama Islamik dan Melayu ini dikeluarkan pengeluar Muslim. "Adalah sukar bagi pengguna Islam untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut. Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah dibawah Akta Perihal Dagangan 2011. "Malah ramai pengguna Islam membeli dan menyokong produk tersebut kerana menyangka ia keluaran muslim dan akhirnya rasa ditipu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM, semalam. Katanya, produk yang dikeluarkan tidak sepatutnya mengelirukan atau memberi maksud yang yang tidak benar seterusnya membayangkan produk tersebut adalah halal seperti menggunakan gambar masjid atau tulisan jawi pada pembungkusan. "Dari siasatan yang telah kami lakukan, terdapat banyak produk di pasaran yang menggunakan nama Islamik pada pembungkusan mereka. "Ini menyebabkan pengguna jadi keliru sekali gus menyebabkan mereka marah dan membuat laporan kepada kami," katanya. PPIM katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bagi memperbetulkan fahaman kepada pengguna. "Kita juga akan keluarkan senarai penuh produk berserta pemiliknya untuk maklumat pengguna. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama dan ketulusan," katanya. Katanya, pengguna berhak membuat pilihan dan tidak salah untuk memilih produk tersebut. "Soal halal atau haram produk itu isu nombor dua. Bagaimanapun, ada juga produk menggunakan nama Islamik ini menggunakan cop halal yang diragui," katanya.

3756) EKSPLOITASI NAMA, ISTILAH ISLAM - UTUSAN MALAYSIA - 31/5/2017

                               utusan malaysia 31.5.2017
KUALA LUMPUR 30 Mei - Puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeks­ploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut yang disedari apabila menerima pelbagai aduan daripada orang ramai yang sangsi dengan penggunaan nama seperti ‘Masjid’, ‘Najwa’ dan ‘Songkok’, sama ada pengeluar produk-produk tersebut adalah orang Islam atau tidak. “Dalam beribu-ribu produk di pasaran yang menggunakan pelbagai nama dan logo, kita tidak boleh bezakan yang mana adalah produk keluaran orang Islam dan yang mana bukan kerana orang bukan Islam juga menggunakan nama dan istilah Islam. “Perkara ini memang tidak salah tetapi bagi kami ini boleh mengelirukan pengguna yang mementingkan dari mana datangnya produk itu, sama ada mereka membeli daripada orang Islam atau tidak dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan produk bukan Islam yang menggunakan nama Islam untuk melariskan produk di sini hari ini. Yang turut hadir, Panel Penasihat PPIM, Dr. Abdul Kadir. Tambah Nadzim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh bekerjasama untuk mewajibkan setiap barangan di pasar raya dilabelkan sama ada dikeluarkan oleh orang Islam atau bukan. “Di negara membangun, sekecil-kecil pengkelasan pun akan dilabelkan pada produk jadi kita juga perlu menuju kepada pertambahan mutu pengkelasan bagi memastikan tiada kekeliruan atau syak wasangka kepada pengguna. “Pengguna mempunyai hak untuk mengetahui produk apa yang mereka mahu beli dan daripada siapa mereka ingin membeli,” katanya. Menurut Nadzim, orang ramai boleh merujuk kepada PPIM sekiranya terdapat keraguan terhadap mana-mana produk yang menggunakan istilah dan nama Islam. “Kita akan cuba bantu pengguna untuk memeriksa milik siapa syarikat pengeluaran produk tersebut dengan SSM. “Mungkin syarikat bukan Islam tersebut sudah mendapat kelulusan halal daripada Jakim, tetapi apa yang kita ingin tekankan di sini adalah supaya nama dan Istilah Islam itu tidak dieksploitasi sebagai strategi pemasaran orang bukan Islam demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan keraguan pengguna,” katanya. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/eksploitasi-nama-istilah-islam-1.487774

3755) PERLU UJI DAHULU ARAH KIBLAT SEBELUM GUNA APLIKASI - BERITA HARIAN - 31/5/2017

berita harian 31.5.2017 3 Kuala Lumpur : Pihak yang bertanggunjawab membangunkan aplikasi petunjuk arah kiblat disaran tidak mengambil mudah terhadap kemudahan itu kerana ia berkait rapat dengan isu agama, khususnya dalam tanggunjawab menunaikan Rukun Islam kedua. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pembangunan aplikasi itu perlu dibuat dengan betul dan teliti kerana ia menjadi sumber rujukan pelbagai pihak. Katanya, setiap pihak yang membangunkan aplikasi itu tidak seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata, terutama untuk menjana iklan. "Banyak aplikasi sebegini yang dibuat hanya untuk menjana iklan dan tidak mementingkan tujuan sebenar iaitu kemudahan orang islam. "Bukan sahaja aplikasi petunjuk arah ini, malah aplikasi ayat al-quran juga ada yang tidak betul dan sangaja dibangunkan untuk tujuan tertentu. "Akibatnya, pihak yang menjadi mangsa adalah masyarakat islam kita yang beranggapan aplikasi itu betul tetapi sebenarnya tersasar jauh," katanya kepada BH PERLU LEBIH BERWASPADA Mohd Yusof berkata, pilihan adalah di tangan pengguna sama ada mahu menggunakan atau tidak, namun mereka perlu berwaspada dan bijak jika memilih untuk menjadikan aplikasi itu sebagai panduan. "Uji dahulu dengan pelbagai cara sebelum digunakan untuk beribadat dan pilihlah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak bertauliah sahaja," katanya. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat aplikasi petunjuk arah kiblat hanya boleh dibangunkan oleh pihak yang bertauliah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Katanya, pengguna tidak perlu menunggu keputusan kerajaan untuk mrmbuat tindakan kerana mereka boleh berfikir dan menyemak sendiri apa yang harus dilakukan. "Jangan tunggu orang lain mengambil tindakan tetapi kita sendiri yang harus ada kesedaran dan lebih sensitif dengan keputusan yang ingin dilakukan, termasuk dalam menggunakan aplikasi ini. "Perkara ini berkaitan amal ibadat kita, kerana selain menggunakan aplikasi sebegini masih ada kaedah yang tepat untuk dirujuk," katanya. Beliau berkata, PPIM turut banyak menerima aduan daripada pelancong berhubung arah kiblat yang tidak tepat di negara ini, sekali gus terpaksa menggunakan aplikasi sedemikian walaupun ragu-ragu.

Tuesday, May 30, 2017

3754) PENGGUNA KELIRU, STATUS JENAMA PRODUK DIRAGUI - 30/5/2017


Kebelakangan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sering menerima pertanyaan berkenaan status pemilikan sesuatu produk. Sama ada ianya milik Muslim atau sebaliknya. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama. Umat Islam tidak dilarang untuk berurusniaga dengan bukan Muslim tetapi mendapatkan produk yang halal lagi baik (Halalan Toyibban) adalah dituntut. Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna berkenaan pengeluaran sesuatu produk yang mengelirukan pembeli. Tambahannya lagi, aduan yang diterima makin meningkat sejak bulan Ramadhan ini. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.54 “Terdapat banyak produk yang dipasarkan menggunakan nama Islam ataupun nama Melayu, tetapi benarkah ia sebenarnya keluaran daripada pengeluar Muslim?” Beliau mempersoalkan hal tersebut. Lebih mengejutkan bahawa terdapat diantara produk yang diragui itu, adalah produk yang dikenali oleh orang ramai dan rata-rata menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian. “Kita akan membuat rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai produk-produk ini. Kita mahu jelaskan kepada para pengguna di luar sana supaya lebih berhati-hati di dalam membeli sesuatu produk” Ujar Hj Muhammad Zharif Johor, Aktivis PPIM. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.45 Beliau menambah bahawa PPIM sebelum ini sudah mengajukan perkara ini kepada Jakim mengenai produk yang meragukan ini. “Perbezaan sesuatu produk yang diragui itu adalah melalui jenama dan syarikat misalnya jenama itu dari syarikat lain tetapi penghasilannya dari syarikat lain” Tambah beliau lagi. Turut hadir bersama iaitu Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM. “Pengguna diluar sana beli sesuatu produk bukan sebab dari mana ia dikeluarkan tetapi pada jenama.” Kata beliau. Beliau menambah lagi, pengguna harus lah peka akan halal sesuatu produk tersebut. Toqqi menerangkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai perkara ini dan beliau menerangkan bahawa kemungkinan selepas ini boleh mewujudkan logo atau label khas bagi membuktikan sama ada produk itu keluaran Muslim ataupun tidak. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.31 WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.05

3753) HUKUM PEMBAZIR MAKANAN - SINAR HARIAN - 30/5/2017

                   SINAR HARIAN 30.5.2017
 Shah Alam - Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dengan segera bagi membendung isu pembaziran makanan daripada berterusan berlaku. Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dua tahun lalu yang menggesa kerajaan supaya mewujudkan Akta Pembaziran Makanan khusus bagi mengekang budaya pembaziran terutamanya yang banyak berlaku di bulan Ramadan perlu diberi perhatian. "Melalui pengenalan undang-undang terbabit, pelbagai jenis tindakan undang-undang berbentuk penalti boleh dipertimbangkan terhadap mana diri individu atau organisasi yang melakukan atau terlibat dalam aktiviti pembaziran makanan," katanya. Kelmarin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan 50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang walaupun pelanggan bayar dengan harga tinggi. Malah, Wan Junaidi turut menyarankan supaya satu pendekatan baharu segera diwujudkan bagi menggelakkan pembaziran khususnya pada bulan Ramadan ini. Menurutnya, pada masa sama, kerajaan juga boleh mempertimbangkan langkah Perancis yang memperkenalkan peruntukan khas melarang kedai dan pasar raya membuang lebihan makanan yang tidak berjaya dijual. "Lebihan makanan itu diberikan kepada persatuan pengguna untuk disalurkan pada mereka yang memerlukan," katanya. Beliau berkata, semua pihak harus memandang berat atas isu pembaziran makanan ini serta mengambil segala langkah yang perlu bagi membendung ia daripada berterusan berlaku. "Sudah tiba masanya semua pihak termasuk kerajaan memberi perhatian terhadap isu pembaziran makanan yang semakin meningkat," katanya. Dr Muzaffar berkata, isu pembaziran makanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan pembaziran bahan utama yang menyumbang tenaga kepada manusia. "Pada masa sama, pembaziran yang berlaku turut memberi impak negatif terhadap tamadun dan peradaban manusia," katanya.

3752) LAPOR JIKA ADA 'KARTEL' BAZAR RAMADAN - UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2017

                                utusan malaysia 30.5.2017
 Kuala Lumpur 29 Mei - orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan sekiranya mempunyai maklumat berlaku penyelewengan dalam penetapan harga makanan di bazar Ramadan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sekiranya pengguna tidak tampil untuk membuat laporan penuh, dikhuatiri tindakan 'kartel' sedemikian akan menjadi satu trend yang sukar disekat pada masa depan. "Perkara ini amat baharu dan sebelum ia semakin menjadi-jadi pada tahun akan datang, eloklah pengguna melaporkan perkara tersebut kepada KPDNKK. "Melalui laporan yang dibuat, diharap satu siasatan akan dijalankan sekali gus membolehkan langkah untuk menghapuskan "kartel" itu yang hanya membebankan pengguna dapat diambil,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengenai sesetengah peniaga di bazar ramadan menggunakan taktik meningkatkan harga makanan sehingga pembeli tidak mempunyai pilihan.

Monday, May 29, 2017

3751) FIND WAYS TO REDUCE FOOD WASTAGE, SAYS WAN JUNAIDI - THE SUN - 29/5/2017

                        THE SUN 29.5.2017
  KUCHING: There needs to be a new approach to prevent continuous food wastage, especially during the month of Ramadan, said Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. He said among the factors contributing to food wastage during the fasting month was that about 50% of the buffet spread at hotels were thrown away just like that (after the breaking-of-fast meal) although the patrons had paid a high price for the buffet. "There should be a new approach and rule to reduce such wastage, for example, untouched leftover food from the buffet can be given away to others in need instead of simply discarding it," reported Bernama. Wan Junaidi said this when asked to comment on the suggestion by social activist Tan Sri Lee Lam Thye for the government to hold awareness programmes to curb food wastage. Yesterday, Lee said that studies conducted by Solid Waste Management and Urban Cleansing Corporation (SWCorp) showed that Malaysians wasted about 17,800 tonnes of food daily. Earlier, Wan Junaidi who is also Santubong member of parliament, handed out Ramadan welfare aid to 810 recipients including the elderly, orphans and the disabled from the Seberang Hilir and Santubong zones. Meanwhile, in Petaling Jaya, consumers have been urged to change their eating habits to avoid wastage and keep their health in check during the fasting month. “We have made the same repeated calls to the public but it is not heeded. If their buying and eating habits do not change immediately, it will affect them in the long term. “Their habits and lifestyle must start at home, or at best, as an individual by being aware and sensitive as to how much is being spent,” said Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) head activist Datuk Nadzim Johan yesterday when asked to comment on the preparations made for Ramadhan. He also noted although prices for food sold at Ramadhan bazaars generally were high, he advised the public to be prudent when purchasing. “It does not make a difference, generally speaking, if the food prices are high or low, consumers will still buy it (because of unchanged habits). This is one of the main problems which needs to be addressed by them. Instead of following the flow, be a smart consumer and find an alternative,” he said. Additionally, he said that PPIM has detected two areas in the Klang Valley where 1kg cooking oil were not made available. "The areas are Kota Damansara and Sg. Buloh. We do not know why this is occurring, but we wish to stress for distributors to resolve the issue. We will collect more information and present it to the Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry soon,” he added.

3750) TIBA MASA GUNA KUASA PENGGUNA KAWAL HARGA - SINAR HARIAN - 29/5/2017

                      SINAR HARIAN 29.5.2017
 Shah Alam - Sudah tiba masanya pengguna menggunakan kuasa mereka mengawal harga barangan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan harga barang mentah dan makanan sepanjang Ramadhan serta perayaan telah menjadi kebiasaan negara ini. "Sebab itu, kita mahu pengguna bijak guna media sosial untuk menurunkan harga barangan. Kalau kedai kotor, kita boleh tularkan dan boikot sehingga pihak berkuasa ambil tindakan. "Tidak ada harga barangan turun, ia naik saban tahun. Sebab itu, kita mahu pengguna mempunyai kesedaran ini didik pengguna lain untuk menekankan peniaga atau pembekal yang menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau turut menyarankan pengguna agar bijak berbelanja dan memilih makanan uang hanya dijual pada harga berpatutan. "Kalau makanan mahal, air mahal dan bahan mentah mahal kita beli, kita sendiri telah menggalakkan pihak tidak bertanggunjawab ini terus menaikkan harga," katanya. Menurutnya, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme tempoh pembelian bahan mentah dalam kadar rendah berbanding harga semasa bagi pengguna di negara ini. "Barangan cuma dihadkan kepada beberapa unit sahaja untuk pembeli. Sebagai contoh, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan permulaan. "Dengan inisiatif ini, ia menggalakkan peniaga lain bersaing untuk mengekalkan harga rendah supaya pengguna terus membeli dengan mereka," katanya.

3749) PENGGUNA DIMINTA LAPOR KEPADA KPDNKK, PENGUAT KUASA PERLU MEMANTAU - UTUSAN MALAYSIA - 29/5/2017

                             UTUSAN MALAYSIA 29.5.2017
 Kuala lumpur 28 Mei - pengguna diminta melaporkan kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan menjual juadah berbuka puasa pada harga yang terlalu mahal di bazar Ramadhan. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna perlu mengetahui dan menggunakan kuasa mereka agar tidak mudah diperdayakan oleh peniaga yang tidak bertanggunjawab. " Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK dan pada masa yang sama, kita harap KPDNKK juga akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga berkenaan jika didapati bersalah. " Dalam mencari rezeki, para peniaga sepatutnya tidak terlalu mementingkan keuntungan dan mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai isu harga makanan di bazar Ramadhan di ibu negara yang disifatkan terlalu mahal sehingga menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pengguna. Tinjauan Mingguan Malaysia di bazar Ramadhan Kampung Baru semalam mendapati rata-rata pengguna yang ditemui semasa membeli juadah berbuka puasa mengeluh dengan kenaikkan makanan yang dianggap tidak berpatutan. Dalam pada itu, Presiden (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill pula berpandangan pihak berkuasa harus kerap membuat pemantauan di sekitar bazar Ramadhan di ibu kota agar tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga juadah berbuka puasa. " Malah, pengguna juga boleh tampil melaporkan kepada pengguna jika mendapati peniaga menaikkan harga makanan secara keterlaluan, katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu memboikot dengan tidak membeli sekiranya juadah berbuka puasa itu mahal dan tidak berpatutan. " Isu kenaikan harga juadah berbuka puasa sudah menjadi trend, malah saban tahun sama sahaja. Pengguna  gagal menggunakan kuasa untuk kawal harga barangan. Kalau di negara luar, contohnya, Jepun. sekiranya harga barangan naik, rakyat tidak akan membeli. " Jadi, kena ada pemerkasaan pengguna juga, jika pengguna rasa harga juadah berbuka puasa itu sangat sangat melampau, lebih baik jangan membeli, bila kita ikut sahaja (kenaikan harga), maka harga akan berterusan naik. Ini sebagai peringatan kepada peniaga yang tidak beretika dalam menentukan harga jualan mereka," katanya.

Saturday, May 27, 2017

3748) KERJA MUDAH GAJI MAHAL - HARIAN METRO - 27/5/2017


Pendapatan lumayan menjadi alasan seorang remaja perempuan memilih bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di Plaza Berjaya, Jalan Imbi, di sini.
Remaja berusia 18 tahun itu antara 16 wanita yang ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah) Siri Ke-36 yang dijalankan secara bersepadu di Plaza Berjaya, di sini, semalam.
Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Erin itu berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di pasar raya dengan gaji RM900 sebulan yang dianggap kecil berbanding bekerja sebagai GRO dengan pendapatan lebih RM4,000 sebulan.
“Saya tidak berpendidikan tinggi dan hanya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi hanya kerja ini saya boleh dapat upah lumayan berbanding sebagai pembantu kedai dengan gaji lebih rendah.
“Malah, kerja (kami) amat mudah iaitu hanya perlu melayan pelanggan berhibur selain diberikan tip apabila mereka berpuas hati dengan layanan kami,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk M Noor Azman Taib berkata, pihak berkuasa turut menahan 21 individu beragama Islam berusia antara 20 hingga 40 tahun kerana kesalahan meminum arak.
“Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, kami turut memeriksa 126 pelanggan di dua pusat hiburan di bangunan
Alasan remaja 16 tahun pilih jadi GRO
berkenaan dan menahan 16 daripadanya yang berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana positif dadah.
“Mereka yang ditahan diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) untuk tindakan lanjut,” katanya.
M Noor berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua premis berkenaan mendapati ia memiliki lesen sah namun melanggar beberapa syarat walaupun notis dikeluarkan sebelum ini.
“Kami pernah menjalankan serbuan di kedua-dua premis sebelum ini iaitu pada September lalu dan mengeluarkan notis amaran kerana menghidangkan minuman keras terhadap pelanggan beragama Islam.
“Malah, mereka juga secara terang-terangan memaparkan syarat kemasukan iaitu larangan memasuki premis terbabit bagi wanita bertudung di hadapan pintu masuk pusat hiburan itu yang melanggar syarat lesen,” katanya.

Friday, May 26, 2017

3747) LEBIH 20 GRO DICEKUP - OPS BAH 36 - 25/5/2017

PPIM-26/5/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri 36 Ops BAH siri ke 36 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL yang disertai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam. Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti sosial yang sering berlaku di dalam kalangan masyarakat. Lokasi serbuan kali ini tertumpu kepada sebuah pusat hiburan Karaoke yang terletak di sekitar Ibu Kota. Di dalam serbuan tersebut, hampir 20 orang yang dianggarkan dalam lingkungan umur 20 hingga 30 ditahan atas pengaruh alkohol dan dadah. OPS BAH kali ini turut disertai oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (toqqi). “Apa yang kita nampak adalah manipulasi sebenarnya. Jika kita menangkap mereka-mereka ini, esok lusa diorang akan datang balik juga.” katanya. Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil diadakan bersama penyelaras Ops BAH, Datuk Azman Mahmood di tempat serbuan semalam. “Rata-rata mereka (perempuan) yang bekerja disini mengatakan hendak cari makan dan susah untuk mendapat kerja diluar sana.” Ujar beliau. Beliau turut menerangkan pendapatan seorang pekerja disini melebihi RM4000. “Sebanyak 45 orang pekerja wanita difahamkan bekerja disini dan semuanya warga tempatan.” Tambah beliau lagi. Operasi Ops Bah ke-36 berakhir pada jam sekitar 3 pagi.

  IMG_5515 IMG_5521 IMG_5491 IMG_5402 IMG_5413

3746) MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CABUTAN BERTUAH RESIT GST ANJURAN KKMART - 25/5/2017

WhatsApp Image 2017-05-25 at 20.57.13Persatuan pengguan Islam Malaysia (PPIM) telah menghadiri satu Majlis Kempen Cabutan Bertuah Resit GST yang dianjurkan oleh KK Super Mark bertempat di permis KK Super Mart yang pertama di Malaysia. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin disambut baik oleh penduduk sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah persatuan-persatuan peruncit seperti Malaysia Retail Chain Association (MRCA.) Hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum. Ini selaras dengan salah satu objektif kempen iaitu menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Objektif utama adalah untuk memberi penghargaan kepada pengguna dalam menyumbang kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Pengurusi Eksekutif KK Group, Datuk Dr KK Chai mengatakan bahawa pihak beliau menyokong usaha kerajaan dalam melaksanakan percukaian GST. Difahamkan bahawa terdapat 4 cabutan bertuah akan diadakan lagi kepada pelanggan KK Super Mart. Hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik seperti Honda Jazz, Produa Myvi, vespa, Ipad dan baucer tunai. WhatsApp Image 2017-05-25 at 20.57.13 (2) WhatsApp Image 2017-05-25 at 20.57.13 (1)                                

3745) ACTIVIST: FIND ALTERNATIVES TO GIVING OUT FINANCIAL AID - NEW STRAITS TIMES - 26/5/2017

                       new straits times 26.5.2017
KUALA LUMPUR: There is a need for the government to use other methods in helping the people without continuously giving handouts.
Muslim Consumer Association’s (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said other strategies were needed as monetary assistance would not be able to provide holistic support.
“I applaud the government’s effort in helping the people to have a better life, but Malaysians should be grateful and appreciate the privileges that they have received,” he said.
Nadzim said this based on the NTP report, which showed that the government had spent over RM23.5 billion on various initiatives since 2011 to help those struggling with financial challenges, especially the B40 group.
Nadzim also said recipients needed to be guided on how they should spend the money.
“Continuous giving is not healthy. The government should make them responsible for the money given by spending it on necessary things,” he said.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said in the report that external factors such as commodity prices and currency fluctuation had led to the increase in cost of living.
“Since 2012, a total of RM19.33 billion has been disbursed and in 2016 alone, RM5.36 billion was disbursed to 7.28 million households,” he said in the report.
Among the initiatives were 1Malaysia People’s Aid (BR1M), 1Malaysia Book Vouchers (BB1M) and Special School Aid 1Malaysia (BKAP1M).
The government also made available public amenities such as 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Shops (KR1M), 1Malaysia People’s Cafe (KFR1M) and 1Malaysia People’s Textile Shop (KK1M).
This year, RM6.8 billion had been allocated for BR1M to an estimated seven million households.
A number of 20 new 1Malaysia Clinic (K1M) had begun operations, and as a result a total of 6.47 million visited the clinics, an increase of 6.1 per cent from 2015’s 6.1 million visits.
The government will also open and upgrade existing KR1M outlets to standardise the prices of controlled essential goods in the country.
Those who live in the rural and remote areas can look forward to the mobile version of KR1M with more options for affordable products.

3744) DITIPU RAKAN RM130,000 - HARIAN METRO - 26/5/2017

harian metro 26.5.2017.jpg 2
“Dia kawan baik saya. Sudah lama saya kenal, tetapi sebelum ini dia memang tinggal di Makkah lebih 26 tahun. Saya terfikir untuk buat kerja ke jalan syurga dengan dia tetapi tak sangka dia sanggup tipu kawan sendiri.
“Dia balik ke Malaysia pada 2013 dan kami selalu berjumpa di masjid di Subang Jaya dan Shah Alam. Saya lama bercita-cita nak ambil berkat, berniaga di Tanah Suci, jadi saya percaya dia orang paling layak mencapai hasrat itu,” kata Kasiah Md Idris.
Ahli perniagaan itu antara 30 mangsa penipuan tawaran pajakan hotel di Tanah Suci yang ditawarkan rakannya berusia 50-an yang juga bekas kakitangan Tabung Haji.
Kasiah sebelum ini menyifatkan rakannya itu sebagai ahli agama kerana hanya bercakap soal Islam setiap kali berjumpa.
Menurutnya, selain mencari berkat dalam perniagaan, dia juga dijanjikan keuntungan 70 peratus daripada jumlah pelaburan dengan alasan, hotel di Makkah mendapat permintaan tinggi terutama waktu umrah dan musim haji.
Katanya, selepas beberapa kali berjumpa, dia bersetuju melabur RM130,000 dan menunaikan umrah bersama akhir tahun lalu sebelum tembelang rakan kongsinya itu terbongkar.
“Sewaktu di sana, saya diberitahu perniagaan dijalankannya adalah palsu dan hanya untuk mendapatkan wang dengan mudah.
“Saya memang tak sangka. Niat untuk berniaga sambil beribadat di Tanah Suci bertukar menjadi masalah kepada saya. Selain itu, saya mengajak tiga rakan lagi untuk melabur. Kami rugi keseluruhan RM280,000,” katanya yang membuat tiga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Kali terakhir dia menghubungi rakannya itu pada akhir tahun lalu ketika menunaikan umrah.
“Selepas kegiatannya diketahui, dia cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan kononnya dia menjadi mangsa keadaan dan ada pihak yang tidak senang dengan kejayaannya,” katanya pada sidang media bersama Ketua Unit Kawal Selia Umrah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Abd Halim Ikhsan.
Menurutnya, dia juga dijanjikan pulangan dalam tempoh enam bulan selepas wang diserahkan, namun apabila sampai masanya, tiada sebarang pembayaran dibuat malah wanita itu cuba mengelakkan diri.
Sementara itu, Abd Halim berkata, PPIM meminta orang ramai berhati-hati dengan tawaran pajakan hotel di Tanah Suci terutamanya ketika musim haji tidak lama lagi. Katanya, siasatan mendapati, pakej pajakan hotel di Makkah itu bermula sejak 2005 membabitkan kerugian keseluruhan RM15 juta.
“Sama seperti skim Hotel Makkah sebelum ini, wanita itu menjanjikan keuntungan sambil beribadat di Makkah menyebabkan ramai yang terpedaya.
“Kita nasihatkan orang ramai tidak terpedaya kerana siasatan kami mendapati memang ia satu penipuan. Setakat ini PPIM menerima 30 aduan mangsa wanita berkenaan dan saya mohon pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

3743) HATI-HATI DENGAN PENIPUAN PAJAK HOTEL - SINAR HARIAN - 26/5/2017

                    sinar harian 26.5.2017
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati untuk terlibat dalam perniagaan atau pelaburan di Arab Saudi berikutan pelbagai penipuan telah dilaporkan. Ketua Unit Pembangunan Sosialnya, Abd Halim Ikhsan berkata, menjalankan perniagaan atau pelaburan di negara itu bukanlah perkara mudah malah ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan penipuan. “Kes terbaharu yang kita terima adalah penipuan pajak hotel di Makkah di mana kita menerima 30 aduan sejak dua bulan lalu. Daripada jumlah itu, empat mangsa tampil hari ini (semalam) dengan kerugian sebanyak RM280,000. “Kesemua mangsa mendakwa ditipu oleh seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Syarifah yang kita percaya dia masih lagi aktif melakukan penipuan di dalam negara mahupun di Makkah,” katanya pada sidang media, hari ini. Mengulas lanjut, Abd Halim berkata, pihaknya difahamkan Syarifah telah melakukan penipuan tersebut sejak 2005 sehingga melibatkan kerugian sejumlah lebih RM14,000,000. “Sejak 2005 kami difahamkan banyak laporan polis telah dibuat mengenainya tapi agak pelik apabila wanita ini masih mampu bergerak bebas dan mencari mangsa-mangsa baharu. Sekarang pun kita tidak tahu di mana wanita itu berada. “Kami juga dimaklumkan bahawa pihak berkuasa di Makkah juga telah pun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Namun wanita itu berjaya melarikan diri kembali ke negara ini,” katanya. Sementara itu, seorang mangsa, Kasiah Md Idris berkata, dirinya tidak menyangka menjadi mangsa penipuan memandangkan Syarifah adalah teman baiknya sendiri. “Saya mula rapat dengannya sejak 2016 dan pertengahan tahun yang sama dia ada mempelawa saya untuk menjadi rakan kongsi perniagaan pajak hotel. “Sebelum ini saya memang berhasrat untuk memiliki perniagaan di Mekah dan atas dasar percaya, saya bersetuju dan mengajak rakan lain untuk turut membuat pelaburan,” katanya. Kasiah berkata, pelbagai tawaran dijanjikan oleh wanita itu untuk menarik mangsa membuat pelaburan. “Sebagai pelabur, kami ditawarkan keuntungan tanpa riba sebanyak 70 peratus selepas enam bulan pelaburan dibuat. Namun sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang berita mengenai pelaburan tersebut. “Saya sendiri memang tidak terfikir akan ditipu memandangkan dia seorang yang selalu bercakap tentang agama. Saya amat berharap dia akan diambil tindakan secepat mungkin bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsanya,” katanya yang memberitahu telah membuat laporan sebanyak tiga kali di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam sejak Januari lalu.

3739) Ramadan bukan untuk balas dendam – Mufti - Utusan Malaysia - 25/4/2017


KUALA LUMPUR 24 Mei – Umat Islam diingatkan supaya tidak ‘membalas dendam’ dengan makan secara gelojoh dan membeli makanan melebihi keperluan sehingga terpaksa dibuang begitu sahaja selepas berpuasa pada siang hari.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sekiranya berlaku pembaziran sedemikian maka hukumnya adalah haram.
“Umat Islam perlu menstabilkan diri dengan menjaga lima perkara iaitu lidah daripada bercakap benda tidak baik, menjaga mata daripada melihat perkara maksiat, telinga daripada mendengar perkara melalaikan, syahwat iaitu mengawal makan serta tangan daripada mengambil benda bukan kepunyaan kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
 Beliau mengulas kempen #janganlebihlebih yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, semalam.
Kempen tersebut sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak berbelanja me­lebih keperluan.
Pada masa sama, restoran dan hotel turut berlumba-lumba menawarkan promosi bufet Ramadan istimewa dengan harga berpatutan serta dengan jaminan halal yang dipercayai mampu menarik pelanggan Islam untuk berbuka puasa.
Namun, ruangan Forum dalam Utusan Malaysia hari ini mengi­ngatkan ungkapan ‘halal’ tersebut tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya lagi jika tidak mematuhi standard piawai­an yang ditetapkan syarak serta undang-undang berkaitan de­ngannya di negara ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menegur sesete­ngah premis makanan yang tidak mempunyai logo halal tetapi menawarkan hidangan bufet Ramadan.
“Masalahnya juga apabila ramai orang Islam yang jahil tentang agama sendiri mudah leka dan tertipu dengan tawaran iklan makanan sempena Ramadan.
“Ada yang boleh berbuka puasa di premis yang menjual arak malah sesuka hati makan kerana teringin. Contohnya, hendak makan itik sekali pun kita kena pastikan premis yang menjual hida­ngan itu benar-benar mematuhi prosedur halal,” jelasnya.

3742) PPIM PERKENAL KLINIK BASMI MUFLIS - UTUSAN MALAYSIA - 26/5/2017

                            utusan malaysia 26.5.2017
KUALA LUMPUR 25 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memperkenalkan Klinik Basmi Muflis dalam usaha membantu mereka yang diisytiharkan muflis.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, klinik yang terletak di pejabat PPIM di Kuala Lumpur itu menyediakan semua bentuk bantuan yang diperlukan oleh golongan tersebut yang berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan.
“Saya sebelum ini dimaklumkan banyak orang menghadapi masalah itu tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk keluar daripada situasi tersebut. Jadi PPIM memperkenalkan klinik ini untuk mereka mencari jalan penyelesaian.
 “Kami ingin membantu mereka kembali dan menjadi anggota masyarakat yang membantu dalam membangunkan negara,” katanya selepas majlis pelancaran klinik itu di sini hari ini.
Klinik Basmi Muflis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra Taha pada majlis tersebut.
Nadzim berkata, mereka yang menghadapi masalah terbabit hanya perlu datang ke pejabat PPIM untuk memohon bantuan yang diperlukan atau menghubungi 016677899 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Antara bantuan yang disediakan memberi maklumat mengenai langkah yang perlu mereka ambil selepas diisytiharkan muflis. Kami menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan sepanjang penyelesaian masalah itu.
“Bagaimanapun, jika mereka memerlukan bantuan khidmat peguam, kos itu perlu ditanggung sendiri namun kami akan membantu merujuk mereka kepada peguam dengan caj berpatutan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman memuji pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk PPIM dalam mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang menghadapi masalah itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-perkenal-klinik-basmi-muflis-1.486405#ixzz4iANYwq1g © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, May 25, 2017

3741) PELANCARAN KLINIK BEBAS MUFLIS : SINAR PERBELAAN - PPIM 25/5/2017

25 Mei 2017- Sempena menyambut bulan Ramadhan dan ulang tahun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ke 20. PPIM menubuhkan Klinik Bebas Muflis PPIM. PPIM mengadakan Maljis Pelancaran Klinik Bebas Muflis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato' Haji Taha di Hotel Sani, Kuala Lumpur.

Majlis ini dijalankan bertujuan untuk mewawarkan Klinik Bebas Muflis PPIM dan sesi soal jawab bersama Pengarah Insolvensi Malaysia. Didalam majlis perasmian ini, turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Persatuan Bank Islam dan Persatuan Bank Malaysia.
Mengikut kajian, hampir 300 ribu individu Malaysia dimufliskan setakat ini. Pemasalahan seperti ini sangat membimbangkan. Kini, dengan pindaan Akta Kebankrapan 1967 dan kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan banyak membantu individu yang mempunyai status bankrapsi. Tambahan pula, Klinik Bebas Muflis PPIM mampu menjadi medium perantaraan untuk memberi kaunseling dan mempercepatkan lagi proses pembebasan dari muflis kepada mereka yang mempunyai masalah ini.
Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan memuji tindakan JIM dalam membantu insan yang mempunyai masalah kebankrapan ini. “Muflis dahulu dan sekarang sangat berbeza. Seperti langit dan bumi” katanya bedasarkan pengalaman beliau. Status muflis ini boleh diumpamakan seperti hukuman gantung pada satu ketika dahulu kerana sesiapa yang mempunyai status ini tiada jalan keluar baginya. Namun kini, sudah ada jalan penyelesaian kepada mereka yang mempunyai masalah ini.
Didalam ucapan Datuk Abdul Rahman Putra pula mengatakan mereka menerima inisiatif NGO seperti PPIM dalam membantu JIM mengembalikan individu muflis ke ‘Main Street’ semula. Beliau mengatakan dalam tempoh masa 3 tahun seseorang itu boleh bebas dari muflis. Namun dalam usaha ini ada cabaran mereka tersendiri. Masalah utama yang dihadapi adalah persefahaman antara JIM dan pemuflis. Dengan adanya Klinik ini mampu membantu JIM dalam menjalankan tugas dan penerangankan berkenaan jalan keluar dari kebankrapan.
Kini mereka yang mempunyai masalah kebankrapan mempunyai peluang kedua. Klinik Bebas Muflis kini dibuka kepada mereka yang mempunyai masalah kebankrapan dan mereka yang didalam proses kebankrapan
WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.39 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.46 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.47 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.48 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.54.05 PM  WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.58.11 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.58.19 PM 

3740)SIDANG MEDIA : PAJAK HOTEL MEKAH HILANG RM 130 RIBU - PPIM - 25/5/2017


25 Mei 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dengan kes penipuan pajak hotel di Mekah.
Bedasarkan aduan yang diterima oleh PPIM, mangsa Puan Hajah Kasiah Binti Md Idris mengatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi telah ditipu oleh seorang wanita bernama Puan Saripah Bt. Zainun (Si Penipu). Dianggarkan kerugian Puan Saripah dan 3 orang pelabur lagi pelabur hampir-hampir RM 130,000.00.
Puan Kasiah pada awalnya tidak menyangka bahawa Puan Saripah ini adalah seorang penipu kerana mereka adalah rakan sekuliah. Ditambah pula, penipu ini adalah seorang bekas pekerja Tabung Haji dan pernah berkhidmat di Mekah. Ini yang menambahkan lagi keyakinan mangsa untuk menjadi rakan niaga dalam pajak hotel di Makah.
Difahamkan bahawa Si Penipu mempunyai masalah di Mekah ekoran penipuan yang telah beliau lakukan dan pihak polis disana telah mengeluarkan waran tangkap keatas beliau. Namun, beliau sempat lari ke Malaysia sebelum beliau ditangkap.
Ketua Unit Kawal Selia Umrah, Ustaz Abdul Halim mengatakan bahawa kes ini masih dalam siasatan PPIM dan PDRM. Namun, masih belum ada tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, Ustaz Abdul Halim mengatakan bahawa bukan satu langkah mudah untuk berurusan dengan Kerajaan Arab Saudi dimana kita perlu meneliti setiap perkara agar kita tidak tertipu.
Ustaz Abdul Halim berkata “Perniagaan di Arab Saudi ini bedasarkan percaya. Mereka tidak menggunakan dokumen, resit atau sebagainya. Jika ada, dokumen itu tidak cukup kuat untuk dijadikan bukti.”
“Oleh itu, saya nasihatkan agar rakyat Malaysia yang ingin berunding dengan masyarakat Arab Saudi agar pelajari dan fahami cara perniagaan disana sebelum melakukan apa-apa pelaburan” katanya lagi.
Ustaz Abdul Halim juga berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera supaya tiada lagi mangsa akan tertipu sekaligus mengheret beliau kemuka keadilan.
Kepada masyarakat yang mempunyai masalah berkenaan Haji, Umrah dan sebagainya, anda boleh menghubungi dan melaporkan aduan kepada PPIM.
WhatsApp Image 2017-05-25 at 11.06.34 AM  WhatsApp Image 2017-05-25 at 11.06.48 AM WhatsApp Image 2017-05-25 at 11.06.50 AM  WhatsApp Image 2017-05-25 at 11.07.01 AM WhatsApp Image 2017-05-25 at 11.07.04 AM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL