Showing posts with label PRODUK YANG MERAGUKAN. Show all posts
Showing posts with label PRODUK YANG MERAGUKAN. Show all posts

Friday, June 2, 2017

3777) Jakim tiada kaedah bezakan produk pemilik Islam, kafir - Ismaweb - 1/6/2017

                                         Snapshot 4
 PUTRAJAYA, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui sukar menyediakan sistem baharu bagi membezakan produk keluaran orang Islam dengan orang kafir. Sebaliknya, Jakim hanya boleh meminta syarikat pengeluar produk berkaitan supaya memilih lambang yang sesuai bagi mengelak kekeliruan, manakala pengguna pula dinasihatkan hanya membeli produk yang mempunyai sijil Halal Jakim atau yang diiktirafnya. Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, memang sesuatu yang sukar untuk Jakim menyediakan sistem membezakan kedua-dua produk itu. “Syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan. Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan,” katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Beliau juga mengakui Jakim tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap pengeluar produk yang mempunyai lambang atau logo mengelirukan. Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam.

 http://www.ismaweb.net/2017/06/jakim-tiada-kaedah-bezakan-produk-pemilik-islam-kafir/

Wednesday, May 31, 2017

3768) Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata PPIM - Malaysia Gazette - 31/5/2017


            
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bercakap mengenai status jenama produk yang mengelirukan pada sidang media di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MEI 2017
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim. Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media hari ini menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik. “Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim. “Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” ulas Nadzim. Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan. Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam. Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan. Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas. Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/30/jenama-islam-belum-tentu-produk-muslim-kata-ppim/

3767) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Semberono - 31/5/2017

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk. 

http://www.semberono.com/2017/05/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/

3766) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - 1Malaysia.Biz - 31/5/2017

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk.

 http://www.1malaysia.biz/blog/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/

3765) WASPADA PRODUK KELIRUKAN UMAT ISLAM-PPIM - WATAN ONLINE - 31/5/2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim. Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik. “Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim. “Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” katanya di Kuala Lumpur, pada Selasa. Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan. Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam. Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan. Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas. Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.

 http://watan-online.com/waspada-produk-kelirukan-umat-islam-ppim/

3764) Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Meningkat – PPIM - Malaysia Aktif - 31/5/2017

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Aduan pengguna kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan kekeliruan status pemilikan produk kian meningkat dari hari ke hari. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat produk berunsur Islam oleh peniaga bukan Islam yang mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. “PPIM mengambil pendekatan membantu pengguna dalam memberi penjelasan mengenai pemilikan produk. “PPIM juga akan melakukan semakan dengan pihak Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenalpasti pemilik produk yang berasaskan Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya, maklumat status pemilikan sesuatu produk ini akan disampaikan kepada pengguna agar dapat membuat pilihan dalam membeli produk di pasaran. “Pengguna Islam hari ini amat perihatin dengan apa yang mereka makan. Amat sukar untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut.” “Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah di bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya.
Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam
Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam.
Nadzim berharap pihak pengeluar tidak mengeluarkan produk yang mengelirukan pengguna. “Antara produk yang dikenalpasti pemilikannya bukan Islam adalah seperti Kopi Cap Masjid, Ubat Gigi Najwa, Safi, Adabi dan banyak lagi,” katanya lagi. Jelas Nadzim, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau sebaliknya setelah mengetahui pemiliknya. Tambahnya, ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama yang tidak melarang umat Islam untuk berurusniaga dengan bukan Islam, tetapi mendapatkan produk yang halal adalah dituntut. Sebelum ini, PPIM pernah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkelaskan logo halal bagi membezakan produk milik Islam atau sebaliknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan. http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=34466

3763) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Astro Awani - 31/5/2017


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran mengkaji semula mekanisme pemberian sijil halal dan penjenamaan produk Islam oleh syarikat bukan Islam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh senarai produk dari syarikat bukan Islam yang telah menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna. Antaranya penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan penggunaan huruf jawi.
"Jadi isunya di sini adalah ketidakpuasan hati pengguna Islam khususnya yang mahukan produk halal yang dikeluarkan sendiri syarikat Islam. "Ini bukan isu halal atau haram sebab logo halal sudah dikeluarkan Jakim," katanya dalam sidang media yang dianjurkan PPIM di Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Nadzim, soal halal, haram atau rasis tidak sama sekali cuba dibangkitkan PPIM. Namun ia menjurus kepada keperluan tuntutan dalam Islam yang menyarankan umat Islam agar mencari perkara yang halal lagi baik atau 'halalan toyyiban'. "Kita terima berpuluh-puluh aduan terhadap berpuluh-puluh produk yang dijenamakan Islam tetapi bukan dihasilkan syarikat atau pengilang Islam. "Jadi kita mengharapkan kerjasama pihak berwajib agar memahami kehendak masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini terutama yang melibatkan makanan." katanya. Tambahnya antara produk-produk yang diadukan kepada PPIM adalah berkenaan produk yang mereka sangkakan ianya keluaran syarikat Islam berdasarkan nama syarikat dan nama produk yang bercirikan Islam. "Kita harap perkara ini diambil berat kerana ia melibatkan kepercayaan beragama dan tidak hanya bermotifkan kepentingan pemasaran produk semata-mata dan mengenepikan sensitiviti," katanya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam-144412

3762) JAKIM dan KPDNKK perlu baiki mekanisme penjenamaan - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
https://www.youtube.com/watch?v=e8YvMqY4Mos

3761) Logo halal JAKIM perlu ada dua warna - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017

Menurut Ahli Jawatan Kuasa PPIM Zharif Johor, JAKIM telah diberi maklum berhubung isu kekeliruan itu namun masih belum ada tindakan yang diambil.
https://www.youtube.com/watch?v=z_uJc8-5Hr8

3760) JELAS SIAPA PEMILIK SYARIKAT PENGELUAR HAPUS KERAGUAN PENGGUNA ISLAM - BERITA RTM - 31/5/2017

Satu mekanisme bagi memastikan pengguna Islam tahu siapa pemilik syarikat pengeluar sesuatu produk menggunakan jenama berunsur Islam perlu diwujudkan, bagi mengelak timbul keraguan. Itu saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK.
https://www.youtube.com/watch?v=F3g_9VfDLiw

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL