PPIM menyeru NGO seluruh negara bersatu bagi membentuk jawatankuasa kerja menyelaras usaha boikot produk berkaitan Israel secara besar-besaran.
Sumber: TV Pertiwi
PPIM SERU TERUSKAN BOIKOT PRODUK BERKAITAN 15r4el WALAU GENCATAN SENJATA
PPIM menyeru NGO seluruh negara bersatu bagi membentuk jawatankuasa kerja menyelaras usaha boikot produk berkaitan Israel secara besar-besaran.
Sumber: TV Pertiwi
PPIM SERU TERUSKAN BOIKOT PRODUK BERKAITAN 15r4el WALAU GENCATAN SENJATA
KUALA LUMPUR : Isu kemanusiaan yang semakin mendapat perhatian perlukan suara lebih lantang dan tegas.
Selain itu, usaha menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan perlu disusuli dengan tindakan yang berkesan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak semua wakil dari NGO-NGO yang prihatin dengan isu kemanusiaan dan keadilan, untuk turut serta dalam usaha NGO itu menyusun strategi melawan ketidakadilan dan menengakkan isu hak kemanusiaan.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pelbagai program dalam isu hak kemanusiaan telah dibuat pelbagai pihak namun usaha itu dipandang dingin oleh pihak berwajib.
"Kita (NGO) perlu bersama-sama mengutamakan isu kemanusiaan dan bergerak secara kumpulan yang besar supaya suara semua rakyat akan didengari tanpa mengira kaum dan agama.
"Isu kemanusiaan adalah masalah utama dunia kini yang melangkaui sempadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PPIM mencadangkan gabungan NGO seluruh dunia mewujudkan satu Task Force untuk menyelaras usaha Boikot Anti Kemanusiaan.
"Sebuah jawatankuasa perlu membincangkan pembentukan Task Force khas untuk melibatkan NGO-NGO dalam memantau dan melapor aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan prinsip kemanusiaan," katanya.
Dalam usaha warga dunia memboikot produk syarikat yang mengamalkan sikap anti- kemanusiaan, PPIM mencadangkan satu strategi boikot dirangka terhadap produk-produk yang terlibat dengan tujuan menekankan keadilan dan hak asasi manusia.
Menurut Nadzim walaupun dipandang sinis sesetengah pihak, usaha boikot ini harus diteruskan di peringkat dunia dan perlu dijadikan satu amalan baharu bagi memperjuangkan hak asasi manusia dan mengetengahkan kuasa pengguna yang sebenar.
KUALA LUMPUR: A recent proposal by the Malaysian Islamic Consumer Association (PPIM) to have colour-coded halal logos is unnecessary, said the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim).
“A single halal logo provides clarity, convenience and uniformity among Muslim and non-Muslim consumers and businesses, so there is no need for multiple, colour-coded ones,” its spokesman said.
PPIM has called for halal logos to be classified into several types according to colour, such as green for companies owned by Muslims, orange for companies owned by Muslims in partnership with non-Muslims, and red for companies owned by non-Muslims.
It first made its proposal on social media in July 2020, before the matter went viral again recently on TikTok and X.
In a statement to theSun, the Halal Management Division said while Jakim maintains that colour coding of halal logos is unnecessary, it does not oppose PPIM’s proposal, adding that it is more important to maintain a rigorous and consistent halal certification system.
“Jakim assesses each stage of the halal process to ensure strict compliance with Islamic principles, hygiene standards and specific requirements.
“As a federal government agency that administers Islamic affairs in the country, our halal certification is recognised locally and abroad.”
The spokesman said Jakim acknowledges that PPIM’s suggestion promotes Muslim products and recognises it as a commendable endeavour to foster economic growth among Muslim entrepreneurs, adding that it also encourages the use of products and services produced by them.
“However, the government through Jakim and the State Islamic Religious Council have created and implemented an integrated halal assessment mechanism.
“The halal industry can use different coloured logos that match the colour of the packaging used for each product.
“Companies must also ensure that the logo specifications meet the criteria set under clause 17(6)j of the Malaysian Halal Certification Procedure Manual (Domestic) 2020.
“The division hopes the issue of multiple logos will come to an end. We call on consumers to trust our procedures and management of halal certification.
“Jakim has also received ISO/IEC 17065 accreditation from the Standard and Industrial Research Institute of Malaysia, so our procedures are implemented strictly.”
International Islamic University Malaysia Political Science Department head Assoc Prof Dr Syaza Shukri said a single halal logo is sufficient for the halal industry.
“This proposal could have negative consequences because, from a religious perspective, halal is halal, and there is no need for colour-coded logos based on the ownership of the companies.
“A single, universally recognised halal logo is more beneficial and sufficient for consumers and businesses.”
She said matters like this could unnecessarily escalate and cause consumer confusion, potential divisions within the Muslim community and the alienation of non-Muslim consumers.
“The proposal to have multiple halal logos could create unnecessary complexity and undermine the unity and inclusivity of the halal marketplace.
“For no reason, it would plant the idea that Muslims and non-Muslims cannot shop at the same venue in the country.
“It could also come to a point at which it is no longer about the halal certification but a question of segregation by race,” she said.
Article by: The Sun
'ONE STANDARD HALAL LOGO GOOD ENOUGH'
https://thesun.my/local/no-need-for-multiple-halal-logos-says-jakim-GO11796022
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri jemputan ke Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana Tahun 2023 di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Selangor anjuran Akademi Kecantikan Artstik Diyana.
Akademi Diyana menyediakan latihan kemahiran kecantikan serta keusahawanan bagi khususnya wanita dan lelaki dan juga bagi majikan berdaftar yang terdiri daripada sektor kerajaan dan swasta.
CYBERJAYA: Pengunjung yang memasuki kompleks beli-belah Malakat Mall di sini tidak perlu bimbang memijak bendera Israel kerana ia sengaja diletakkan untuk tujuan itu.
Menurut pengasas premis komersial tersebut, Mohd. Fadzil Hashim, bendera rejim Zionis itu memang pun dipasang di lantai aras pertama di semua tiga pintu masuk pusat berkenaan.
“Jangan takut pijak sebab bendera ini diletak hasil idea pasukan pengurusan kami sebagai solidariti atas perjuangan Palestin melawan rejim Israel,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Lebih unik, kompleks perniagaan 100 peratus Muslim itu ujarnya, muncul sebagai gedung komersial yang pertama di Malaysia memasang bendera Israel untuk dipijak pengunjung.
Malah, gedung setinggi tiga tingkat tersebut juga menjadi satu-satunya yang berani tampil mengadakan perarakan ‘March 4 Gaza’ dengan disertai lebih 1,000 orang, baru-baru ini anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dengan sokongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengunjung mengambil peluang memijak bendera negara haram itu sebagai tanda sokongan kepada Palestin yang ditindas Israel. – UTUSAN
Kapsyen: BENDERA Israel yang sengaja dipasang untuk dipijak oleh para pengunjung di semua arah pintu masuk Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Artikel oleh: Utusan Malaysia
JANGAN TAKUT PIJAK BENDERA ISRAEL DI MALAKAT MALL
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/jangan-takut-pijak-bendera-israel-di-malakat-mall/
PETALING JAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Digital bagi mendesak penganjur Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur supaya membatalkan konsert berkenaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pihaknya menghantar memorandum tersebut sebagai tanda bantahan terhadap penganjuran program yang dilihat tidak sensitif dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza.
“Kita akan hantar memorandum tersebut kepada kementerian itu supaya pihak kementerian boleh ambil tindakan dengan segera,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Penganjur Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dinasihatkan tidak meneruskan acara berskala besar tersebut yang disifatkan melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.
Dalam satu kenyataan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, konsert tersebut jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.
“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, beliau bersetuju sekiranya konsert tersebut dibatalkan kerana tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia.
“Elok dibatalkan sahaja konsert ini sebab tidak membawa sebarang kebaikan, melainkan konsert-konsert tempatan, boleh membantu ekonomi mereka,” katanya.
Katanya, kerajaan seharusnya menilai baik dan buruk sesuatu perkara sebelum meluluskan sesebuah konsert terutama dari luar negara.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
LAGI DESAKAN SUPAYA KONSERT COLDPLAY DIBATALKAN
https://www.utusan.com.my/terkini/2023/11/lagi-desakan-supaya-konsert-coldplay-dibatalkan/
KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) has slammed the authorities for their lack of action in addressing illegal practices tied to repossession agents.
Its chief activist, Datuk Nadzim Johan, said there were many weaknesses in the current system that repossession agents exploited for their benefit.
He stressed the need to revamp the industry to effectively tackle longstanding issues associated with repossession agents, which included fraud, gangsterism and extortion.
"These issues have got to be addressed.
"We have had enough of this nonsense, and the authorities — you will be surprised — sometimes seem like they don't care," he told the New Straits Times.
Nadzim was earlier asked to comment on NST's series of reports on the emergence of syndicates masterminded by recovery agents selling repossessed vehicles at a lower price.
Nadzim recounted how his friend had his car repossessed, only to have it disappear without a trace.
"A friend of mine parked his car at our friend's house and I saw a tow truck waiting to repossess his car. I called him, but he decided to let it be.
"He had initially hoped to retrieve his car from the repossession store the following day, but the vehicle was nowhere to be found," he said.
Nadzim suggested the establishment of a task force involving the media, non-governmental organisations, banks, and relevant agencies to collectively address the issues once and for all.
"We have to change the whole scenario by having serious people (to work on the change), and I think that there is a need for a revamp (of the repossession industry)," he added.
Article by: New Straits Times
CAR REPO FRAUD: MUSLIM CONSUMER GROUP SLAMS AUTHORITIES
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai ahli panel bagi Forum Program Hari Umrah Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya.
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pengarah MARDI, Dato' Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.
Kunjungan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ke NGDM Sdn Bhd di Bandar Puncak Alam, Selangor.
NGDM Sdn Bhd merupakan kilang pemprosesan bahan pencuci berkualiti tinggi jenama Do'zee yang diusahakan oleh Datuk Mohd Syukri Ibhrim.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Kongres Social Synergy 2023 anjuran PERKESO di Grand Ballroom Flamingo Hotel, Ampang.
Kongres ini dianjurkan bertujuan bagi terus memperkukuhkan hubungan antara agensi yang berada di dalam gagasan Program Social Synergy. Disamping itu juga, kongres ini bakal menjadi medan terbaik bagi semua agensi untuk melontarkan sebarang pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkasakan lagi Program Social Synergy.
GEDUNG beli-belah ternama, Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor menyaksikan lebih 1,000 pengunjung menyertai perarakan solidariti ke atas Palestin, March 4 Gaza baru-baru ini.
Program itu anjuran bersama pusat perniagaan tersebut dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Para peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan rakyat Palestin di Malaysia dengan mereka memakai ma a serta mengibarkan bendera Palestin.
Selain itu, mereka juga mengikuti persembahan nasyid, bacaan doa dan qunut nazilah serta menyaksikan video mengenai keganasan askar rejim Zionis Israel terhadap wilayah Gaza.
Kemuncak acara tersebut ialah pelancaran rasmi kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) Global bagi membangkitkan kesedaran pembelian produk dikeluarkan usahawan Islam. Turut hadir sama ialah pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Pengerusi Lembaga KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd. Razali dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan. – UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
LEBIH 1,000 SERTAI MARCH 4 GAZA DI MALAKAT MALL
https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2023/11/lebih-1000-sertai-march-4-gaza-di-malakat-mall/
RAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL, HENTI EKSPORT MINYAK