PETALING JAYA : Pernah satu ketika dahulu, amalan kebersihan diri seperti rutin mencuci tangan sering kali dilakukan kita semua terutamanya ketika COVID-19 mengganas.
Kini, amalan itu dianggap remeh, termasuklah keberkesanan cecair sabun yang disediakan di tempat awam khususnya premis makanan.
Pakar kesihatan mendedahkan terdapat kajian, bekas cecair sabun yang sering dikitar semula juga mengandungi bakteria terkumpul sekaligus mengundang kepada risiko jangkitan penyakit.
Rata-rata premis makanan yang ditinjau seperti medan selera dan restoran didapati tidak menyediakan cecair dan bekas sabun basuh tangan yang sepatutnya.
Ada yang membekalkan cecair sabun tetapi kualiti diragui keberkesanannya, selain turut dicampur dengan air, malah ada bekas yang hanya dipenuhi dengan air semata-mata.
Apa yang menjadi kebimbangan, terdapat bekas plastik sabun lama yang dikitar semula hanya dengan mengisi cecair sabun baharu ke dalamnya.
Bagi pengguna, ada yang kisah dan ada yang tidak kisah dengan tahap kebersihan berkenaan.
“Tak puas la sebab rasa macam tak bersih kan. So kalau sabun tu ada dengan kita, kita rasa macam betul-betul sampai tiada kotoran ke apa.
“Contohnya macam kita makan kari, cuci sampai tak berbau tu maksudnya, okay lah. Tetapi kalau still kalau tak hilang kekuning tu still kita rasa macma tak puas hati la kan,” kata Norlaisa Hussin.
“Saya rasa tidak ada masalah asalkan bersih saya punya tangan saya okay saja lah.”
“Saya rasa tidak ada masalah kualiti sabun, janji sabun tu boleh hilangkan minyak, okay saja,” kata Ahmad Iqbal Hamdan Kumaran.
“Terlalu banyak jenama sabun, so far sabun yang kita tengok ada dekat luar ini masih boleh bantu cuma kalau boleh kurangkan air lah sebab kalau banyak air campur dengan sabun dia akan kurang bersih untuk tangan kita,” kata Muhammad Mawardi Badlisham.
Bagi peniaga pula, penjimatan kos operasi perniagaan perlu diambil kira susulan kenaikan harga barang mentah.
“Jimat kepada peniaga sebab kita keluarkan kos sendiri kan. Jadi ada yang campur ikut lah kepada peniaga. Contoh macam ini foodcourt, jadi semua customer pakai tempat yang sama kan jadi kita bertukar-tukar la.
“Oh banyak. Kalau kita pakai betul yang kita beli untuk yang memang satu yang kecil tu dalam RM5.. satu hari satu je pakai, kalau kita bagi sini satu sana satu kalau dah sebulan dah berapa kali la dengan 30 hari,” ulas peniaga, Norlina Muhammad.
Sementara itu sikap culas mereka yang tidak mengambil berat dalam isu berkenaan mampu mengundang kepada kehadiran bakteria, sekali gus terdedah kepada risiko kesihatan seperti E. Coli, selain penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta COVID-19.
“Sabun yang mereka letak di tandas atau tempat makan, diambil untuk kajian sama ada bakteria atau tidak dalam tempat simpan sabun tu, dan kebanyakannya ada bakteria dalam bekas sabun itu sendiri kerana bekas sabun itu sendiri dia di top-up dengan sabun tak pernah cuci bekas sabun tu.
“Jadinya walaupun sabun murah atau mahal tetapi kalau sentiasa topup dalam bekas yang sama dan mungkin bekas yang sama ini digunakan enam bulan setahun tanpa dibasuh langsung, ia boleh menjadi tempat atau medium pembiakan bakteria dan kemudiannya apabila kita gunakan sabun tu ia sudah dicampur dengan bakteria dan virus kemudian kita cuci tangan it has no effect,” dedah Prof. Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin, Pakar Perunding Perubatan Keluarga (PPUM).
Sikap peduli ketika pandemik COVID-19 yang menitikberatkan soal kebersihan diri perlu diterapkan kembali.
“Kadang-kadang sabun ini bukan untuk food grade pun jadi kita kena tentukan perkara ini difahami oleh peniaga. Sebab saya rasa memang para peniaga tidak ambil peka dalam keadaan ini.
“Jangan takda, basuh tangan je. Kadang2 kalau terlalu kuat pun bahaya. Jadi benda ini kita kena tentukan, memahami dan buat apa yang perlu,” ujar Datuk Nadzim Johan, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Artikel oleh: Buletin TV3
SABUN CUCI TANGAN 'TANGKAP MUAT' UNDANG RISIKO JANGKITAN PENYAKIT
https://www.buletintv3.my/nasional/sabun-cuci-tangan-tangkap-muat-undang-risiko-jangkitan-penyakit/
No comments:
Post a Comment