Pada 25 September 2023, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menghantar surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, mendesak Kerajaan Malaysia untuk menolak cadangan pindaan International Health Regulations 2005 (IHR2005).
PPIM menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai implikasi cadangan pindaan terhadap kedaulatan negara dan hak rakyat Malaysia.
Kami mengambil maklum bahawa pendirian kerajaan setakat ini berkaitan instrumen baru WHO CA+ dan Pindaan IHR2005 tidak akan diputuskan untuk diratifikasikan atau ditolak sebelum 1 Disember 2023.
Kenyataan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa semasa sesi soal jawab menteri di sidang Parlimen pada 2 November 2023:
“Kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan komited untuk memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong”.
Kami ingin mengucapkan penghargaan terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
Pada episod ke-62 rancangan "Keluar Sekejap," Khairy Jamaluddin, telah menyuarakan beberapa isu berkaitan Pindaan IHR2005 antaranya beliau menyatakan tidak menandatangani apa-apa perjanjian malah membantah proposal yang diusulkan oleh US seperti Artikel 9 dan Artikel 13, dan beliau juga mencadangkan pindaan baru (Article 3 - principles) yang menekankan aspek keadilan dalam pemberian vaksin. Khairy juga menekankan bahawa WHO tidak boleh mengambil peranan dalam menentukan dasar kesihatan Malaysia.
Namun, PPIM ingin menegaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Khairy dalam rancangan "Keluar Sekejap" adalah isu proses, bukan isu asas.
Isu-isu asas yang mengancam kedaulatan negara tidak dibincangkan oleh Khairy seperti Article 1, Article 2, Article 3 dan Article 12.
Ini adalah aspek yang memerlukan perhatian serius dalam menjaga integriti dan kedaulatan negara kerana Pindaan IHR2005 ini akan menjadi ancaman besar jika tidak dibantah atau dihalang.
PPIM memohon kerajaan Malaysia meneliti perkara ini dengan sedalam-dalamnya kerana kedaulatan negara adalah satu isu yang sangat penting dan menuntut serta mendesak untuk menolak dan seterusnya keluar dari WHO sekiranya pindaan ini mengancam kedaulatan negara.
PPIM berharap agar pihak Kerajaan menjalankan kajian menyeluruh serta mendalam beberapa artikel (seperti di bawah) yang dilihat sebagai mengancam kedaulatan negara:
a) Article 1 – Definitions
“Standing recommendation” means non-binding advice issued by WHO for specific ongoing public health risks pursuant to Article 16 regarding appropriate health measures for routine or periodic application needed to prevent or reduce the international spread of disease and minimize interference with international traffic; “temporary recommendation” means non-binding advice issued by WHO pursuant to Article 15 for application on a time-limited, risk-specific basis, in response to a public health emergency of international concern, so as to prevent or reduce the international spread of disease and minimize interference with international traffic;
Mengubah definisi; standing recommendation dan temporary recommendation daripada non-binding kepada binding.
b) Article 2 – Scope and purpose
The purpose and scope of these Regulations are to prevent, protect against, prepare, control and provide a public health response to the international spread of diseases including through health systems readiness and resilience in ways that are commensurate with and restricted to public health risk all risks with a potential to impact public health, and which avoid unnecessary interference with international traffic and trade, livelihoods, human rights, and equitable access to health products and health care technologies and know how.
Regulasi ini secara terang menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya melibatkan public health risk menjadi all-risk with a potential to impact public health.
Skop kuasa WHO menjadi mutlak yang diperluaskan tanpa ada had batasan (all risk with a potential public health). Bencana banjir, tanah runtuh dan kemarau termasuk maksud all-risk with a potential to impact public health.
c) Article 3 – Principles
i. The implementation of these Regulations shall be with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedoms of persons based on the principles of equity, inclusivity, coherence and in accordance with their common but differentiated responsibilities of the States Parties, taking into consideration their social and economic development.
Memansuhkan perkataan with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedom of person, yang menjadi asas kepada Hak Asasi Manusia sejagat.
Prinsip asas Hak Asasi Manusia tidak lagi menjadi paksi dalam dasar-dasar WHO. Pindaan ini merupakan pelanggaran kepada United Nations - Universal Declaration of Human Rights 1948.
d) Article 12 - Determination of a public health emergency of international concern public health emergency of regional concern, or intermediate health alert.
i. The Director-General shall determine, on the basis of the information received, in particular from the State Party within whose territory an event is occurring, whether an event constitutes a public health emergency of international concern in accordance with the criteria and the procedure set out in these Regulations.
ii. If the Director-General considers, based on an assessment under these Regulations, that a potential or actual public health emergency of international concern is occurring, the Director-General shall notify all States Parties and seek to consult with the State Party in whose territory the event arises regarding this preliminary determination and may, in accordance with the procedure set forth in Article 49, seek the views of the Committee established under Article 48 (hereinafter the “Emergency Committee”) . If the Director-General determines that the event constitutes a public health emergency of international concern, and the State Party are in agreement regarding this determination, the Director-General shall notify all the States Parties, in accordance with the procedure set forth in Article 49, seek the views of the Committee established under Article 48 (hereinafter the “Emergency Committee”) on appropriate temporary recommendations.
Director General (DG) WHO berkuasa mengisytiharkan Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) termasuk yang berpotensi menjadi PHEIC tanpa input bebas daripada pakar kesihatan awam dari State Party atau pakar perubatan profesional. Tiada klausa dinyatakan bagaimana PHEIC ini boleh ditamatkan. Jika DG WHO korup, kuasa deklarasi PHEIC yang diberikan kepada DG WHO boleh disalahgunakan untuk memudahkan pengisytiharan Pandemik/Wabak Berkekalan (Pandemic in Perpetuaty). Pindaan ini akan memberi impak yang besar kepada semua aspek kehidupan rakyat dan tiada lagi kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment