Showing posts with label BMF GLOBAL. Show all posts
Showing posts with label BMF GLOBAL. Show all posts

Thursday, November 16, 2023

LEBIH 1,000 SERTAI MARCH 4 GAZA DI MALAKAT MALL - UTUSAN MALAYSIA - 16/11/2023

 

GEDUNG beli-belah ternama, Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor menyaksikan lebih 1,000 pengunjung menyertai perarakan solidariti ke atas Palestin, March 4 Gaza baru-baru ini.

Program itu anjuran bersama pusat perniagaan tersebut dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Para peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan rakyat Palestin di Malaysia dengan mereka memakai ma a serta mengibarkan bendera Palestin.

Selain itu, mereka juga mengikuti persembahan nasyid, bacaan doa dan qunut nazilah serta menyaksikan video mengenai keganasan askar rejim Zionis Israel terhadap wilayah Gaza.

Kemuncak acara tersebut ialah pelancaran rasmi kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) Global bagi membangkitkan kesedaran pembelian produk dikeluarkan usahawan Islam. Turut hadir sama ialah pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Pengerusi Lembaga KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd. Razali dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.  – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

LEBIH 1,000 SERTAI MARCH 4 GAZA DI MALAKAT MALL

https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2023/11/lebih-1000-sertai-march-4-gaza-di-malakat-mall/

KEMPEN BMF PERKASA PRODUK MUSLIM - BERITA HARIAN - 13/11/2023

 

Artikel oleh: Berita Harian

KEMPEN BMF PERKASA PRODUK MUSLIM

Wednesday, November 15, 2023

BMF GLOBAL INISIATIF SATUKAN KUASA BELI BAGI PERKASAKAN PRODUK MUSLIM TEMPATAN DAN LUAR NEGARA - MALAYSIA TRIBUNE - 11/11/2023

 

CYBERJAYA – Pelancaran Buy Muslim First (BMF) Global merupakan satu inisiatif menyatukan kuasa beli dalam membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mengambil inisiatif menjadi peneraju utama pelancaran program berkenaan dalam usaha meluaskan sokongan usahawan tempatan dan negara Islam lain.

“Usaha ini memfokuskan ‘Kempen Satukan Kuasa Beli’ yang mana kita menyarankan pembeli fokus pilihan dalam perbelanjaan mereka dengan kami turut melancarkan karnival usahawan terdiri daripada golongan pengeluar asal sesebuah produk.

“Pelancaran ini juga adalah usaha menyedarkan masyarakat bahawa perjuangan memartabatkan produk Muslim bukan saja sekadar bertaraf lokal, malah ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis March4Gaza dan pelancaran BMF Global Movement di Malakat Mall, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali.

Beliau bagaimanapun berkata, BMF bukan kempen bersifat bangsa dan ia juga bukan untuk memboikot produk orang bukan Muslim (yang tidak menyokong Israel) tetapi lebih kepada usaha untuk memperkuatkan ekonomi orang Islam.

“Kita maklum BMF hanya kuat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa ada gerakan badan bukan kerajaan (NGO) Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah gerakan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.

“Jadi apa yang kita lancarkan ini adalah langkah strategik melalui 12 protokol BMF Global membabitkan pengguna dan usahawan Islam serta pengguna dan usahawan bukan Islam sealiran dengan perjuangan membebaskan Palestin.

“Sudah tiba masa kita mula menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk membina kekuatan sendiri supaya dapat membantu rakyat khususnya umat Islam,” katanya lagi.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

BMF GLOBAL INISIATIF SATUKAN KUASA BELI BAGI PERKASAKAN PRODUK MUSLIM TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

https://malaysiatribune.news/2023/11/11/bmf-global-inisiatif-satukan-kuasa-beli-bagi-perkasakan-produk-muslim-tempatan-dan-luar-negara/

PUSAT BELI BELAH MALAKAT TERAJU USAHA PERKENAL PRODUK USAHAWAN MUSLIM - BERITA HARIAN - 11/11/2023

 

CYBERJAYA: Usaha memperkenalkan usahawan dan produk tempatan Muslim dan dari negara Islam lain terus diperkasakan dengan pelancaran Buy Muslim First (BMF) Global Movements.

Gerakan itu diterajui Pusat Beli Belah Malakat dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Pengasas Pusat Beli Belah Malakat, Mohd Fadzil Hashim, berkata pihaknya dan KoPPIM mengambil inisiatif menjadi peneraju utama BMF Global Movements dalam usaha memperluas sokongan usahawan tempatan dan dari negara Islam lain.

Katanya, gerakan itu bukan bersifat bangsa untuk memboikot produk bukan Muslim, tetapi lebih kepada untuk memperkuatkan ekonomi orang Islam.

Oleh itu, katanya, Malakat akan digunakan sebagai platform memperkenalkan jenama Muslim setiap minggu termasuk dari Turkiye dan Indonesia.

"Usaha ini turut memfokuskan kepada tiga tujuan utama iaitu Kempen Satukan Kuasa Beli yang mana kita menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan mereka.

"Bagi mempraktikkan idea itu, kami turut melancarkan Karnival Usahawan kepada usahawan iaitu pengeluar asal sesebuah produk yang berperanan penting dalam ekosistem ekonomi.

"BMF Global Movements adalah usaha menyedarkan masyarakat yang perjuangan memartabatkan produk Muslim bukan sekadar bertaraf lokal, malah ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (empat dari kanan) dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tiga dari kanan) pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di Cyberjaya, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Mohd Fadzil berkata, rakyat perlu mengutamakan produk tempatan.

"Sudah tiba masanya kita menggunakan kuasa sebagai pengguna untuk membina kekuatan sendiri untuk membantu melindungi rakyat terutama umat Islam," katanya.

Mengenai tindakan boikot produk pro-Israel ketika ini, beliau akui tindakan kali ini sangat luar biasa dan turut memberi kesan kerana banyak pihak.

"Orang kita sangat sensitif sehinggakan ramai yang terluka. Mereka berasakan tidak boleh berbuat apa-apa dan memboikot adalah tindakan kolektif mampu dilakukan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan memboikot akan lebih berkesan jika disusuli dengan usaha memperkenalkan produk alternatif bagi mengelak orang ramai kembali produk diboikot apabila keadaan kembali tenang.

"Kita maklum BMF hanya kuat di Malaysia namun di peringkat antarabangsa, ada gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), gerakan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.

"Apa yang kita lancarkan hari ini adalah langkah strategik melalui 12 protokol BMF Global membabitkan pengguna Islam, usahawan Islam, pengguna dan usahawan bukan Islam yang sealiran dengan perjuangan yang membebaskan Palestin," katanya.

Sementara itu, Mustapa Kamal berharap lebih ramai usahawan tempatan terutama Muslim mengeluarkan produk.

Katanya, tindakan memboikot produk pro-Israel membuatkan orang ramai mulai memilih produk tempatan.

Turut diadakan di pusat beli belah itu adalah acara March4Gaza dihadiri kira-kira 1,000 orang sebagai tanda solidariti susulan konflik Palestin-Israel.

Antara peserta acara March4Gaza di Malakat Mall, Cyberjaya. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (lima dari kanan) pada majlis Pelancaran BMF Global Movements di Pusat Beli Belah Malakat di Cyberjaya, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Artikel oleh: Berita Harian

Tuesday, November 14, 2023

MALAKAT MALL, KOPPIM BANTU USAHAWAN PERKASA EKONOMI ISLAM - SINAR HARIAN - 11/11/2023

 

CYBERJAYA - Malakat Mall bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) melancarkan kempen Buy Muslim First Global Movement (BFM) bagi membantu usahawan tempatan dan antarabangsa memperkasa semula ekonomi Islam.

Pengasas pusat beli-belah itu, Mohd Fadzil Hashim berkata, kempen tersebut merupakan usaha memperluaskan sokongan terhadap produk usahawan tempatan dan juga daripada negara-negara Islam yang lain.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan pihak mereka turut mengadakan karnival usahawan untuk memberi peluang memperkenalkan jenama barangan masing-masing.

“Kami turut melancarkan karnival usahawan bagi memberi peluang pengusaha tempatan memperkenalkan hasil jualan mereka di sini.

"Usahawan yang menyertai karnival ini pula terdiri daripada pengeluar produk dan memainkan peranan dalam ekosistem ekonomi negara.

“Kempen ini bukan bersifat bangsa atau kita ingin memboikot barangan bukan Islam, tetapi lebih kepada memperkuat ekonomi orang Islam sendiri,” katanya dalam Majlis Pelancaran BMF Global dan March4Gaza di sini pada Sabtu.

Sebahagian peserta menyertai perarakan pada Majlis Pelancaran Kempen BMF Global Movement dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan beberapa ahli daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebagai tetamu jemputan.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Fadzil, Malakat Mall bukan sahaja digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan jenama Islam tempatan pada setiap minggu, tetapi juga daripada Indonesia dan Turki.

Beliau berkata, ia susulan usaha masyarakat di negara ini memboikot produk pro- Israel berjaya memberi impak luar biasa.

"Boikot akan lebih berkesan sekiranya disusuli dengan usaha memperkenalkan barangan alternatif kepada pengguna.

"Usaha untuk memboikot memberi impak kepada orang ramai sehinggakan mereka bukan sahaja tidak masuk ke premis perniagaan yang diboikot, malah malu untuk kelihatan di kawasan sekitarnya,” jelasnya.

Sebahagian peserta yang hadir pada ‘Pelancaran Kempen Buy Muslim First Global Movement (BMF)’ dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali berkata, dengan membangunkan semula ekonomi Islam dan domestik, ia membantu pengguna untuk terus menggunakan barangan jenama tempatan sebagai tanda solidariti.

Ulasnya, semua pihak perlu terus istiqamah dalam melakukan usaha memboikot produk pro- Israel.

“Kita harap usahawan di luar sana mengeluarkan produk untuk beri pilihan kepada pengguna,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL, KOPPIM BANTU USAHAWAN PERKASA EKONOMI ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/634106/berita/nasional/malakat-mall-koppim-bantu-usahawan-perkasa-ekonomi-islam

Monday, November 13, 2023

KEMPEN BUY MUSLIM FIRST DIPERLUAS KE GLOBAL - UTUSAN MALAYSIA - 11/11/2023

 

CYBERJAYA: Umat Islam di negara ini diseru terus memulaukan produk antarabangsa pro-Israel dengan mengalihkan sokongan kepada jenama keluaran bisnes Muslim sendiri.

Demikian saranan pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim sebagai tindak balas ke atas kezaliman rejim Zionis kepada penduduk Palestin dengan melancarkan kempen Buy Muslim First (BMF) Global .yang diperluaskan ke seluruh dunia.

“Sebelum ini ia hanya terhad dalam Malaysia dan ia sudah berjaya, namun kita mahu juga kesedaran itu dikembangkan ke peringkat sejagat pula,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Pergerakan BMF Global dan perarakan March 4Gaza dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

BMF pada asalnya dilancarkan akhir 2018 lalu oleh Gerakan Pembela Ummah dan disokong ramai tokoh agama di negara ini bagi memperkasakan ekonomi umat Islam.

Mohd. Fadzil berkata, tindakan boikot akan lebih berkesan jika disusuli peralihan sokongan pengguna itu kepada produk alternatif keluaran Muslim sendiri.

Beliau memberikan contoh senario di Turkiye apabila semua kedai runcit, pasar awam dan gedung besar di seluruh negara itu dipenuhi lebih 90 peratus jenama milik Islam tempatan.

Kempen BMF Global dilancarkan itu juga kata Mohd. Fadzil, selaras dengan misi gerakan antarabangsa pro-Palestin yang dikenali sebagai Boycott, Divestment, Sanctions (BDS).

Organisasi sejagat ditubuhkan pada 2005 oleh warga Palestin sendiri, Omar Barghouti itu mengambil model kempen anti-Apartheid di Afrika Selatan antara 1948 sehingga 1990-an.

“Sudah tiba masanya kita mula berani guna kuasa ekonomi Muslim sebagai pengguna dan bangkit melindungi kepentingan umat Islam yang teruk ditindas di Palestin,” kata beliau.

Kejayaan kempen BMF sebelum ini tambahnya, malah dapat dilihat daripada Malakat Mall sendiri dibuka pada 2020 lalu dan mendapat sokongan KoPPIM dengan dana RM100 juta.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KEMPEN BUY MUSLIM FIRST DIPERLUAS KE GLOBAL

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/kempen-buy-muslim-first-diperluas-ke-global/

Saturday, November 11, 2023

AKTIVITI | MARCH 4 GAZA & MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BMF GLOBAL - PPIM - 11/11/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha boikot yang dijalankan pengguna Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

Langkah itu menunjukkan pengguna semakin sedar tentang kelebihan kuasa pengguna dan keberkesanannya terhadap ekonomi dunia.

Susulan itu, PPIM dan Malakat Mall serta Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) telah menganjurkan program 'March 4 Gaza & Pelancaran BMF Global Movement.'

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL