Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

Saturday, October 11, 2025

AKTIVITI | PROGRAM BERSAMA MALAYSIA RETAILOR ASSOCIATION (MRA) - PPIM - 11/10/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Program Bersama Malaysia Retailers Association (MRA) anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Leo Moggie Convention Centre (LMCC), TNB Platinum, Bangsar.

Program bertujuan memperkukuh hubungan antara TNB dan penggiat industri runcit di bawah MRA. Antara pengisian utama termasuk taklimat mengenai struktur tarif elektrik serta penerangan tentang keselamatan elektrik.

Tuesday, February 27, 2024

AKTIVITI | PROGRAM KUASAI TELEKOMUNIKASI KETIKA KECEMASAN DAN DARURAT - PPIM - 26/02/2024

Telah berlangsung Program Kuasai Tenik Telekomunikasi Ketika Kecemasan dan Darurat anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan @cinaapek di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri.

Taklimat disampaikan oleh Pakar Perisian Data, En Redhuan D. Oon. Peserta melibatkan pelajar sekolah dan turut diiringi oleh ibubapa pelajar.

Antara teknik yang dipelajari adalah morse code dan asas prepping.

Saturday, November 18, 2023

AKTIVITI | KONGRES SOCIAL SYNERGY 2023 - PPIM - 15/11/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Kongres Social Synergy 2023 anjuran PERKESO di Grand Ballroom Flamingo Hotel, Ampang.

Kongres ini dianjurkan bertujuan bagi terus memperkukuhkan hubungan antara agensi yang berada di dalam gagasan Program Social Synergy. Disamping itu juga, kongres ini bakal menjadi medan terbaik bagi semua agensi untuk melontarkan sebarang pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkasakan lagi Program Social Synergy.

Wednesday, August 9, 2023

AKTIVITI | PROGRAM LETS GET CANDID BY AIR SELANGOR - PPIM - 09/08/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke program Lets Get Candid! anjuran Air Selangor di Bangsar Trade Centre, Kuala Lumpur hari ini.






Saturday, October 8, 2022

AKTIVITI | PROGRAM DIALOG ANTIRASUAH SPRM BERSAMA NGO - PPIM - 08/10/2022

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri Program Dialog Antirasuah SPRM Bersama NGO sempena sambutan ulang tahun SPRM ke-55 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL