Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dato' Hj Che Roslan Che Daud di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Monday, September 30, 2019
5328) #BMF: HANYA GOLONGAN TIDAK FAHAM BAHASA KATA KITA BOIKOT MEREKA – PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 28/09/2019
SHAH ALAM – Umat Islam dan orang Melayu mesti mengubah sikap mulai sekarang, termasuk mendidik anak-anak mereka supaya mengutamakan produk Muslim.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen utamakan membeli produk Muslim (BMF) yang dilaksanakan baru-baru ini semakin menampakkan kemajuan.
Beliau berkata, menerusi kempen itu, tidak bermakna orang Islam dan Melayu memboikot produk bukan Islam, sebaliknya mereka mesti mengutamakan yang halal terlebih dahulu.
“Jika masih ada suara mengatakan kita memboikot produk mereka, itu dari golongan yang tidak faham bahasa. Kita dah cakap, kita tak boikot. Kita cuma nak utamakan produk Muslim.
“Dalam mana-mana kempen kita sebelum ini pun, kita tidak pernah sebut boikot produk bukan Islam, tapi kalau dia orang buat kurang ajar dengan kita, baru kita ambil tindakan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette selepas melancarkan Oasis Halal Mart di pekarangan Wisma Mais di sini, hari ini.
Menurut Nadzim, umat Islam dan orang Melayu kena kuat dan perlu mempunyai suara yang cukup kuat untuk menjadi semak dan imbang dalam isu penggunaan barangan keperluan harian.
Ujarnya, suara yang kuat sekurang-kurangnya dapat memberi ketakutan kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menghina Islam dan Melayu.
“Kita perlu kumpul suara kita, kita nak suarakan kepada mereka jika kita merasakan ditindas dan dihina,” katanya.
Beliau berharap akan lebih banyak kedai dan kiosk Halal Mart dibuka di masjid seluruh negara atau di mana-mana sahaja sebagai usaha menyokong kepada pembayar zakat.
“Apa yang kita harapkan kedai atau kiosk seperti ini ada di mana-mana, jadi tak ada sebab kita merasakan barangan keperluan ini tidak ada di sekitar kita. Kita perlu berjalan sedikit untuk menyokong produk ini.
“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari, bukan setakat pergi ke pasar raya besar dan beli tanpa mengambil kira produk itu baik untuk kita atau tidak,” katanya.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
#BMF: HANYA GOLONGAN TIDAK FAHAM BAHASA KATA KITA BOIKOT MEREKA – PPIM
5327) SUBSIDI RON95: SEMAK BALIK SISTEM SEDIA ADA SEPERTI BR1M - ASTRO AWANI - 29/09/2019
Ini pula pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, seharusnya kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam menentukan sebarang proses yang menggunakan dana awam. Malah katanya tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan satu sistem baharu semata-mata untuk menentukan golongan layak bagi subsidi RON95.
Artikel oleh: Astro Awani
SUBSIDI RON95: SEMAK BALIK SISTEM SEDIA ADA SEPERTI BR1M
5323) AKTIVITI | KONVENSYEN SUKARELAWAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 - PPIM - 28/09/2019
Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, menghadiri jemputan sebagai pengucaptama di Kovensyen Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2019 bertemakan 'Rahmah Untuk Semua'. Konvensyen telah diadakan di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya.
5322) "DIA NI ANTI CINA BOIKOT CINA" - TOQQI KECEWA - TV. PPIM - 27/09/2019
Bantu PPIM Bangunkan Direktori Peniaga Muslim. Ayuh kita kukuhkan ekonomi orang Islam!
Untuk makluman, kami di PPIM pernah wujudkan laman web direktori peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata.
Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi.
Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim.
Kini PPIM sedang dalam usaha mewujudkan Direktori Peniaga Muslim yang lengkap. Sementara direktori siap, kami sedang mengumpul maklumat (database) peniaga Muslim di seluruh Malaysia di https://hijrah.com.my/.
Para peniaga Muslim boleh melengkapkan borang di bahagian pendaftaran https://hijrah.com.my/ agar maklumat syarikat anda direkodkan untuk tindakan selanjutnya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan kewangan melalui https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006).
Maklumat berkaitan Tabung Perjuangan PPIM & Sukarelawan PPIM boleh didapati melalui:
Laman Web:
https://sumbangan.ppim.org.my/
https://www.ppim.org.my/
Whatsapp:
https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline:
013-2262 444
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna"
Artikel oleh: TV. PPIM
"DIA NI ANTI CINA BOIKOT CINA" - TOQQI KECEWA
Friday, September 27, 2019
5320) 10 PASANGAN 'DIWARISKAN HUTANG - HARIAN METRO - 27/09/2019
Kuala Lumpur:
Menikmati gaji bulanan yang tetap, elaun, kuarters, kemudahan pinjaman dengan
kadar faedah rendah, wang saguhati serta pencen sehingga akhir hayat adalah
tarikan untuk seseorang mencari pasangan hidup daripada penjawat awam.
Perunding Keluarga
Islam Datuk Zaidi Zain berkata, trend berkahwin semata-mata untuk mendapat
kesenangan dikesan sejak beberapa tahun lalu dan ia semakin ketara sejak
kebelakangan ini susulan kos sara hidup yang semakin meningkat serta corak
berbelanja tanpa kawalan.
Kata beliau,
pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kesengsaraan isteri yang ditinggalkan
begitu saja selepas suami membuat pinjaman pada jumlah maksimum menggunakan
nama pasangan.
"Kes begini
memang ada dan lebih malang ia membabitkan jumlah pinjaman yang menjadi hutang
dalam jumlah banyak. Pada peringkat awal, si suami berjanji ia sebagai cara
untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.
"Tidak lama
selepas itu, mula timbul bermacam masalah bila duit sudah habis digunakan dan
isteri ditinggalkan begitu saja bersama hutang yang menimbun.
" Saya terima
beberapa kes begini dalam tempoh tiga tahun lalu," katanya.
Sementara itu,
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan
berkata, pihaknya menerima 10 aduan mengenai isteri yang ditinggalkan bersama
hutang pinjaman selain mengalami tekanan perasaan ekoran kegagalan rumah
tangga.
Katanya, manfaat
sebagai penjawat awam adalah tarikan kepada suami untuk berkahwin tanpa perlu
berdepan risiko muflis kerana pinjaman itu atas nama isteri sebagai kakitangan
kerajaan.
"Ada juga kes
suami mengharapkan pencen isteri untuk hidup sedangkan suami tidak melakukan
apa-apa pekerjaan. Setakat ini, paling ramai yang menjadi mangsa adalah ibu
tunggal dan mereka hilang tempat bergantung selepas suami menghilangkan diri
atau bercerai,"katanya.
Artikel oleh:
Harian Metro
10 PASANGAN
'DIWARISKAN HUTANG
5319) KAHWIN BERSULAM MUSLIHAT - HARIAN METRO - 27/09/2019
DIA tidak menyangka suami yang disayangi sanggup menjadikan kerjayanya sebagai penjawat awam untuk mendapat untung mudah dengan membuat pinjaman sehingga jumlah maksimum sebelum digantung tidak bertali sejak empat tahun lalu.
Lebih malang, janji manis untuk membina kehidupan lebih baik menggunakan pinjaman berkenaan sebagai modal perniagaan lenyap begitu saja selepas ia dibelanjakan sesuka hati dan suami kemudian menghilangkan diri.
Sudahnya, dia terpaksa melangsaikan pembiayaan berjumlah lebih setengah juta termasuk membayar gaji pekerja dan kos operasi syarikat yang gulung tikar.
Bagi Maisarah, 40, tiada lagi keseronokan hidup sebagai doktor di sebuah pusat perubatan awam apabila dia pokai selepas terpaksa melunaskan semua hutang ditinggalkan suaminya.
“Saya ingat dia kahwin dengan saya kerana cinta, tetapi sebaliknya. Kami hanya kenal tak sampai dua bulan sebelum dia menyatakan niat melamar saya.
“Dalam beberapa minggu pertama perkenalan dulu, memang dia banyak bertanya soal peribadi saya termasuk wang simpanan, gaji serta perbelanjaan harian tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan bersetuju menjadi isterinya atas dasar suka sama suka.
“Sebaik sah menjadi suami isteri, dia mula memujuk saya membuat pinjaman peribadi berjumlah RM200,000 kononnya untuk berniaga. Memang sebelum itu dia ada syarikat pembinaan dan saya tidak ambil pusing mengenai perniagaannya,” katanya.
Berselang dua bulan katanya, dia mula curiga apabila dihubungi bank yang memaklumkan ada tunggakan bayaran pinjaman selain beberapa pekerja suaminya meminta gaji mereka dan mendakwa sudah beberapa bulan tidak dibayar gaji.
Selepas itu, suaminya meminta dia membuat beberapa lagi pinjaman termasuk kad kredit berjumlah antara RM15,000 hingga RM50,000 kononnya sebagai jalan keluar daripada perniagaan yang menghadapi masalah kewangan.
“Sampai satu masa saya sudah tidak tahan lagi kerana bebanan hutang semakin bertambah dan mengganggu tugas saya sebagai doktor. Saya minta suami beri penjelasan dan dia berterus terang bahawa dia menggunakan saya untuk mendapat pinjaman dengan mudah kerana kedudukan saya sebagai penjawat awam,” katanya yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Seorang guru mahu dikenali sebagai Baizura, 30-an berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang dikenali menerusi seorang rakan pada 2013.
Tanpa mengetahui latar belakang lelaki itu, mereka mengenali hati budi selama tiga bulan dan bersetuju untuk berkahwin biarpun mendapat tentangan keluarga.
Baizura berkata, dalam tempoh lima tahun perkahwinan, dia membuat tiga pinjaman dengan nilai keseluruhan berjumlah RM450,000 dan terpaksa menanggung suaminya yang tidak bekerja.
Menurutnya, lebih memeranjatkan apabila suaminya berubah sikap dan memaklumkan bahawa dia akan hidup senang sampai tua kerana turut mempunyai pencen isteri selepas bersara nanti.
Artikel oleh: Harian Metro
KAHWIN BERSULAM MUSLIHAT
Thursday, September 26, 2019
5318) CUSTOMERS PAYING THE PRICE FOR CASHLESS TRANSACTIONS - THE STAR - 26/09/2019
PETALING
JAYA: Several banks have come under fire for charging fees when customers make
loan and credit card payments with cash or cheques over the counter or through
deposit machines. At least two other banks have announced they would do the
same from next month.
The
Association of Banks in Malaysia (ABM) says the fees are imposed to “encourage
customers to move from cash to electronic payments” but consumer groups argue
that this practice is unfair to those who do not do their banking via digital
channels.
The fee
for making credit card and loan payments over the counter with cash or cheques
is RM2 per transaction.
A
customer who pays his loan or credit card bill by using cash or cheque deposit
machines is charged 50 sen each time.
Federation
of Malaysian Consumers Associations (Fomca) chief executive officer Datuk Paul
Selvaraj said banks should not penalise consumers who do not know how to
perform Internet banking or who do not trust it.
“We are
shocked that Bank Negara is allowing this to happen.
“People
are already suffering from the high cost of living and it is the role of the
government to reduce the burden and not increase it, ” he told The Star
yesterday.
Paul
noted that the poor and the disadvantaged will be the ones who will be
burdened.
National
Union of Bank Employees (NUBE) secretary J. Solomon agreed that the fees would
affect the lower-income group and people with special needs.
“We are
not against introducing technology in the banking sector.
“We are
only concerned that there is an imbalance now at the expense of consumers,
people with special needs and bank workers, ” he said.
Solomon
noted that banks have shifted from being a service-based industry to fee-based
one.
He
pointed out that with these fees, people have to fork out extra to pay their
loan instalments or credit card bills with cash or cheques.
Solomon
said banking services should be for everyone and not just those who are
comfortable with online banking.
He added
that efforts to encourage the public to use online banking were perhaps a way
for the banks to eventually reduce their workforce.
“In the
last five years, the intake of recruits in the banking sector is minimal and
that is one of the reasons for unemployment among the youth, ” he said.
Among the
banks that are charging these fees are Affin Bank, CIMB Bank, Public Bank and
Standard Chartered.
AmBank
and Maybank have told customers that they will start charging these fees on Oct
1.
However,
Maybank appears to have removed the announcement from its website.
When
announcing the introduction of the fees, the banks have urged customers to make
their loan and credit card payments through other channels such as Internet
banking and automated teller machines (ATMs).
The banks
have also said that they would waive the fees for over-the-counter transactions
made by senior citizens and the disabled.
Muslim
Consumers Association of Malaysia chief activist Datuk Nadzim Johan described
the imposition of the fees as an “unethical way of squeezing money from
consumers”.
“There is
no reason for them to do this. If they instal a new machine to provide
services, then they can go ahead and charge consumers.
“But there
is nothing like that in this case, ” he said.
He called
on Bank Negara and the Finance Ministry to look into the fees as the public is
affected by the practice.
ABM
posted a statement on its website yesterday to explain the reason for the fees.
However,
it was taken down in the evening.
In the
statement, the association said the shift to electronic payments improves the
overall efficiency of the payment system and provides meaningful cost savings
and efficiency to the Malaysian economy.
It added that
electronic payments also increase financial inclusion by extending financial
services to a larger segment of the population, enabling them to enjoy lower
cost of financial services and better means of savings.
To
encourage customers to move from cash to e-payments, ABM said some of its
member banks currently impose fees for cheque and cash payments for credit card
and financing payments performed over the counter (via teller at bank branch)
and via cash deposit machines.
ABM said
these fees may be debited from a customer’s credit card or financing account.
“We
reiterate that senior citizens (aged 65 and above) and the disabled will not be
charged the fees for over-the-counter transactions, ” it said.
On its
website, CIMB Bank said it was charging these fees to encourage its customers
to make payments via electronic platforms.
“Payments
via digital channels are faster, easy and convenient for our customers as they
can be made from anywhere without the need of having to visit a branch, ” it
said.
Article by: The Star
CUSTOMERS PAYING THE PRICE FOR CASHLESS TRANSACTIONS
5317) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN AEON - PPIM - 26/09/2019
Ketua Aktivis PPIM, toqqi, telah mengadakan satu perjumpaan dengan Manager Special Task Corporate Communication AEON, Pn Azah Sulaiman di AEON Taman Maluri.
Perjumpaan adalah bertujuan mencari jalan penyelesaian isu pembayaran tapak di AEON yang dihadapi oleh penganjur event.
Alhamdullillah, dengan bantuan toqqi dan rakan-rakan aktivis PPIM yang lain, masalah dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih diatas bantuan semua.
Perjumpaan adalah bertujuan mencari jalan penyelesaian isu pembayaran tapak di AEON yang dihadapi oleh penganjur event.
Alhamdullillah, dengan bantuan toqqi dan rakan-rakan aktivis PPIM yang lain, masalah dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih diatas bantuan semua.
4316) 5 PALING HANGAT | ‘CAJ SAJA RM100 KALAU NAK UNTUNG SANGAT’ - SINAR HARIAN - 26/09/2019
Artikel oleh: Sinar Harian
5 PALING HANGAT | ‘CAJ SAJA RM100 KALAU NAK UNTUNG SANGAT’
https://www.sinarharian.com.my/article/49228/BERITA/Nasional/Caj-terus-RM100-kalau-nak-untung-sangat
Wednesday, September 25, 2019
4315) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA BAHARU PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ, KATA PPIM - MALAYSIA DATELINE - 25/09/2019
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PRESMA yang mempunyai lebih 4,000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim telah memperoleh jualan hampir mencecah RM10 bilion tahun lepas.
Nadzim berkata komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.
“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.
“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.
“Presma akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.
Untuk rekod, Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pada Mac tahun lepas, PPIM telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan melancarkan kempen SPPZ yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.
— BERNAMA
Artikel oleh: Malaysia Dateline
https://malaysiadateline.com/pelantikan-jawahar-ali-sebagai-presiden-presma-baharu-petanda-baik-kempen-sppz-kata-ppim/
4314) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ - PPIM - BERNAMA - 25/09/2019
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PRESMA yang mempunyai lebih 4,000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim telah memperoleh jualan hampir mencecah RM10 bilion tahun lepas.
Nadzim berkata komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.
"Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.
"Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.
“Presma akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.
Untuk rekod, Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pada Mac tahun lepas, PPIM telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan melancarkan kempen SPPZ yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.
Artikel oleh: BERNAMA
PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ - PPIM
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1771273
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2019
(851)
-
▼
September
(106)
- 5330) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGA...
- 5329) BERHATI-HATI, ELAK JADI MANGSA MACAU SCAM - ...
- 5328) #BMF: HANYA GOLONGAN TIDAK FAHAM BAHASA KATA...
- 5327) SUBSIDI RON95: SEMAK BALIK SISTEM SEDIA ADA ...
- 5326) AKTIVITI | PERASMIAN UTAMA ''INTERNATIONAL F...
- 5325) AKTIVITI | JEMPUTAN TALK CORNER BERSAMA TOQQ...
- 5324) AKTIVITI | JEMPUTAN MERASMIKAN PREMIS OASIS ...
- 5323) AKTIVITI | KONVENSYEN SUKARELAWAN PERINGKAT ...
- 5322) "DIA NI ANTI CINA BOIKOT CINA" - TOQQI KECEW...
- 5321) NASI LEMAK KOPI O, PROMO PRODUK MUSLIM - TV ...
- 5320) 10 PASANGAN 'DIWARISKAN HUTANG - HARIAN METR...
- 5319) KAHWIN BERSULAM MUSLIHAT - HARIAN METRO - 27...
- 5318) CUSTOMERS PAYING THE PRICE FOR CASHLESS TRAN...
- 5317) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PIHAK PENGURUSA...
- 4316) 5 PALING HANGAT | ‘CAJ SAJA RM100 KALAU NAK ...
- 4315) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRES...
- 4314) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRES...
- 4313) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRES...
- 4312) PPIM SAMBUT BAIK JAWAHAR SEBAGAI PENGERUSI P...
- 4311) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRES...
- 4310) BNM PERLU CAMPUR TANGAN - UTUSAN MALAYSIA - ...
- 4309) 'CAJ SAJA RM100 KALAU NAK UNTUNG SANGAT' - S...
- 4308) PPIM UCAP TAHNIAH KEPADA PRESMA - PPIM - 25/...
- 4307) ALI MAJU KINI PRESIDEN PRESMA - HARIAN METRO...
- 4306) ALONG CAJ BIAYA KERETA SESUKA HATI - HARIAN ...
- 4305) BEKAS PESALAH DIBERI PELUANG KEDUA | MHI - T...
- 4304) HAK INDIVIDU BELI IKUT SELERA MASING-MASING ...
- 4303) TIDAK MENOLAK MUNGKIN ADA GELATIN DALAM WANG...
- 4302) PPIM MAHU USAHAWAN IKS BUMIPUTERA AMBIL KESE...
- 4301) AKTIVITI | MAJLIS PENUTUP KURSUS BODYGUARD -...
- 4300) BANK KOMPLOT TAGIH KEUNTUNGAN MESIN GEDEGANG...
- 4299) LANTIK RAKYAT JADI MATA DAN TELINGA - UTUSAN...
- 4298) PELANCARAN PROGRAN HIJRAH TO FITRAH - TVPPIM...
- 4297) KURSUS LAHIR MUTAWIF, MUTAWIFAH - UTUSAN MAL...
- 4296) SSPZ BANTU TINGKAT EKONOMI ISLAM - UTUSAN - ...
- 4295) PPIM PERKENAL APLIKASI SPPZ - HARIAN METRO -...
- 4294) PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ UNTUK RUJUKAN PENGG...
- 4293) HIJRAH TO FITRAH - GISB HOLDINGS - 19/09/2019
- 4292) "60,000 RIBU ADUAN TAK MAMPU KITA NAK SELESA...
- 4291) PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ BAKAL JADI RUJUKAN ...
- 4290) GUBAL UNDANG-UNDANG BAHARU - UTUSAN MALAYSIA...
- 4289) IKHWAN GLOBAL TERIMA BEKAS BANDUAN - TV PPIM...
- 4288) PPIM ROMBAK STRUKTUR - HARIAN METRO - 17/09/...
- 4287) SPM: HIJRAH KE FITRAH - BERITA NASIONAL RTM ...
- 4286) CAKAP SERUPA BIKIN 2.0 | EPISOD 4 : ISU PROD...
- 4285) CAKAP SERUPA BIKIN: ISU PRODUK MUSLIM - TV P...
- 4284) WARTAWAN BIMBANG KERETA DILELONG - BERITA HA...
- 4283) GULA-GULA "BABI" KEGEMARAN SEMUA! - TV. PPIM...
- 4282) TANYA DULU APA SUMBANGAN, SEBELUM MEMINTA - ...
- 4281) MANA SENARAI PRODUK? MANA SENARAI PENIAGA IS...
- 4280) PPIM TERPAKSA MEMINTA DEMI PENGGUNA - TV. PP...
- 4279) PANAS!!! "BILA 'BERUK' BUAT KERJA..." -TOK K...
- 4278) BOIKOT, REALITI ATAU KHAYALAN??? DR MAZA, TO...
- 5277) PROMOSI PRODUK, NASI LEMAK KOPI O' - TVPPIM ...
- 5276) AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA ADMIN FACEBOOK...
- 5275) JUALAN PENIAGA ISLAM MENINGKAT TIGA KALI GAN...
- 5274) BMF BERJAYA TURUNKAN HARGA BARANG - UTUSAN M...
- 5273) BAWA ADIK BERADIK TEROKA TANAH - BERITA HARI...
- 5272) 999 (2019) | TUE, SEP 10: ISU SEMBELIHAN AY...
- 5271) TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN - PPIM - 11/09/2019
- 5270) JANGAN BERI PELUANG KEDUA PIHAK SALAH GUNA A...
- 5269) PERLIS MUFTI: PRIORITISING MUSLIM-MADE GOODS...
- 5268) KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM BUKAN RASIS - KOSM...
- 5267) REALITI KERJAYA SEORANG MUTAWIF - KOSMO - 11...
- 5266) LAHIR MUTAWIF, MUTAWIFAH PROFESIONAL - HARIA...
- 5265) PPIM AKUI AHLI NAUNGI WARGA BANGLADESH - BER...
- 5264) KEMPEN BEZAKAN HALAL, HARAM - UTUSAN MALAYSI...
- 5263) TOLONG PRODUK MUSLIM BAIK UNTUK BUKAN ISLAM ...
- 5262) PUSAT BELI-BELAH HIMPUNKAN PRODUK MUSLIM BAK...
- 5261) KARNIVAL MYJERAM 27 SEPTEMBER INI - UTUSAN M...
- 5260) PANTAUAN BERKALA IKUT SOP - HARIAN METRO - 1...
- 5259) FITNAH TERHADAP KOMUNITI MUSLIM - SINAR HARI...
- 5258) 'BERSATU HATI' BELI PRODUK MUSLIM - KOSMO - ...
- 5257) BOLEH GUGAT KEHARMONIAN, SEKOLAH MANA LIP EN...
- 5256) AWANI PAGI: KETAGIHAN VAPE - RISIKO DAN KAWA...
- 5255) JANGAN BERI PELUANG KEDUA PIHAK SALAH GUNA A...
- 5254) USAH BERI PELUANG KEDUA BUAT PESALAH AP - MA...
- 5253) NO SECOND CHANCE FOR APPROVED PERMIT ABUSERS...
- 5252) 'DON'T GIVE SECOND CHANCE FOR AP ABUSERS - ...
- 5251) NO SECOND CHANCE FOR AP HOLDERS WHO MISUSE P...
- 5250) SALAH GUNA AP: JANGAN BERI PELUANG KEDUA - U...
- 5249) NO SECOND CHANCE FOR AP ABUSERS - CRIME ANAL...
- 5248) JANGAN BERI PELUANG KEDUA PIHAK SALAH GUNA A...
- 5247) JANGAN BERI PELUANG KEDUA PIHAK SALAH GUNA A...
- 5246) JANGAN BERI PELUANG KEDUA PIHAK SALAH GUNA A...
- 5245) AKTIVITI | TEMUBUAL OLEH TV3: ISU SEMBELIHAN...
- 5244) USAHA MEWUJUDKAN SEMULA DIREKTORI PENIAGA & ...
- 5243) INISIATIF BE-HALAL PACU PERTUMBUHAN INDUSTRI...
- 5242) SYOR MUTAWWIF JADI KERJAYA PROFESIONAL - BER...
- 5241) TAK BOLEH SOKONG PRODUK MUSLIM? OTAK LETAK D...
- 5240) BELI PRODUK MUSLIM PEMBAYAR ZAKAT - TVPPIM -...
- 5239) PUASA ASYURA, TULISAN JAWI - UTUSAN MALAYSIA...
- 5238) PRODUK HALAL IKHWAN HOLDINGS - TV PPIM - 04...
- 5237) ORANG MELAYU BUKAN PEMALAS SEPERTI YANG MACA...
- 5236) KALAU NAK BOIKOT, SAYA TIDAK BOLEH BUAT APA-...
- 5235) MORNINK BLUES: SALAHKAH SOKONG PRODUK KELUAR...
- 5234) UTAMAKAN PRODUK MUSLIM - DATUK NADZIM JOHAN ...
- 5233) KAWAN SEJATI MUNCUL SEWAKTU KITA SUSAH - KOS...
- 5232) OWH! MG | BMBF: KITA TIDAK MAHU TERUS DIHINA...
- 5231) KEMPEN DAHULUKAN PRODUK MUSLIM DAN BUMIPUTER...
-
▼
September
(106)