Saturday, September 14, 2019

4278) BOIKOT, REALITI ATAU KHAYALAN??? DR MAZA, TOK KI & DR ROZAIMI RAMLE - AJ KEDAH - 10/09/2019


Wacana Boikot ini diadakan atas faktor semangat kempen beli barangan muslim dahulu atau Buy Mulim First, #BMF yang agak hangat ketika ini. Progam ini telah di adakan di Dewan Seni Visual Negara pada 9 September 2019. Moderatornya ialah Saudara Amin Idris, manakala terdapat 3 Panelis yang tidak asing lagi bagi kita. Panel yang pertama ialah Dato' Nadzim Johan atau dikenali sebagai Tok Ki iaitu Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Panel yang kedua pula ialah Dr Muhammad Rozaimi bin Ramle yang dikenali sebagai Dr RORA,. Beliau merupakan Pensyarah di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden NGO yang dikenali sebagai Institut Ibnu Al-Qayyim(IQ) Malaysia. Panel yang ketiga pula ialah Professor Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikenali sebagai DR MAZA. Beliau merupakan seorang Mufti Perlis yang lantang memberikan komentar kepada isu-isu semasa, politik, hal ehwal agama dan lain lain tanpa mengira kepada pihak kerajaan atau pembangkang. Sama-sama kita saksikan wacana yang sarat dengan isu isu penting ini. Jangan lupa untung tekan butang subsribe mudah mudahan banyak lagi video-video perkongsian menarik akan disajikan kepada anda. Sebarkan video yang bermanfaat ini buat rakan-rakan anda. Terima kasih. Jazaakumullahu khayran katheera Kredit photo : Azriff Reza @echolalia #BMF #BOIKOT #BuyMuslimFirst #DrMAZA #DrRORA #TokKi #PPIM #WacanaBoikot


Artikel oleh: AJ Kedah

BOIKOT, REALITI ATAU KHAYALAN??? DR MAZA, TOK KI & DR ROZAIMI RAMLE


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...