KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan
(YBK) has signed a memorandum of understanding (MoU) with the Muslim Consumers
Association of Malaysia (PPIM) to provide 647 hectares (ha) of land in Bukit
Tasik Serendah, Selangor for agricultural and livestock development.
YBK chairman Datuk Zainal Abidin Sakom said the effort is
aimed at overcoming the food security problem as well as to persuade other
non-governmental organisations (NG0s) to join the government's call to grow
their own crops.
'Currently, we are carrying out development only at the
front of the area which involves 32 to 40 hectares. So the remaining 607
hectares can be filled by any party while waiting for the development to be
fully completed: he said at a press conference here today.
Zainal said they have opened registration for any takers
but will first evaluate the type of agricultural activity proposed.
If the activity is suitable for development, then we will
discuss whether they want to participate as a joint venture or enter into
profit-sharing: he said.
The MoU was signed by Zainal Abidin and PPIM chief activist
Datuk Nadzim Johan.
Article by: Bernama
PPIM, YBK PROVIDE 647 HA FOR AGRICULTURE AND LIVESTOCK
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan 647 hektar tanah di Bukit Tasik Serendah, Selangor untuk aktiviti pertanian dan penternakan.
Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata ia bertujuan mengatasi isu jaminan makanan sekali gus pencetus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain menyambut saranan kerajaan untuk menjalankan tanaman sendiri.
"Buat masa ini, kami sedang melakukan aktiviti pembangunan di bahagian hadapan kawasan tersebut yang hanya melibatkan 32 hingga 40 hektar. Jadi, baki 607 hektar boleh diisi oleh mana-mana pihak sementara menunggu pembangunan siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.
MoU itu ditandatangani Zainal Abidin dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Zainal Abidin berkata mereka telah membuka pendaftaran namun akan menilai terlebih dahulu aktiviti yang dicadangkan.
"Sekiranya aktiviti itu sesuai untuk dibangunkan, maka kami (YBK dan PPIM) akan bincang sama ada mereka hendak sertai secara usaha sama ataupun perkongsian untung," katanya.
Artikel oleh: Bernama
YBK, PPIM SEDIAKAN 647 HEKTAR TANAH BAGI AKTIVITI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
PETALING
JAYA – Kenaikan harga barangan dijangka naik kira-kira 30 peratus, sejajar dengan
pemansuhan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak
tulen bagi pek kemasan botol yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
kenaikan harga barangan memang sudah dijangka, justeru rakyat akan berasa
terkesan sekali gus perlu melakukan perubahan dalam gaya hidup mereka.
“Disebabkan
kenaikan harga barangan, rakyat juga perlu melakukan perubahan daripada
kenaikan harga 30 peratus ini. Mereka perlu bersedia dan berlapang dada
menghadapinya selain mengambil langkah sepatutnya.
“Rakyat
boleh lalui kehidupan yang tidak mewah dan bersederhana. Jadi mereka perlu
berjimat cermat, ubah perangai serta gaya hidup,” katanya kepada Kosmo!
baru-baru ini.
Dalam
pada itu, katanya, tidak hanya hidup secara sederhana, rakyat juga perlu
melakukan sesuatu untuk lebih produktif dalam menghadapi kenaikan harga
barangan di negara ini.
“Kerajaan
nak tarik subsidi, tariklah tetapi kena lihat apa hendak dibuat misalnya, ke
mana arah duit subsidi tersebut. Mungkin boleh dijadikan untuk membantu rakyat
supaya produktif.
“Contohnya
pemberian lesen perniagaan atau membantu asnaf yang memerlukan, perumahan
kepada orang susah atau menggalakkan penanaman jagung,” katanya.
Ujarnya
lagi, langkah tersebut adalah perlu dalam membantu rakyat menangani kos sara
hidup.
Baru-baru
ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak
tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. -KOSMO!
ONLINE
20220624 Kerajaan dan masyarakat sekeliling perlu membantu
usaha pusat-pusat pemulihan jiwa dan akhlak melalui kaedah kerohanian seperti
Kem PERKID yang diusahakan oleh Ustad Masridzi bin Sat di batu 16 Hulu Langat,
Selangor.
Pusat ini telah dibangunkan berperingkat peringkat sejak 30
tahun yang lalu dan hari ini majlis perasmian Bilik Detoksifikasi yang
diinspirasikan dari bilik tahanan isolasi tahanan ISA telah dirasmikan oleh
Menteri Hal Ehwal Agama, Sen. Idris Ahmad.
AADK dan Polis sudah mula mendapatkan khidmat pusat pusat
pemulihan seperti ini untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.
Bangunan dewan makan dan dapur memasak pusat untuk Asrama
Putera akan dibina tidak lama lagi dan besar harapan pengurusan Kem PERKID
untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
KUALA LUMPUR, June 24 — A recent survey which said
the majority of Malaysians wants the government to ban alcohol, sugary
beverages and nightclubs as well as smoking and vaping has been criticised by
trade groups.
They said such a move would not only mean a loss of
income for the government but in all likelihood, push these “activities” to go
underground.
Datuk David Gurupatham, co-founder of Industries
Unite (IU), a coalition of 120 Malaysians SMEs, said that an alcohol ban alone
would cost the nation billions of ringgit in tax revenue, aside from losing out
on international tourism.
“Now, where is the government
going to recover that revenue? Do we want to pay higher taxes? Higher duties on
food and clothing? It (a ban) will also end up benefitting smugglers and give
rise to more smuggling.”
He added that cigarette
smuggling is already very rampant in Malaysia — a Nielsen study showed that
illicit cigarette incidence hit 58.4 per cent in March 2022 as opposed to 54.6
per cent in December 2021 — and the government is already losing billions in
revenue.
“More importantly, people,
especially young people may consume alcohol behind closed doors, in unregulated
premises and we are likely to have bigger problems like adulterated alcohol,”
he added.
The survey by the Muslim
Consumers Association of Malaysia (PPIM), involving 1,259 respondents,
reportedly showed 89 per cent of those surveyed want alcohol banned in the
country.
The survey results which were
published by several news platforms also reportedly show that 86 per cent of
Malaysians want gambling banned and 69 per cent want to ban the sale of sugary
beverages.
Another 79 per cent
purportedly want the government to ban entertainment outlets such as pubs and
karaoke joints.
The survey was conducted via
an online form on PPIM’s website, and PPIM itself said after the results were
published that it did not support these bans.
“Furthermore, 1,200 plus
people surveyed versus 33.8 million Malaysians does not mean 89 per cent of all
Malaysians subscribe to the view.” said David.
“We also do not have the
demographics of the survey or independent verification thereof. So we must be
careful and responsible when we debate this issue,” he added.
Restaurants, Bars and
Entertainment Operators Association (Rebah) pro-tem committee chairman Datuk
Sivakumaran Nair believes that a ban on these products and activities would
infringe on the rights of the public, especially non-Muslims.
“In terms of alcohol, sweet
drinks, gambling, entertainment outlets... it involves adults who are mature
and know what is right and not right to do.
“Furthermore, gambling and
entertainment outlets are a non-Muslim’s game,” he said, adding that Indonesia
has not introduced a blanket ban on alcohol sale or consumption despite having
the largest Muslim population in the world.
However, gambling is completely
banned in Indonesia.
Sargunan Naidu Sundararaju,
executive chef of Fika Fine Kitchen & Bar, told Malay Mail that nine
out of the 10 people who come into his premises are productive members of
society.
“Things are not as they used
to be, nowadays there are so many activities the youth can take part in aside
from drinking,” he said in defense of his business.
“One of my restaurant’s
co-owners also practices Muay Thai and runs a Muay Thai gym. He and his students
sometimes come down for a drink after working out on weekends.
“I also have some regular
customers who are in their late 20s who run a high-end marketing business. They
are earning a lot. They are clear, from 9pm to 5am I earn my money, after 7pm it
is my time, I will enjoy it.
“It is not like 10 to 20
years ago where there aren’t many avenues for productive activities around so
people get stuck in drinking as a pastime. People are now aware of what is
healthy and know how to balance their lives,” he said.
In 2019, The Malaysian
Reserve reported that then finance minister Lim Guan Eng said that the federal
government had collected a total of RM12.5 billion from sin taxes between May
and September that year.
The tax imposed on gambling,
tobacco, and alcohol amounted to RM4.5 billion, RM4.4 billion and RM3.6 billion
respectively.
Article by: Malay Mail
TRADE GROUPS: BLANKET BAN ON 'NEGATIVE' HABITS IN MALAYSIA NOT GOOD FOR ECONOMY, MAY ENCOURAGE 'UNSAFE' CONSUMPTION
KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menunda terlebih dahulu pelaksanaan projek besar dan menggunakan peruntukan pembinaan itu untuk meneruskan pemberian subsidi ayam, telur ayam serta minyak masak botol kepada rakyat, tegas Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Presidennya, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, menerusi langkah tersebut, kewangan itu dapat digunakan untuk memastikan bekalan barangan dalam negara cukup dan harga tidak melambung naik.
“Keputusan (pemansuhan subsidi) ini, tidak memanfaatkan sebab tidak masuk akal. Sebab dua tahun rakyat sudah susah. Mereka baru hendak mula menguruskan kehidupan mereka secara terperinci, tiba-tiba kerajaan buat keputusan.
“Kerajaan boleh tunda projek mewah dan menyalurkan subsidi ini kepada kehidupan kita seharian. Sekurang-kurangnya untuk memastikan rakyat hidup dengan selesa untuk sementara.
“Kerajaan tidak patut lepas tangan sebab kita pilih kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata, berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan tidak akan meneruskan subsidi kepada penternak ayam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata, subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula Julai.
Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa panjang, sekali gus menstabilkan harga barangan.
Dalam pada itu, Marimuthu menambah, kerajaan sudah menunjukkan kegagalannya untuk mengadakan perancangan jangka masa panjang dalam isu seperti sekuriti makanan.
“Kamu (kerajaan) hendak mengimport dari luar, importlah. Tetapi kamu perlu ada perancangan, kamu tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat,” katanya.
Sebaliknya, tambah beliau, negara memerlukan dasar pertanian mapan, namun apa dilihat, tanah pertanian kira-kira seluas 800,000 hektar di Malaysia didakwa terbiar.
Menurut beliau, kerajaan perlu menolong dan menyokong semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pertanian, tetapi perkara itu tidak berlaku.
“Mereka (PKS pertanian) terpaksa pergi kepada orang tengah dan membuat pinjaman serta ini memberi kesusahan kepada diri mereka sendiri.
“Jadi, semua dasar dan polisi dibuat kerajaan tidak betul serta tidak tepat, tetapi mereka hendak menyalahkan pengguna buat apa?,” soalnya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, langkah kerajaan memansuhkan subsidi pastinya akan memberi kesan kepada pengguna yang terpaksa berdepan peningkatan harga barang.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme terbaik bagi pemberian subsidi agar ia dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat memerlukan.
Beliau berpandangan, sistem pengagihan subsidi bahan api dilaksanakan ketika ini perlu ditambah baik agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada golongan berkenaan.
“Contohnya, anda pakai minyak kereta, itu disubsidi pihak kerajaan. Dan subsidi itu untuk orang pakai motor tidak banyak mana kan? Kalau orang pakai Rolls Royce, Mercedes dan BMW itu banyaklah pakai subsidi.
“Subsidi setiap tahun berjumlah puluhan bilion. Sampai ada satu masa ada sampai RM30 bilion. Kenapa tidak potong itu juga?,” soalnya yang mencadangkan kerajaan memilih mekanisme pengagihan subsidi secara bersasar.
Bagi Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Ampang, Ayob Abd Majid, golongan penjaja sedia terkesan dengan bebanan kos sara hidup, susulan penularan pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun sebelum ini.
Jelasnya, baru sahaja golongan penjaja terbabit mahu menarik sedikit nafas lega ketika ini, kerajaan pula mengumumkan pemansuhan subsidi barangan keperluan yang dilihat akan lebih merumitkan dan tidak menyelesaikan masalah golongan tersebut.
“Ramai peniaga terkesan dengan kenaikan harga ayam dan barangan sebelum ini dan sekarang pula pada 1 Julai sudah mula subsidi ditarik balik. Jadi langkah tersebut amat menjejaskan kami peniaga kecil dan rakyat berpendapatan rendah (B40).
“Saya rasa bukan sahaja B40, malah banyak golongan akan terjejas selepas ia berkuat kuasa, termasuk peniaga apabila tidak boleh menaikkan harga makanan mereka jual. Ini kerana pelanggan akan mengadu, lari dan tidak membeli jika kita menaikkan harga makanan,” katanya.
Ayob berkata, kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar.
“Kerajaan mungkin ada alasan tertentu dari segi ekonomi, tetapi kena ada satu garis panduan bagaimana untuk membantu peniaga kecil mendapatkan subsidi tersebut,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan dalam memberi input kepada kerajaan bagi mencari mekanisme terbaik untuk membantu rakyat.
Jelasnya, sesi dialog akan dijalankan untuk mencari kaedah terbaik dalam mengurus sistem apungan tersebut supaya rakyat Malaysia tidak tertekan dengan pemansuhan subsidi terbabit.
Artikel oleh: Getaran
KERAJAAN PERLU TUNDA PROJEK MEWAH, SALUR KEWANGAN TERUSKAN SUBSIDI RAKYAT
KUALA LUMPUR: The government's effort to end smoking and vaping via the 'Generation Endgame' plan is the right move, and it should also include banning the sale of alcohol, sugary drinks, gambling, and the operation of nightclubs and karaoke joints.
Pertubuhan Ummah Muafakat Putrajaya (PUMP) president Tun Faisal said the move to ban smoking and vaping takes much political will, and to the government's credit, it has not wavered in pushing for Generation Endgame.
"It seems only natural that the government should look to realise the aspirations of all Malaysians.
"After all, why only ban one or two bad habits while allowing others to fester? We should not have double standards for bad habits," he said in a statement.
Tun Faisal cited a recent survey carried out by the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) that found most Malaysians want the government to ban the sale of alcohol, sugary drinks and gambling, as well as prohibit the operation of nightclubs, pubs and karaoke joints.
PPIM said these products and services are considered 'bad' as smoking and vaping are bad for one's health.
"The respondents of the PPIM survey are right. It isn't rocket science, and it is something the government should seriously consider," Tun Faisal said.
He said if the government cites health reasons for banning smoking, it must be noted that there are non-communicable diseases (NCDs) linked to alcohol consumption, including cancer, liver diseases, and pancreatitis.
Similarly, sugary drinks are linked to obesity, Type 2 diabetes, and an increased risk of cardiovascular diseases.
"Gambling, on the other hand, as PPIM argued, can plunge one into debt. Again, one needs only to Google to see that it is not a farfetched argument.
"Detractors will say that it is a matter of moderation and that people should have complete freedom to do what they want. But who has to bear the cost and consequences of these bad habits? Society," he said.
"This is why I urge the government to consider PPIM's survey results."
He further said that, understandably, the government cannot and should not take a top-down approach but a more inclusive approach in the spirit of the Keluarga Malaysia concept.
"Surely, there are also repercussions to consider, especially on the economy, of banning alcohol, sugary drinks, and the operation of nightclubs. Somewhere and somehow down the line, the ban would impact someone's rice bowl.
"This is why any plans to curb 'bad habits' must be calculated and planned carefully," Tun Faisal said.
However, that journey must start with the government's will and desire to ensure there are no double standards for bad habits.
Article by: New Straits Times
ALONG WITH SMOKING AND VAPE, BAN OTHER 'BAD' HABITS TOO, SAYS MUSLIM GROUP
A RECENT survey carried out by the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) found that most Malaysians want the Government toban the sale of alcohol, sugary drinks and gambling as well as prohibit the operation of nightclubs, pubs and karaoke joints.
The consumer group said these products and services are considered “bad” as smoking and vaping are bad for one’s health.
The respondents of the PPIM survey are right. It really isn’t rocket science and it is something the Government should seriously consider.
Putting an end to smoking and vaping is something that the Government is already pursuing through its “Generation End Game” plan which will see a ban on the sale of cigarettes and vape to individuals born after 2005.
This is something that takes a lot of political will and to the Government’s credit, it has not wavered in pushing for “Generation End Game”.
As such, it seems only natural that the Government should look to realise the aspirations of Malaysians where banning the sale of alcohol, sugary drinks, gambling and the operation of nightclubs and karaoke joints.
After all, why only ban one or two bad habits yet allows others to fester? We should not have double standards for bad habits.
If the Government is citing health reasons for banning smoking, then it must be noted there are non-communicable diseases (NCDs) linked to alcohol consumption, including cancer, liver diseases and pancreatitis.
Similarly, sugary drinks are linked to obesity, Type 2 diabetes and risk of cardiovascular diseases.
Gambling, on the other, as PPIM argued, can plunge one into debt. One just needs to Google to see that it is not a far-fetched argument.
Detractors will say that it is a matter of moderation and that people should have complete freedom to do what they want. But who has to bear the cost and consequences of these bad habits? Society.
This is why I urge the Government to consider PPIM’s survey results. Understandably, the Government cannot and should not take a top-down approach but a more inclusive approach in the spirit of the Keluarga Malaysia concept.
Surely, there are also repercussions to consider, especially on the economy, in banning alcohol, sugary drinks and the operation of nightclubs. Somewhere and somehow down the line, someone’s rice bowl would be impacted.
This is why any plans to curb “bad habits” must be calculated and planned carefully.
However, that journey must start with the Government’s will and desire to ensure there are no “double standards” for bad habits. – June 22, 2022
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz is the president of Pertubuhan Ummmah Muafakat Putrajaya.
The views expressed are solely of the author and do not necessarily reflect those of Focus Malaysia.
Article by: Focus Malaysia
IF MALAYSIA CAN BAN CIGARETTES, DO BAN ALCOHOL AND GAMBLING, TOO
WITH Hari Raya Aidiladha just around the
corner, ads offering affordable "Aidiladha sacrifice" will soon be
sighted online. Are they all legitimate offers?
On
Tuesday (June 14), the Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca)
deputy secretary-general Nur Asyikin Aminuddin said consumers should check
whether the organisers offering the package were registered with the Companies
Commission of Malaysia.
She said they should also check the
banking information or telephone number of the organisers concerned on the
website semakmule.rmp.gov.my before paying online.
"If
a warning appears, report the seller to the authorities such as the police and
the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) so that the
advertisement can be blocked to prevent others from being deceived," she
told Bernama.
Similarly,
Ikram Health Malaysia president Dr Mohd Afiq Mohd Nor said the public must
ensure that the institutions that provide or organise the Aidiladha sacrifice
programme were valid and free of fraud.
He
said consumers should do a survey of the online market price, adding a price
that was too cheap was usually an indication that it was a fraudulent scheme.
Yayasan
Maghfirah ambassador Mohammad Hafiz Hamidun said potential buyers must ensure
that the name of the non-governmental organisation (NGO) or company that
conducted the sacrificial ritual can be trusted.
He
also said the public should be wary of advertisements on social media that
offered Aidiladha sacrifice services in and outside the country.
"To
avoid falling prey, it is best to opt for a package by a reputable NGO which
provides complete information on its programmes, such as package price, NGO
name, correct account (bank) number and phone number,” he said.
He
also expressed the need for Islamic religious authorities, such as the
Malaysian Islamic Development Department (Jakim), to monitor and take
appropriate action against those who offer fake packages.
Malaysian
Muslim Consumers Association (PPIM) chief Datuk Nadzim Johan said those who
wanted to book an Aidiladha sacrificial package should check the background of
the organisers and the price offered to avoid being cheated.
Article by: The Star
QUICKCHECK: CAN YOU TRUST CHEAP 'AIDILADHA SACRIFICE' PACKAGES?
KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna
Muslim Malaysia (PPIM) baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan rakyat
Malaysia mahu kerajaan mengharamkan penjualan alkohol, minuman bergula dan perjudian
serta melarang operasi kelab malam, pub dan pusat karaoke.
Kumpulan pengguna itu berkata produk dan perkhidmatan sedemikian
dianggap sebagai "memudaratkan" sama seperti merokok dan menghisap
rokok elektronik yang memudaratkan kesihatan seseorang.
Responden kaji selidik PPIM itu adalah betul. Ia bukanlah suatu yang
sukar difahami malah ia perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Menghapuskan perbuatan merokok dan menghisap rokok elektronik adalah
sesuatu yang kerajaan sedang lakukan melalui rancangan "Penamat
Generasi", yang akan menyaksikan pengharaman penjualan rokok dan rokok
elektronik kepada individu yang dilahirkan selepas 2005.
Ini adalah sesuatu yang memerlukan kehendak politik yang kuat
dan pujian perlu diberi kepada kerajaan kerana ia tidak berganjak dalam
melaksanakan "Penamat Generasi".
Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan melihat untuk
merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharamkan penjualan alkohol,
minuman bergula, perjudian dan operasi kelab malam dan pusat karaoke.
Lagipun, mengapa hanya mengharamkan satu atau dua tabiat buruk
dan membenarkan yang lainnya berleluasa? Kita tidak boleh bersikap pilih kasih
ke atas tabiat buruk ini.
Jika kerajaan menyatakan sebab kesihatan dalam mengharamkan
merokok, oleh itu perlulah dinyatakan bahawa terdapat penyakit tidak berjangkit
yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol, termasuklah kanser, penyakit hati
dan pankreatis.
Begitu juga dengan minuman bergula yang dikaitkan dengan
obesiti, diabetes Jenis 2, dan risiko penyakit kardiovaskular. Manakala
perjudian, menurut PPIM, boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam hutang.
Seseorang boleh merujuk di Google, untuk menyaksikan bahawa ia bukanlah hujah
yang salah.
Pengkritik boleh mengatakan bahawa perkara ini perlu
kesederhanaan dan orang ramai perlu mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk
berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Namun, siapa yang perlu menanggung kos dan
kesan tabiat buruk ini? Masyarakat.
Inilah sebabnya mengapa saya menggesa kerajaan untuk
mengambilkira hasil kaji selidik PPIM ini. Benar, kerajaan tidak boleh dan
tidak sepatutnya mengambil pendekatan atas-bawah, tetapi mengambil pendekatan
lebih inklusif mengikut konsep semangat Keluarga Malaysia.
Sudah pasti, terdapat akibat yang perlu diambilkira, terutamanya
ke atas ekonomi dalam mengharamkan alkohol, minuman bergula dan operasi kelab
malam. Di setiap ceruk dalam laluan ini, periuk nasi seseorang akan terjejas.
Inilah sebabnya sebarang pelan untuk menghapuskan "tabiat
buruk" perlu diteliti dan dirancang dengan rapi.
Walaubagaimanapun, perjalanan perlu dimulakan dengan kehendak
dan niat kerajaan untuk memastikan tidak ada "pilih kasih" kepada
tabiat buruk.
Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ummah Muafakat Putrajaya
KUALA LUMPUR: Sasaran mencapai kesaksamaan pendapatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini dijangka hanya mampu dicapai pada 2043 berbanding sasaran awal pada 2030.
Sasaran awal dibuat berdasarkan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), namun terjejas akibat penularan COVID-19 dan dijangka memerlukan tempoh 13 tahun selepas itu untuk direalisasikan.
Penyelidik Kanan DM Analytics, Zouhair Rosli, berkata jurang pendapatan antara kaum Melayu dan Cina di negara ini adalah dalam anggaran RM500 antara 2015 hingga 2020.
"Gaji dan pendapatan lain, ini (pekerja) yang makan gaji. Disebabkan COVID-19, jurang gaji di antara pekerja Bumiputra dan Cina semasa pandemik melebar sekitar RM500. Jumlah jurang ini sama dengan 2015 dan untuk mencapai kesaksamaan, perlukan 13 tahun selepas tamatnya WKB 2030.
"Maksudnya pada 2043 baru dapat kesaksamaan gaji ini," katanya ketika membuat pembentangan pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), di sini hari ini.
Empat lagi ahli panel, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Orphancare Foundation, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon dan Felo Kanan MTEM, Azlan Awang.
DM Analytics adalah firma perunding dan penyelidikan dasar berpangkalan di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2017 bagi menyediakan khidmat rundingan dan nasihat dalam isu-isu strategik.
Zouhair berkata, anggaran jumlah pekerja Bumiputera, Cina dan India yang terkesan dengan pandemik adalah kira-kira 4.7 juta orang, masing-masing membabitkan perbezaan jurang pendapatan sebanyak 16 peratus, lima peratus dan sembilan peratus.
"Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, jurang pendapatan ini bertambah buruk susulan pandemik COVID-19. Secara keseluruhan, kita sedar ekonomi sedang beroperasi dengan menggunakan teknologi yang rendah dan hasilnya ialah nilai yang dijana di dalam ekonomi juga rendah.
"Justeru, struktur ekonomi seharusnya diubah di mana pelaburan yang masuk ke negara kita mestilah pelaburan yang berkualiti seperti pelaburan dalam mesin, peralatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bukan bergantung kepada pelaburan infrastruktur semata-mata," katanya.
Katanya, jika isu jurang pendapatan itu berjaya ditangani, jurang ekonomi Malaysia mampu dirapatkan kerana majoriti pekerja adalah Bumiputera yang secara tidak langsung akan turut mendapat manfaatnya.
Sementara itu, Solomon berkata, isu kemiskinan pekerja di negara ini timbul berikutan tindakan pemberhentian kerja serta pemotongan gaji yang dicetuskan oleh krisis kesihatan.
"Pandemik COVID-19 mengakibatkan kemiskinan baharu dalam norma baru. Kalau diikutkan, keuntungan yang dijana (majikan) adalah lumayan, tetapi jurang kemiskinan tinggi kerana ada penindasan oleh majikan ke atas pekerja bawahan termasuk pekerja Melayu.
"Lebih memburukkan keadaan, kuasa yang ada pada orang Melayu tidak digunakan untuk membantu orang sendiri," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
SASARAN CAPAI KESAKSAMAAN GAJI DIJANGKA TERSASAR HINGGA 2043
KAJANG - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan
Kajang Plaza Medical Center (KPMC) telah menjalinkan kerjasama untuk
memperkasakan industri pelancongan perubatan di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, industri
pelancongan perubatan tersebut akan menarik warga luar negara untuk mendapat
rawatan perubatan sekali gus menyumbang kepada hasil pelancongan negara.
"PPIM sendiri sebagai sebuah organisasi perintis
kepada pembentukan Standard Sistem Pengurusan Hospitaliti Mesra Muslim yang
pertama di dunia melihat industri ini sangat penting selain KPMC juga
menawarkan kemudahan perubatan terbaik dan berkualiti.
"Kerjasama ini juga akan memastikan rawatan alternatif
serta tradisional tidak akan terpinggir dan pesakit dapat membuat pilihan di
KPMC bentuk rawatan yang akan dipilih dalam pakej pelancongan perubatan
tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) bersama KPMC pada Sabtu.
Pada majlis sama, KPMC turut memeterai MoU bersama Sihat
Malaysia Holding Berhad yang diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Jaya
Chandran.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk
Saroni Judi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan PPIM dan ejen pelancongan
untuk menjadikan KPMC sebagai lokasi yang akan dilawati pelancong.
"Kami menyedari potensi PPIM yang mempunyai jaringan
dalam pelbagai bidang sekali gus akan memastikan industri pelancongan perubatan
ini dapat berkembang.
"Selain itu, kami juga menumpukan kepada pelancong
yang bukan hanya untuk pelancongan perubatan. Kerjasama ini akan memastikan
KPMC menjadi tempat lawatan dan kami akan memberikan pemeriksaan kesihatan
secara percuma kepada mereka.
"Jadi, mereka dapat pengalaman di sini dan mereka akan
bercakap tentang khidmat atau rawatan perubatan yang diberikan di KPMC apabila
pulang ke negara mereka. Itu caranya untuk kita tarik pelancong," katanya.
Mengulas mengenai MoU bersama Sihat Malaysia Holding,
Saroni menjelaskan kerjasama itu akan menyaksikan pesakit yang mendapatkan
rawatan di KPMC dapat membuat pinjaman tanpa faedah untuk mendapatkan rawatan.
"Ini konsep yang baharu dan boleh menyelesaikan
masalah pesakit yang mempunyai kekangan kewangan dan memerlukan rawatan segera.
Walaupun nilai yang boleh dipinjam itu tidak banyak iaitu RM3,000 bagi setiap
individu, namun sedikit sebanyak dapat membantu pesakit," katanya.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) Pengumuman kerajaan untuk
tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung memberikan kelegaan
kepada pengguna domestik yang secara tidak langsung membantu meringankan kos
sara hidup mereka.
Dalam mendepani suasana ekonomi mencabar sejak kebelakangan
ini, rata-rata masyarakat menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada
kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengutamakan
kebajikan rakyat.
Selain mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut meminta orang
ramai supaya mengambil langkah bijak dan berjimat cermat dalam menggunakan
elektrik meskipun kerajaan tidak menaikkan tarif ketika ini.
'Terima kasih kepada kerajaan tetapi kita juga ingin
mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan elektrik dan mendidik
mereka mengelak pembaziran elektrik mahupun air," katanya ketika dihubungi
Bernama hari ini.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan memutuskan untuk
tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dengan terus
komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan
mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.
Di PERAK, Ahli Gerakan Pengguna Negeri Perak Khairul Anwar
El Syazalli Musa berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana
Menteri dan Suruhanjaya Tenaga kerana langkah itu mampu memberi impak yang
besar.
Ini kerana ia dapat meringankan beban perbelanjaan bulanan
isi rumah dari segi kos elektrik dan air berikutan penggunaannya yang tinggi
termasuk ramai yang bekerja dari rumah pada masa ini yang bergantung kepada
pelbagai gajet untuk berniaga seperti telefon dan komputer," kata nya.
Presiden Persatuan Pengguna Perak Abd Rahman Said Ali
berkata langkah itu perlu diiringi dengan penambahan pendapatan dalam kalangan
rakyat bagi menangani kos sara hidup yang tinggi.
Di KEDAH, seorang peniaga kek dan biskut, Shahni Farhana
Mat Sahir, 36, berkata pengumuman itu semestinya melegakannya dan peniaga kecil
lain.
"Saya lega kerana buat kek dan biskut menggunakan
elektrik dan air yang banyak. Sekiranya tarif naik, pasti kami (peniaga) rasa
terbeban ditambah pula dengan harga barang mentah yang semakin mahal,"
katanya.
Di SELANGOR, seorang penjawat awam, Nurul Hazwani Muhd
Redzuan, 28, menyifatkan pengumuman itu sebagai berita baik daripada kerajaan.
"Apabila Perdana Menteri mengumumkan tiada kenaikan
itu, maknanya segala khabar angin berhubung kenaikan tarif air dan eletrik
terlerai," katanya.
Di TERENGGANU, seorang pengusaha inap desa, Haniza Kassim,
46, berkata susulan tiada kenaikan tarif itu, beliau dapat menyediakan
kemudahan selesa kepada pelanggan tanpa mengenakan caj tambahan.
"Saya tak dapat bayangkan sekiranya tarif elektrik dan
air naik, terpaksalah saya menaikkan kadar caj penginapan kepada pelancong yang
datang untuk mengelak kerugian," katanya yang memiliki tiga rumah teres
yang dijadikan inap desa.
Di PERLIS, seorang pengusaha ikan pekasam, Annuar
Sualaiman, 45, memuji tindakan kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat
ketika berlaku peningkatan harga barang mentah.
— BERNAMA
Artikel oleh: Bernama
TIADA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, AIR: PENGGUNA DOMESTIK TARIK NAFAS LEGA
Kuala Lumpur: Orang ramai disaran berwaspada dengan
pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena
sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(Fomca) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada
syarikat yang menawarkan pakej berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak
pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam
talian.
"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri
daripada pihak itu dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat
untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut," katanya.
Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak
patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka
sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.
Yang Dipertua Ikram Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata orang
ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban
itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.
"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu
orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri.
Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti
ini," katanya.
Sementara itu, Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz
Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dan pihak terbabit memantau dan mengambil tindakan
sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang
ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri
masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban
dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang
dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan
lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar. "Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri," katanya.
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) Orang ramai disaran
berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga
terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu
menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor
telefon pihak pengel uar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk
transaksi secara dalam talian.
"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu
menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa
seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya
iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan
tersebut: katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban
palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana
mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian
meruncing.
Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor
berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan
program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan
penyalahgunaan wang.
"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita
kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan
diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada
urusan seperti ini," katanya.
Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad
Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil
tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan
pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan
agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah
pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap
pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank)
yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,"
katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang
ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak
pengeluar.
"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada
ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi
kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan
kejahilan kita sendiri," katanya.
KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej
ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan
Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, orang ramai perlu
menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor
telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi
secara dalam talian.
"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu
menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa
seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya
iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan
tersebut,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban
palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana
mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian
meruncing.
Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor
berkata, orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan
program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan
penyalahgunaan wang.
"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita
kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan
diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada
urusan seperti ini,” katanya.
Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi, Mohammad
Hafiz Hamidun berkata, sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil
tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan
pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan
agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah
pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap
pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank)
yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan pula berkata, pengguna perlu melihat sama ada harga yang
ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak
pengeluar.
"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada
ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi
kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan
kejahilan kita sendiri,” katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban
palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya
Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, berkata orang ramai perlu menyemak sama ada
syarikat yang menawarkan pakej itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak
pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam
talian.
"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri
daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat
untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut," katanya
kepada Bernama.
Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak
patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka
sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.
Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor,
berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan
program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan
penyalahgunaan wang.
"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana
menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri
sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan
seperti ini," katanya.
Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz
Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan
sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.
"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan
pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan
agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.
"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej
korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada
poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang
tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk
Nadzim Johan, pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang
ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak
pengeluar.
"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah
korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita
kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan
kejahilan kita sendiri," katanya. – BERNAMA
ISU kesesakan pada masa ini bukan sahaja diterjemahkan di jalan raya, malah melibatkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam lain.
Rangkaian utama pengangkutan awam di negara ini terutama Lembah Klang adalah bas, teksi, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).
Tidak dinafikan, pengangkutan awam merupakan aset penting bagi meningkatkan tahap aksesibiliti masyarakat untuk ke sesuatu tempat.
Kemudahan itu berupaya memberi impak besar dalam memastikan keberkesanan sistem aliran agar pergerakan masyarakat setempat berjalan lancar dan sempurna.
Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, antara dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar pengguna terhadap perkhidmatan tersebut adalah kelewatan dan tergendala.
Perkara itu kembali dibangkitkan dengan beberapa insiden melibatkan LRT mengalami masalah teknikal dan bekalan eletrik menyebabkan ia tergendala.
Bukan itu sahaja, masalah kelewatan bas dan tambang teksi mahal juga membuatkan ramai yang bimbang jika mereka terpaksa menghabiskan masa dan wang ringgit hanya untuk menguruskan perjalanan terutama ke tempat kerja.
Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang perbelanjaan dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi.
Masalah kelewatan untuk ke tempat kerja menjadi isu utama akibat daripada kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut.
Hal ini kerana, kebanyakan warga kota menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
Tinjauan Kosmo! di laman sosial juga mendapati rata-rata orang ramai menganggap pengangkutan awam kini tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktunya.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, kadar peningkatan kesesakan di jalan raya sedikit sebanyak merupakan impak daripada keberkesanan yang rendah terhadap penggunaan pengangkutan awam.
“Perkara itu terjadi kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh sesetengah perkhidmatan. Pengurusan perlu lebih peka serta memahami keperluan masyarakat.
“Dari segi kadar kekerapan (frekuensi) dan ketepatan masa sudah pasti perlu diambil kira memandang kebanyakan daripada mereka menggunakan perkhidmatan tersebut untuk ke tempat kerja,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurut beliau, selain itu, aspek penyelenggaraan dan menaik taraf juga perlu dilaksanakan dengan menyeluruh supaya kualiti perkhidmatan diberikan berada pada tahap yang baik sekali gus menggalakkan lebih ramai orang untuk menaiki pengangkutan awam
Justeru, kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan kelemahan yang membelenggu perkhidmatan pengangkutan awam dapat diatasi segera.