Showing posts with label ALKOHOL. Show all posts
Showing posts with label ALKOHOL. Show all posts

Monday, June 27, 2022

JIKA HARAMKAN ROKOK, HARAMKAN JUGA ALKOHOL, JUDI - BERITA HARIAN - 22/06/2022

 

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPIM) baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mahu kerajaan mengharamkan penjualan alkohol, minuman bergula dan perjudian serta melarang operasi kelab malam, pub dan pusat karaoke.

Kumpulan pengguna itu berkata produk dan perkhidmatan sedemikian dianggap sebagai "memudaratkan" sama seperti merokok dan menghisap rokok elektronik yang memudaratkan kesihatan seseorang.

Responden kaji selidik PPIM itu adalah betul. Ia bukanlah suatu yang sukar difahami malah ia perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Menghapuskan perbuatan merokok dan menghisap rokok elektronik adalah sesuatu yang kerajaan sedang lakukan melalui rancangan "Penamat Generasi", yang akan menyaksikan pengharaman penjualan rokok dan rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan selepas 2005.

Ini adalah sesuatu yang memerlukan kehendak politik yang kuat dan pujian perlu diberi kepada kerajaan kerana ia tidak berganjak dalam melaksanakan "Penamat Generasi".

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan melihat untuk merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharamkan penjualan alkohol, minuman bergula, perjudian dan operasi kelab malam dan pusat karaoke.

Lagipun, mengapa hanya mengharamkan satu atau dua tabiat buruk dan membenarkan yang lainnya berleluasa? Kita tidak boleh bersikap pilih kasih ke atas tabiat buruk ini.

Jika kerajaan menyatakan sebab kesihatan dalam mengharamkan merokok, oleh itu perlulah dinyatakan bahawa terdapat penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol, termasuklah kanser, penyakit hati dan pankreatis.

Begitu juga dengan minuman bergula yang dikaitkan dengan obesiti, diabetes Jenis 2, dan risiko penyakit kardiovaskular. Manakala perjudian, menurut PPIM, boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam hutang. Seseorang boleh merujuk di Google, untuk menyaksikan bahawa ia bukanlah hujah yang salah.

Pengkritik boleh mengatakan bahawa perkara ini perlu kesederhanaan dan orang ramai perlu mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Namun, siapa yang perlu menanggung kos dan kesan tabiat buruk ini? Masyarakat.

Inilah sebabnya mengapa saya menggesa kerajaan untuk mengambilkira hasil kaji selidik PPIM ini. Benar, kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengambil pendekatan atas-bawah, tetapi mengambil pendekatan lebih inklusif mengikut konsep semangat Keluarga Malaysia.

Sudah pasti, terdapat akibat yang perlu diambilkira, terutamanya ke atas ekonomi dalam mengharamkan alkohol, minuman bergula dan operasi kelab malam. Di setiap ceruk dalam laluan ini, periuk nasi seseorang akan terjejas.

Inilah sebabnya sebarang pelan untuk menghapuskan "tabiat buruk" perlu diteliti dan dirancang dengan rapi.

Walaubagaimanapun, perjalanan perlu dimulakan dengan kehendak dan niat kerajaan untuk memastikan tidak ada "pilih kasih" kepada tabiat buruk.

Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ummah Muafakat Putrajaya

Artikel oleh: Berita Harian

JIKA HARAMKAN ROKOK, HARAMKAN JUGA ALKOHOL, JUDI

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/06/968541/jika-haramkan-rokok-haramkan-juga-alkohol-judi

Monday, June 22, 2020

Wednesday, June 29, 2011

Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan

Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan
Tarikh Keputusan: 29 Jun, 2010

Huraian Tajuk/Isu: Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan

Keputusan: Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

Alahamdullilah fatwanya :

1.Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
2.Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.
3.Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4.Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.
Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%.


Proses Pembuatan Alkohol (Etanol)
Alkohol (etanol) dapat diproduksi melalui dua cara:
1.Cara petrokimia (proses dari bahan bakar fosil) melalui hidrasi etilena. Etanol hasil hidrasi ini biasa digunakan sebagai feedstock (bahan sintesis) untuk menghasilkan bahan kimia lainnya atau sebagaisolvent (pelarut).
2.Cara biologis melalui fermentasi gula dengan ragi (yeast).

Minuman beralkohol dibuat dengan cara fermentasi dari bahan baku yang mengandung gula cukup tinggi. Ragi yang umum digunakan adalah Saccharomyces cerevisiae. Ragi ini mengeluarkan enzim yang digunakan untuk memecah gula seperti glucose maupun fructose menjadi etanol dan karbon dioksida
Proses utamanya adalah :
C6H12O6 → 2C2H5OH + 2CO2

Lamanya proses fermentasi tergantung kepada bahan dan jenis produk yang akan dihasilkan. Proses pemeraman singkat (fermentasai tidak sempurna) yang berlangsung sekitar 1 – 2 minggu dapat menghasilkan produk dengan kandungan etanol 3 – 8 %. Contohnya adalah produk bir. Sedangkan proses pemeraman yang lebih panjang (fermentasi sempurna) yang dapat mencapai waktu bulanan bahkan tahunan seperti dalam pembuatan wine dapat menghasilkan produk dengan kandungan etanol sekitar 7-18 %.

Alkohol yang biasa digunakan dalam minuman keras adalah etanol (C2H5OH) dan proses fermentasi Kompucha yang menggunakan cara yang sama dalam pembuatan bir dan wine juga menghasilkan struktur etanol yang sama.


Beberapa petikan dari pakar..

After a week or two of fermentation, the liquid is tapped. Some liquid is retained to keep the pH low to prevent contamination. This process can be repeated indefinitely. In each batch, the "mother" culture will produce a "daughter", which can be directly handled, separated like two pancakes, and moved to another container. The yeast in the tapped liquid will continue to survive. A second wait time for about a week can produce more carbonation.

The big advantage of a secondary anaerobic fermentation is that it reduces the sugar without sacrificing the taste. Most folks do a Second Stage to increase carbonation. But be aware this will also increase the alcohol content as. The aerobic kombucha ferment results in only about 0.5% alcohol, but with an anaerobic ferment and anaerobic yeasts the bottled kombucha goes up to around 2% alcohol. (beer is around 4%, and wine 7%)
 
              


Saturday, February 19, 2011

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL