Friday, February 11, 2022

PINDA RUU, PERLUASKAN ISTILAH 'MASA TUA' KWSP - WACANAKINI - 10/02/2022

 

Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) dilihat sudah gagal dalam menjawab dan memuaskan permohonan pencarum yang menuntut untuk mengeluarkan wang caruman mereka.

Contohnya membenarkan 80 peratus wang caruman bagi simpanan RM80, 000 ke atas.

Semua pihak perlu mengambil kira isu kedua-dua belah pihak. KWSP dan pencarum.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain berkata, sebahagian daripada 1.2 juta pemandu dan pengusaha pengangkutan darat juga pencarum KWSP yang terjejas akibat kehilangan kerja tetap.

Kamarudin (kiri sekali) bertemu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua dari kanan) di pejabat beliau, PWTC baru-baru ini bagi membincangkan kebajikan 1.2 juta pemain indutsri pengangkutan darat.

“Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, isu selepas ancaman Covid-19 adalah golongan ‘underemployment’ ini lebih ramai. Contoh golongan yang ada Ijazah Kewartawanan tetapi tiada peluang kerja dan terpaksa bawa Grab atau pernah kerja jurutera, selepas dibuang kerja bawa lori.

“Ramai yang dibuang kerja terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing, teksi, logistik sebagai sumber pendapatan.

“Isunya sama sahaja, mereka gagal keluarkan caruman KWSP mereka untuk mulakan hidup, ada berhutang ah long dan terpaksa meminjam sana sini hanya kerana tiada pilihan,” katanya kepada Wacanakini.com

Tambah Kamarudin, balik kepada perkara asas isu KWSP, mestilah ada untung kedua belah pihak baharulah terjadi urusniaga murni dan mengikut Islam.

Simpanan adalah untuk kegunaan MASA TUA.

“Istilah masa tua ini luas maknanya, tidak bermakna umur biologi sudah lanjut sahaja. Seperti contoh kelapa tua, sudah tua baru boleh ambil.

“Sebaliknya, istilah masa tua ini sama juga masa hampir tempoh pencen atau hendak bersara awal daripada kerja pun masa tua. Dijangkiti penyakit kronik atau bahaya pun masa tua.

“Kemalangan menyebabkan hilang upaya atau hilang kerja juga masa tua.

“Takrifan MASA TUA mestilah diperjelaskan maksudnya dan undang-undang KWSP mesti dibuat pindaan Rang Undang-undang (RUU) untuk di masukkan takrifan ini,” tambahnya.

Memahami maksud cadangan yang disampaikan Kamarudin itu, istilah masa tua itu sebagaimana analogi buah kelapa. Masa tua itu dirujuk kepada masa matang, masa ketika wang KWSP boleh dikeluarkan atas banyak sebab.

MASA TUA ITU BUKAN MERUJUK UMUR BIOLOGI SEJAK DILAHIRKAN TETAPI MASA WANG KWSP BOLEH DIKELUARKAN OLEH PENCARUM ATAU WARISNYA.

Bencana wabak Covid-19, PKP, serentak dengan banjir, hilang kerja, tempat awam ditutup dan sebagai seperti yang dialami ramai ketika ini adalah masa tua KWSP.

Oleh yang demikian tidak sepatutnya wang pencarum disekat (dirompak?) daripada dikeluarkan.

Jika masih juga tidak dibenarkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki atau sesiapa sahaja boleh bawa ke Parlimen bagi benarkan ahli untuk keluarkan semua duit mereka dan simpan di dalam satu bank khas khusus untuk duit ini dan mereka bebas untuk keluarkan pada bila-bila masa.

Tubuhkan bank khas itu sama seperti tabung haji, bank kerjasama, bank koperasi, bank pertanian dan lain-lain.

Jika agensi kerajaan dah gagal serahkan kepada AGENSI RAKYAT.

Pertama sekali perlukan semua senarai pencarum dan jumlah caruman sebab penulis mahu bangunkan satu sistem berkomputer dan mekanisma supaya pencarum boleh menyemak status caruman mereka.

Dan berapa banyak mereka boleh keluarkan pada satu-satu masa. Ini wang mereka kenapa KWSP layan mereka seperti mereka hendak mencuri (keluarkan dari akaun orang lain)? Adakah kerana pihak berkenaan nak selewengkan sama seperti diselewengkan wang 1MDB?


Artikel oleh: Wacanakini

PINDA RUU, PERLUASKAN ISTILAH 'MASA TUA' KWSP

https://www.wacanakini.com/2022/02/pinda-ruu-perluaskan-istilah-masa-tua-kwsp/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...