Wednesday, February 2, 2022

JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK - PPIM - BERITA 757 - 29/01/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa orang ramai untuk mengambil langkah bijak dalam penggunaan tenaga elektrik meskipun kerajaan telah mengumumkan subsidi lebih RM700 juta bagi pengguna domestik.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam satu kenyataan berkata, bermula 1 Februari, pihaknya menjangkakan harga barangan tetap juga akan naik selain kadar surcaj sebanyak 3.7 sen per KWj akan dikenakan kepada pihak industri dan komersil.

“Penambahan surcaj ini mahu tidak mahu akan diterjemahkan melalui kenaikan harga barang akhirnya,” katanya.

Dalam masa sama, Toqqi turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Tenaga atas keputusan memperuntukkan subsidi tenaga sebanyak RM715 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) kepada pengguna domestik.

“Kita pengguna harus sedar bahawa akan ada penambahan pengguna domestik daripada sejumlah 9 juta ketika ini dan ia menjadi tanggungjawab bersama untuk menggunakan subsidi ini secara bijaksana agar ia dimanfaatkan pada jangka waktu semaksima dan kepada seramai mungkin pengguna,” katanya.

Sementara itu, PPIM sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dan mana-mana pihak berkaitan untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran dapat diperluaskan lagi.


#Berita757 #RakyatKeutamaanKami

Artikel oleh: Berita 757

JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK - PPIM

https://www.facebook.com/berita757/posts/267247565536792

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...