KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menimbang secara serius, permintaan pencarum yang menghadapi masalah kewangan untuk meluluskan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar tidak terjebak dengan pinjaman ah long.
Malah, Kementerian Kewangan seharusnya memberikan pertimbangan khusus untuk para pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri, kerana masih ramai rakyat negara ini masih terkesan dengan pandemik Covid-19, kata Persatuan Pengguna Islam Malayasia (PPIM).
“Kemelut wabak Covid-19 membuatkan ah long menangguk di air keruh dan menjadi licik dalam untuk mengaut keuntungan dengan memerangkap pengguna yang mempunyai simpanan KWSP.
“Mereka menawarkan bantuan seperti institusi-institusi kewangan profesional atau menggunakan nama perempuan Melayu.
“Ini merupakan salah satu taktik untuk memikat pelanggan Melayu yang terkait dengan gejala kesuntukan dan masalah kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Mengulas isu sama, PPIM memandang serius perkara ini, kerana dalam keadaan biasa pun ramai yang terperangkap dengan taktik ah long, apatah lagi ketika diuji pada saat genting seperti ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan iklan-iklan yang dipaparkan oleh ah long dan mencari kaedah lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.
Artikel oleh: Sumberkini
KERAJAAN PERLU PERTIMBANG PENGELUARAN KWSP, ELAK RAKYAT TERJEBAK AH LONG - PPIM
https://sumberkini.my/kerajaan-perlu-pertimbang-pengeluaran-kwsp-elak-rakyat-terjebak-ah-long-ppim/
No comments:
Post a Comment