Saturday, February 5, 2022

AKAUN DIBEKU, BANK CIMB CAJ TANPA SEBAB MUNASABAH - PPIM - 05/02/2022

Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam satu sidang media hari ini, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya CIMB Bank untuk memberikan penjelasan segera kepada pengguna.

"Tindakan membekukan akaun bank itu dilakukan tanpa mengikut prosedur Bank Negara, tanpa siasatan pihak polis dan tiada perintah mahkamah yang membenarkan CIMB mengambil tindakan tersebut, atas sebab apa akaun pengguna ini dibekukan," katanya.

PPIM dimaklumkan lebih dua ratus ribu akaun pelanggan CIMB dibekukan tanpa sebab munasabah.

"Jika mereka menyatakan akaun digunakan untuk scam atau menipu, dimana laporan polis dan mengapa tiada siasatan terhadap pemilik akaun," katanya.

Nadzim turut menyeru semua pelanggan bank yang menghadapi masalah sama untuk tampil membuat laporan kepada pihak PPIM dan pihak berkuasa.

"Adakah pihak bank akan memberikan pampasan terhadap pemilik akaun yang mengalami kerugian dan kesukaran akibat tindakan melulu mereka yang membekukan akaun tanpa mengikut prosedur,"

"Adakah bank boleh dibiarkan melakukan sesuka hati dengan wang pemilik akaun tanpa merujuk kepada mereka terlebih dahulu, mengapa tiada sebarang notis atau maklumat mengenai perkara ini," katanya.

PPIM turut membuka kaunter khas bagi menangani isu pembekuan akaun bank ini dan semua rakyat yang terkesan boleh menghubungi PPIM di talian +6013 611 6666.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...