Saturday, July 15, 2017

3909) UGUT: PEMILIK KENDERAAN DITAHAN - SINAR HARIAN - 15/7/2017

sinar harian 15.7.2017
Shah Alam, seorang pemilik kenderaan yang terlibat dengan syarikat pajakan di Sungai Sikamat, Kajang, ditahan polis, pagi semalam.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi yang membantu mengeluarkan kenderaan lelaki terbabit dari gudang syarikat terbabit dari gudang syarikat berkenaan, baru-baru ini.
“Dia ditahan polis pagi tadi (semalam) dan dibawa ke mahkamah untuk reman bagi membantu siasatan, dipercayai berkaitan dengan ugutan.
“Saya terkejut dengan penangkapan itu dan saya difahamkan, dia ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan berbincang dengan peguam dan pegawai PPIM mengenai tindakan yang bakal diambil.
Sementara itu Yusuf berkata, dia turut menerima pelbagai ugutan termasuk bunuh dari pihak berkenaan.
“saya tidak buat laporan polis kerana mahu menyelesaikan masalah ini dangan baik, namun ia menjadi panas.
“Saya akan berbincang sama ade nak buat laporan atau tidak,” katanya.
Isteri lelaki terbabit ketika dihubungi Sinar Harian berkata, polis datang ke rumahnya di Senawang, Negeri Sembilan untuk menahan suaminya.
“Saya masih tiada apa-apa maklumat mengenai tangkapan itu,” katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL