Monday, July 31, 2017

3983) ADA 3,000 PREMIS JUDI ONLINE DALAM KL - BH ONLINE - 29/07/2017

Ada 3 000 premis judi online dalam KL Kes Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields.
Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga.
Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan.
"Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, bayangkan kalau ada 3,000 premis.
"Ini kerana mereka (sindiket perjudian) mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM50,000 sehari bagi setiap premis," katanya selepas menyerbu sebuab premis judi online tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, awal pagi tadi.
Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air, Kementerian Wilayah Persekutuan, berkata hukuman denda sebanyak RM2,000 sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka, perlu diperhalusi dan dikaji semula kerana nilai berkenaan tidak memberi impak dan kesedaran kepada sindiket perjudian.
"Pada masa ini, kami masih dalam proses penambahbaikan akta berkenaan untuk membuat pindaan segera," katanya.
Dalam Ops BAH siri ke 37 semalam, sebuah premis rumah kedai tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, yang didaftarkan atas nama pusat internet tetapi menjalankan aktiviti perjudian, diserbu.
Dalam serbuan itu lebih 80 mesin perjudian dan mesin simulator dianggarkan keseluruhan bernilai RM345,500 dirampas dan akan dimusnahkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL