Tuesday, July 11, 2017

3864) SKMM perlu ambil tindakan platform menipu - Berita Harian Online - 11/7/2017

Snapshot(3)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menguatkuasakan undang-undang ke atas platform jualan atas talian yang didakwa menipu bagi melindungi hak pengguna.
Gesaan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor (FMC), ini dibuat berikutan lebih 30,000 aduan penipuan dengan kerugian jutaan ringgit menerusi platform jualan atas talian diterima pihaknya sejak tahun lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata SKMM perlu melaksanakan tindakan seperti menyekat laman web atau platform yang dikesan disalah guna untuk penipuan.
Katanya, dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, pengendali platform berkenaan akan lebih bertanggungjawab terhadap sebarang urus niaga menerusi platform kendaliannya.
"SKMM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu ada mekanisme untuk mengenal pasti maklumat peribadi penjual adalah sah sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform berkenaan.
"Contohnya, maklumat MyKad, nombor pendaftaran perniagaan mesti disahkan sebelum mereka boleh memuat naik sebarang iklan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden FMC, Khoo Kah Jin yang bersama-sama mencari penyelesaian isu penipuan atas talian menerusi platform jualan atas talian.
Mengulas lanjut perkara itu, Nadzim berkata, dianggarkan 11 aduan diterima PPIM setiap bulan membabitkan penipuan jual beli kereta menerusi platform berkenaan.
"Modus operandi penipu menawarkan kereta dengan harga murah dengan pembayaran wang pendahuluan yang murah sebelum menghilangkan diri.
"Kemudian, penipu akan menutup akaun berkenaan dan membuat akaun lain pula menggunakan taktik sama," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301066

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL