Showing posts with label FMC. Show all posts
Showing posts with label FMC. Show all posts

Wednesday, July 12, 2017

3874) 30,000 PENGGUNA JADI MANGSA PENIPUAN DI MUDAH.MY - PORTAL ISLAM & MELAYU - 12/07/2017



KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1438H, Rabu – Kira-kira 30,000 aduan berhubung penipuan di portal jualan atas talian terkenal iaitu Mudah.my diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, menerusi portal itu, pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya boleh mempamerkan iklan sesuatu produk tanpa perlu menyertakan nombor pendaftaran syarikat atau sebagainya.
Katanya, keadaan itu semakin membimbangkan serta memerlukan tindakan segera daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Pengendali portal itu sepatutnya meminta individu atau syarikat untuk mengemukakan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melindungi hak pengguna.
“Sekarang ini, dengan hanya mendaftar satu akaun e-mel baharu, sesiapa sahaja boleh menjual produk atas talian dan ini menggalakkan penipuan.
“SKMM boleh membuat satu kaedah penjual berdaftar menggunakan kad pengenalan atau sijil SSM. Mesti ada kaedah, bukan susah pun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin memaklumkan, kes penipuan jualan kereta terpakai dan sambung bayar hutang kenderaan turut mencatat peningkatan setiap tahun.
Kes sambung bayar, katanya, tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual juga tidak sah melalui kontrak tersebut.
“Kes sambung bayar sebenarnya tidak sah mengikut undang-undang. Ramai pengguna tidak tahu dan tertipu bila tengok harga murah yang ditawarkan dan selalu mereka bayar deposit tanpa tengok kereta yang hendak dibeli,” katanya.
Mengulas lanjut, Kah Jin berkata, kebanyakan kes penipuan di portal jualan dalam talian menyaksikan transaksi dibuat di luar dan bukannya di kedai.
“Ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan iklan menggunakan gambar dari syarikat lain, kemudiannya mengambil deposit daripada pembeli.
“Mereka menggunakan pelbagai taktik dan bayangkan jika seorang ditipu sekurang-kurangnya RM5,000 setiap transaksi, berapa banyak wang yang telah diterima oleh pihak tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya.

3873) CONSUMER GROUP WANTS STRICTER REGULATION ON ONLINE CLASSIFIED PLATFORM - NEW STRAITS TIMES ONLINE - 11/07/2017

New Straits Times Consumer group wants stricter regulation on online classified platform Malaysia General Business Sports and Lifestyle News
KUALA LUMPUR: Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is urged to take immediate action against a popular online classified platform for misleading advertisement, fraud and cheating.
Muslim Consumers' Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said that his organisation have been receiving about 11 report per month from consumers who fell victim to the schemes carried out on the local platform.
In a media conference, Nadzim said that most reports came from consumers who were purchasing cars and other vehicles.
"Their modus operandi of the scammers to cheat buyers is by offering a very cheap price to interested party and demanding them to pay deposit.
“Then they disappear.
"Because they are doing it online, these scammers will then go on to create a different user account to cheat more people and get away from it easily,"
Nadzim urged the authorities such as Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) and MCMC to monitor and regulate this particular online platform closely.
This, according to him will curb more consumers from being cheated.
"Our association has received 30,000 complaints so far which involves over millions of ringgit of loss suffered the online platform consumer," he added.
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/07/256378/consumer-group-wants-stricter-regulation-online-classified-platform

3872) ISU KERETA PAJAK : PPIM PERSOAL TINDAKAN BANK - UTUSAN ONLINE - 11/07/2017

                                            Utusan Online VIDEO Isu kereta pajak PPIM persoal tindakan bank Nasional
KUALA LUMPUR 11 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal tindakan bank tidak menguatkuasakan langkah menarik kereta yang terbabit dalam manipulasi skim pajakan kereta, meskipun bayaran ansuran bulanan kenderaan tersebut sudah tertunggak sehingga tujuh bulan.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, perkara tersebut amat luar biasa kerana mengikut kebiasaan apabila ansuran kereta tertunggak tiga bulan, pihak bank telah memulakan usaha menarik kereta berkenaan.

“Saya tidak faham mengapa bank yang mempunyai kuasa mengarahkan ejen penarik kereta gagal mengambil kereta daripada syarikat ini sedangkan mengikut perjanjian sewa beli kenderaan ini masih di bawah bank. Sepatutnya ini tidak harus berlaku.

“Kita melihat mereka (syarikat skim pajakan kereta) dilindungi oleh ejen penarik kereta, lesen mereka seharusnya ditarik. Tetapi syukur dengan bantuan polis, sokongan media dan aktivis kita berjaya mengambil 56 buah kereta bersama mangsa yang merupakan pemilik kenderaan itu,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas usaha membantu mangsa skim pajakan kereta, yang memaksa Yusuf Azmi bersama ahli PPIM terpaksa mengambil masa hampir 25 jam mengeluarkan semua kenderaan milik mangsa di sebuah premis perniagaan di Kajang.

Mengulas lanjut, Muhammad Yusuf berkata, syarikat tersebut masih lagi menyimpan kira-kira 1,444 buah kereta yang masih belum dapat dipastikan di manakah lokasi kenderaan itu disembunyikan.
Katanya, usaha semalam berhasil apabila sebanyak 54 buah kereta berjaya dipindahkan dari premis tersebut ke kawasan perumahan berhampiran sebelum dituntut oleh pemilik kereta masing-masing.

Beliau menambah, persatuan itu telah membuat laporan di balai polis berdekatan berhubung insiden di gudang kereta berkenaan, awal pagi tadi.

Beliau turut meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani supaya memandang serius perkara ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di antara persatuan, pemilik dan syarikat pajakan kereta.

“Kertas siasatan juga harus dibuka kerana laporan polis sudah dibuat sebanyak tiga kali. Persatuan tiada sebarang kuasa tetapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan hak dan maruah pengguna dengan bijaksana,” tegasnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-isu-kereta-pajak-ppim-persoal-tindakan-bank-1.501596#ixzz4mafw0NXb © Utusan Melayu (M) Bhd

3871) NAK JUAL KERETA ONLINE KONON - METRO ONLINE - 11/07/2017

Harian Metro Nak jual kereta online konon
LEBIH 11 aduan sebulan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu membabitkan penipuan jual beli kereta di portal perniagaan dalam talian di Malaysia.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan itu dikemukakan pengguna selepas pihaknya menerima banyak rungutan ditipu membabitkan kerugian ribuan ringgit.
"Modus operandi penipu menggunakan portal ini menawarkan kereta dengan harga murah seterusnya meminta pengguna membayar wang pendahuluan sebelum menghilangkan diri.
"Kemudian, penipu akan membuat akaun lain pula seterusnya menipu pengguna lain," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin.
Nadzim turut menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau operasi portal berkenaan bagi mengelak lebih ramai pengguna ditipu.
"Bagi pihak PPIM sendiri, sejak tahun lalu, kami menerima 30,000 aduan penipuan membabitkan semua produk di portal berkenaan dengan nilai kerugian jutaan ringgit," katanya.
Selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/243988/nak-jual-kereta-online-konon

3869) PERANGKAP KERETA MURAH - HARIAN METRO - 12/7/2017

harian metro 12.7.2017
Toyota Camry dijual dengan harga semurah RM20,000 manakala BMW 7 Series ditawar pada harga RM45,000.
Itu antara tawaran ‘gila’ yang dimuat naik sebuah portal perniagaan atas talian terkenal di Malaysia bagi memperdayakan pelanggan untuk membeli kereta.
Tawaran itu dilakukan sindiket atau individu yang sengaja mahu mengaut wang mudah dengan meminta pelanggan membayar wang pendahuluan untuk menempah kereta diidamkan sebelum mereka melarikan diri.
Sebaik wang diberi, individu penipu itu menghilangkan diri dan menggunakan akaun lain di dalam portal yang sama untuk menipu orang lain.
Taktik itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor (FMC) selepas menerima ratusan aduan daripada individu kerugian ribuan ringgit.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, 11 aduan diterima setiap bulan sejak tahun lalu membabitkan penipuan jual beli kereta menggunakan platform terkenal itu.
“Aduan dikemukakan pengguna selepas kami menerima banyak rungutan iaitu 11 aduan setiap bulan yang mereka kerugian wang pendahuluan akibat terpedaya dengan tawaran kereta murah.
“Bayangkan harga kereta mempunyai nilai tinggi dijual pada kadar lebih rendah daripada pasaran dan lebih malang pengguna yang kebanyakan golongan pertengahan mudah tertipu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, semalam, bersama Presiden FMC Khoo Kah Jin.
Nadzim berkata, pihaknya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan undang-undang ke atas platform jualan atas talian terkenal itu bagi melindungi hak pengguna daripada terus ditipu.
“SKMM perlu melaksanakan tindakan seperti menyekat laman web atau platform dikesan disalah guna untuk penipuan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap sebarang urus niaga menerusi talian mereka.
“SKMM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu ada mekanisme mengenal pasti maklumat peribadi penjual yang disahkan sebelum dibenarkan menggunakan platform atas talian berkenaan,” katanya.
Nadzim berkata, bukan saja penipuan jual beli kereta, PPIM merekodkan 30,000 aduan penipuan sejak tahun lalu membabitkan semua produk di portal itu dengan nilai kerugian jutaan ringgit dan yang paling tinggi dicatatkan penipuan jual beli telefon bimbit RM30 juta.
Sementara itu, Khoo berkata, pihaknya memaklumkan kepada portal itu untuk menurunkan mana-mana iklan yang jelas menipu pengguna disertakan dengan laporan polis namun tiada tindakan diambil.
“Tanpa penguatkuasaan, pemilik portal ini lepas tangan sebaliknya meminta pengguna bertanggungjawab mencari dan menangkap sendiri penipu berkenaan.
“Tindakan ini tidak adil buat pengguna dan pemilik portal sepatutnya bertanggungjawab dan mengawal perkara berkenaan dan bukannya lepas tangan semata-mata memperoleh keuntungan,” katanya.

3867) 30,000 KES TIPU JUALAN DALAM TALIAN - BERITA HARIAN - 12/7/2017

berita harian 12.7.2017
Syarat longgar kepada penjual dan pembeli yang mengiklan menerusi laman web jual beli dalam talian, didakwa menjadi punca lebih 30,000 kes penipuan di negara ini, sejak tahun lalu.
Penipuan itu membabitkan aktiviti jualan barangan baharu dan terpakai, termasuk kereta, telefon bimbit, produk elektrik, haiwan peliharaan, barangan hobi serta kemudahan rumah sewa.
Berdasarkan aduan dikumpul Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Persatuan Penjual Kereta & Syarikat Kredit (FMC) Kuala Lumpur dan Selangor (FMC), penipuan menerusi laman web itu menyebabkan setiap mangsa kerugian antara RM500 hingga RM30,000.
Usaha mengesan individu atau pihak yang mendalangi penipuan sukar kerana tiada maklumat latar belakang mereka disimpan syarikat pengendali laman web berkenaan, khususnya yang mendaftar sebagai penjual peribadi atau individu.
Penjual secara peribadi atau individu, hanya perlu mengemukakan alamat e-mel serta nombor telefon sahaja ketika mendaftar, sebelum menawarkan barangan atau menawarkan perkhidmatan.
Alamat e-mel dan nombor telefon terbabit kemudian ditamatkan perkhidmatan oleh suspek, sebaik memperoleh bayaran selepas menipu beberapa mangsa.
Mangsa pula cenderung tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana beranggapan prosedur remeh dan panjang yang perlu ditempuh dalam usaha menjejaki suspek serta menelan kos yang tinggi.
Sekurang-kurangnya 11 aduan membabitkan penipuan jual beli kereta diterima dua pertubuhan itu setiap bulan membabitkan laman web yang sama.
BEKERJASAMA DENGAN PPIM
Presiden FMC Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan PPIM, dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kegiatan penipuan yang memanipulasi kelemahan pendaftaran penjual dalam talian itu.
Beliau berkata, pihaknya pernah memaklumkan kepada pengendali laman web terbabit termasuk mengemukakan beberapa laporan polis yang dibuat pengguna yang tertipu, namun tiada sebarang tindakan diambil pemilik laman web itu bagi menghentikan penipuan berkenaan.
"Tanpa penguatkuasaan, pengendali laman web itu mengambil sikap lepas tangan dan sebaliknya meminta pengguna bertanggungjawab mencari dan menangkap sendiri penipu berkenaan.
"Ada juga pengadu membuat laporan polis memaklumkan maklumat syarikat mereka disalah guna pihak lain untuk memperdayakan mangsa menggunakan laman web sama,"katanya dalam sidang media bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, ketika mendedahkan itu berkenaan.
Beliau berkata, selain penipuan pembelian, laman web itu turut menjadi medan mempromosi kegiatan sambung bayar pemilikan kenderaan, yang tidak sepatutnya berlaku kerana menyalahi undang-undang, manakala perjanjian yang dibuat pembeli dan penjual tidak sah.
Nadzim mengakui, PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna yang ditipu ketika berurusan dengan penjual atau pembeli menerusi laman web terbabit.
Sementara itu, seorang wanita berusia 32 tahun yang menjadi mangsa penipu yang mengiklan menerusi laman web itu, mendakwa kerugian RM1,200 yang dibayar sebagai pendahuluan rumah untuk disewa selepas tertarik dengan iklan yang disiarkan.
Seorang lagi mangsa berusia 30 tahun, mendakwa kerugian RM1,000 selepas membayar pendahuluan untuk kereta yang dijual murah menerusi iklan dalam laman web sama.
PPIM SYOR MEKANISME KAWALAN
Kuala Lumpur" Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa segera bertindak membanteras kegiatan penipuan membabitkan pengiklanan menerusi laman web sebelum ia menjadi tidak terkawal
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat ketiadaan peraturan dan undang-undang untuk mengawal laman web yang menyediakan ruang pengiklanan ketika ini dimanipulasikan sesetengah untuk menipu pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata SKMM dan KPDNKK perlu ada mekanisme kawalan terhadap laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti itu bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan.
Beliau berkata, antara aspek kawalan yang perlu diberi perhatian adalah pendaftaran latar belakang serta maklumat lengkap mengenai individu atau syarikat yang menawarkan barangan atau perkhidmatan untuk jualan menerusi pengiklanan dalam laman web.
"Pengendali laman web juga perlu bertanggungjawab untuk menyemak latar belakang individu atau syarikat yang mendaftar sebagai penjual yang mengiklan menerusi sesawang mereka sebagaimana kaedah pengesahan biasa digunakan agensi telekomunikasi atau perbankan.
PERLU PERHATIAN SERIUS
"Pengendali laman web jual beli juga perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan atau memulangkan kembali bayaran jika barang ditempah tidak diterima pembeli,"katanya.
Nadzim berkata, SKMM dan KPDNKK perlu mengenakan denda atau sekatan terhadap pengendali jika laman web yang disediakan mereka sebagai 'lubuk penipu'.
"Kerajaan perlu memandang serius isu penipuan dalam talian menerusi penguatkuasaan undang-undang yang bersesuaian kerana aktiviti jualan dalam talian kini meningkat dan masa sama semakin ramai yang mengambil kesempatan untuk menipu,"katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Tindakan Khas PPIM, Yusuf azmi, berkata SKMM perlu bersikap proaktif dengan mengambil tindakan menyekat laman web yang digunakan untuk menipu, sama seperti dikenakan terhadap laman pornografi atau yang terbabit menghasut serta fitnah.

Tuesday, July 11, 2017

3866) SIDANG MEDIA : PENIPUAN BERLELUASA DI PLATFORM MUDAH.MY - PPIM - 11/7/2017



Kebelakangan ini kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima banyak aduan daripada para pengguna yang ditipu ketika berurusan dengan penjual atau pembeli di platform Mudah.my.
Perkara ini telah menjadi semakin serius ekoran ramai pengguna telah menjadi mangsa ditipu. Penipuan penjualan kereta turut jelas kelihatan kerana ramai penyangak yang telah mengambil kesempatan menggunakan platform ini untuk menipu para pengguna.
1
Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan berkata perkara ini telah menimbulkan banyak masalah kepada pengguna di luar sana. kemudahan yang disediakan oleh Mudah.my telah disalahgunakan oleh seseorang individu yang mengutip wang dengan cara yang mudah.
“Perkara ini harus dihentikan dengan segera agar ramai tidak menjadi mangsa dalam penipuan penjualan kereta”ujar beliau
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi turut menjelaskan bahawa pihaknya sudah mengadu perkara tersebut kepada pihak bank berulang kali namun tidak diambil tindakan sehingga sekarang.
2
“Perlu ada akta baru di mana pihak bank boleh mencari pembeli baru bagi menyambung bayar hutang pembeli lama,”tegas Yusuf Azmi. Beliau turut mempertikaikan pihak bank mengenai kes Syarikat AGR yang boleh memegang kenderaan pemilik asal lebih 7 bulan tanpa bayaran.
“Pemilik asal tidak bayar selama hampir 7 bulan, mengapa pihak bank tidak menarik balik kenderaan dan mengapa dibiarkan sebegitu sahaja,”beliau mempersoalkan di dalam sidang media tersebut.
3
Turut hadir bersama iaitu Presiden Federation of Motor & Credit Company Association of Malaysia (FMC), Khoo Kah Jin. Beliau mengatakan persatuannya telah menerima banyak kes penipuan pembelian kenderaan melalui Mudah.my ini.
Beliau turut menegaskan bahawa kes sambung bayar tidak seharusnya berlaku kerana ia menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual tidak sah kontrak tersebut. “Don’t be fool by cheap car and don’t ever pay the money to the salesman without see the car in front your eyes”katanya.
4
“Pengguna harus berjaga-jaga supaya jangan mudah kena ditipu dan jangan bayar terus melalui online. Pastikan showroom kenderaan tersebut dimana dan jika membayar pastikan dapat resit pembayaran serta IC dealer,”ujar Timbalan Presiden FMC, Dave Lim Keat Hin.
Ketua Aktivis PPIM turut menyeru kepada mereka yang berkenaan untuk mengambil tindakan dengan segera ekoran ramai telah menjadi mangsa penipuan di dalam platform ini.
“Kita minta KPDNKK,SKMM,SSM dan mana-mana yang berkenaan untuk membuat tindakan dan perlu ada mekanisma baru serta akta baru bagi menangani masalah yang serius ini”katanya.
5

3865) Jualan dalam talian: Lebih 30,000 ditipu sejak tahun lalu - Utusan Online - 11/7/2017

Snapshot(5)
KUALA LUMPUR 11 Julai - Dianggarkan sebanyak 30,000 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu berhubung penipuan di portal jualan dalam talian.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melindungi hak pengguna serta membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Katanya, menerusi portal jualan dalam talian, pihak tidak bertanggungjawab itu sewenang-wenangnya boleh mempamerkan iklan sesuatu produk atau barangan tanpa perlu menyertakan bersama nombor pendaftaran syarikat atau sebagainya.
"Pengendali portal itu sepatutnya meminta invidividu atau syarikat mengemukakan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melindungi hak pengguna.
"Sekarang ini, dengan hanya mendaftar satu akaun e-mel baharu, sesiapa sahaja boleh menjual produk atas talian dan ini menggalakkan penipuan. SKMM boleh membuat satu kaedah penjual berdaftar menggunakan kad pengenalan atau sijil SSM. Mesti ada kaedah, bukan susah pun," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin; Timbalannya, Dave Lim Keat Hin dan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusof Azmi.
Dalam pada itu, Kah Jin memaklumkan, kes penipuan membabitkan jualan kereta terpakai dan sambung bayar hutang kenderaan turut mencatat peningkatan setiap tahun.
"Kita harap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pihak tidak bertanggungjawab kerana tiada pemantauan dan garis panduan yang ditetapkan mengakibatkan ramai pembeli ditipu.
"Satu lagi adalah kes sambung bayar yang mana sebenarnya tidak sah mengikut undang-undang. Ramai pengguna tidak tahu dan tertipu bila tengok harga murah yang ditawarkan dan selalu mereka bayar deposit tanpa tengok kereta yang hendak dibeli," ujarnya.
Kata Kah Jin, kebanyakan kes penipuan di portal jualan dalam talian menyaksikan transaksi dibuat di luar dan bukannya di kedai.
"Ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan iklan menggunakan gambar dari syarikat lain, kemudiannya mengambil deposit daripada pembeli.
"Mereka menggunakan pelbagai taktik dan bayangkan jika seorang ditipu sekurang-kurangnya RM5,000 setiap transaksi, berapa banyak wang yang telah diterima oleh pihak tidak bertanggungjawab itu," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

3864) SKMM perlu ambil tindakan platform menipu - Berita Harian Online - 11/7/2017

Snapshot(3)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menguatkuasakan undang-undang ke atas platform jualan atas talian yang didakwa menipu bagi melindungi hak pengguna.
Gesaan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor (FMC), ini dibuat berikutan lebih 30,000 aduan penipuan dengan kerugian jutaan ringgit menerusi platform jualan atas talian diterima pihaknya sejak tahun lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata SKMM perlu melaksanakan tindakan seperti menyekat laman web atau platform yang dikesan disalah guna untuk penipuan.
Katanya, dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, pengendali platform berkenaan akan lebih bertanggungjawab terhadap sebarang urus niaga menerusi platform kendaliannya.
"SKMM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu ada mekanisme untuk mengenal pasti maklumat peribadi penjual adalah sah sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform berkenaan.
"Contohnya, maklumat MyKad, nombor pendaftaran perniagaan mesti disahkan sebelum mereka boleh memuat naik sebarang iklan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden FMC, Khoo Kah Jin yang bersama-sama mencari penyelesaian isu penipuan atas talian menerusi platform jualan atas talian.
Mengulas lanjut perkara itu, Nadzim berkata, dianggarkan 11 aduan diterima PPIM setiap bulan membabitkan penipuan jual beli kereta menerusi platform berkenaan.
"Modus operandi penipu menawarkan kereta dengan harga murah dengan pembayaran wang pendahuluan yang murah sebelum menghilangkan diri.
"Kemudian, penipu akan menutup akaun berkenaan dan membuat akaun lain pula menggunakan taktik sama," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301066

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL