Monday, July 24, 2017

3949) GAGAL BERTEMU PENGURUSAN CALTEX, PENGUSAHA STESEN KECEWA DIMINTA PERGI - FMT NEWS - 21/07/2017

Gagal bertemu pengurusan Caltex pengusaha stesen kecewa diminta pergi Free Malaysia Today Sekumpulan bekas pengusaha stesen minyak pergi ke Chevron Malaysia untuk mendapatkan penjelasan tetapi diminta pergi dari situ.

 KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas pengusaha stesen minyak pergi ke Chevron Malaysia, lebih dikenali sebagai Caltex, untuk mendapatkan penjelasan mengenai penamatan kontrak mereka tidak berpeluang menemui pegawai pengurusan syarikat minyak gergasi itu.

 Kira-kira 20 bekas pengusaha dan kakitangan mereka tampil di ibu pejabat Caltex di Menara Milenium, Pusat Bandar Damansara pada 4.30 petang tadi tetapi diminta pergi dari situ.

 Salah seorang bekas pengusaha, Fadzilah Abdul Hamid berkata para pegawai yang mereka mahu temui tidak berada di pejabat mereka atau di luar negara. Malangnya, ini bukan kali pertama beliau diminta pergi dari situ.

 “Dua hari lalu saya tidak dibenarkan naik ke tingkat 3 (pejabat Caltex). Kemudian, saya hanya boleh berurusan di kaunter. Hari ini, saya tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan,” katanya kepada pemberita.

 “Apa yang mereka takutkan? Sepatutnya Caltex mempunyai hubungan perniagaan dengan kita.”

 Menurutnya, mereka cuba berunding dengan syarikat antarabangsa itu sejak 7 bulan lalu tetapi gagal. Tadi mereka bagaimanapun sempat menyerahkan memorandum kepada wakil syarikat.

 Memorandum itu meminta syarikat menjelaskan sebab utama mereka menamatkan operasi 15 pengusaha stesen minyak mereka dan meminta syarikat menjawab mengapa pihak atasan tidak mahu bertemu mereka.

Turut serta Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan Pengarah Unit Tindakan Khas Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

 Khairul berkata pengusaha yang ditamatkan kontrak ini dilayan dengan buruk sekali. Beliau juga mendakwa cara penamatan kontrak 15 pengusaha itu dilakukan secara berat sebelah.

 “Kita adalah peruncit dan beli daripada syarikat minyak. Jadi dia kena ingat, kami penting sepertimana pelanggan penting kepada kami,” katanya.

 Bulan lalu, Caltex menamatkan kontrak 6 pengusaha stesen minyak atas alasan “keputusan perniagaan”. Caltex bagaimanapun tidak memaklumkan butiran mengenai penamatan itu, kerana mereka “tidak wajib memberi apa-apa sebab bagi penamatan itu”.

 “Pendirian kami ialah kedua-dua pihak perlu mematuhi peruntukan kontrak,” katanya dalam kenyataan sebelum ini. Fadzilah bersama 14 pengusaha dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak dilaporkan menerima notis penamatan operasi stesen mereka melalui notis 15 Mei lalu.

 Caltex memberikan tempoh 30 hari kepada mereka untuk menyerahkan stesen masing-masing. Penamatan kontrak itu menjadi kontroversi selepas pengusaha terbabit mendakwa ia dilakukan “tanpa alasan munasabah”, dan juga kerana ia berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri.

 Dalam emel kepada FMT malam tadi, Caltex menjelaskan mana-mana pengunjung perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum tarikh mesyuarat.

 Menurut Caltex, Fadzilah tidak dapat bertemu dengan pihak pengurusan kerana beliau tidak membuat sebarang temujanji.

 

 Artikel selanjutnya http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/21/gagal-bertemu-pengurusan-caltex-pengusaha-stesen-kecewa-diminta-pergi/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL