Friday, March 31, 2017

3582) SPM 2017 - FAKTA HARGA MINYAK : SECARA MINGGUAN - PPIM - 30/03/2017

SELAMAT PAGI MALAYSIA – PENETAPAN HARGA SILING MINGGUAN BAHAN API
30 Mac 2017 - RTM, Selamat Pagi Malaysia membincangkan isu: Penetapan Harga Siling Mingguan Bahan Api. Panel yang hadir terdiri daripada Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Khairul Annuar Aziz. Penetapan harga baru untuk minggu pertama pelaksanaan bermula pada 29 March 2017 adalah Ron 97 RM2.41, Ron 95 RM 2.13 dan Diesel RM 2.11.
Dalam wawancara ini, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) mengatakan bahawa akan ada orang atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam pelaksanaan ini. Kebanyakan peniaga-peniaga yang tidak beretika hanya menunggu alasan dan peluang untuk meraih keuntungan yang lebih. Oleh itu, Toqqi menyarankan agar masyarakat jangan menyokong mereka yang mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barang. Merujuk kepada kuasa membeli dan memilih yang terdapat pada pengguna untuk memilih harga yang lebih berpatutan, Toqqi juga meminta Kementerian melihat semula harga tidak munasabah yang telah dinaikkan oleh peniaga-peniaga atas asalan harga minyak naik sebelum ini.
Toqqi tidak hanya memandang kepada sebelah pihak pengguna sahaja malah beliau juga kuatir akan ada pengusaha-pengusaha stesen minyak kecil akan berhenti beroperasi atas kesan dari pelaksanaan ini memandangkan margin perniagaan adalah kecil.
“Kami di persatuan banyak menerima aduan dari pemilik stesen minyak. Yang tutup ada, yang pinjam ahlong pun ada.” kata beliau berikutan dengan kes dimana pemilik stesen minyak terpaksa meminjam daripada institusi pinjaman untuk memulakan perniagaan atau mengekalkan peniagaan. Selain itu, terdapat alimen-eliment “buli” didalam syarikat-syarikat minyak ini. Oleh itu, Toqqi mencadangkan agar menteri duduk bersama dengan syarikat miyak untuk membincangkan secara keseluruhan perkara ini.
Dari sudut pengusaha petrol pula mengatakan bahawa tindakan penetapan harga dari segi mingguan adalah cadangan yang baik kerana harga jualan menghampiri dengan harga pasaran. Ia lebih efisien dari sistem yang terdahulu.
“Saya berharap agar tiada lagi kejatuhan harga seperti ini” kata Datuk Khairul Annuar Aziz. Penurunan mendadak ini adalah kerana pengiraannya dikira secara bulanan namun selepas ini difahamkan bahawa penurunan mingguan akan lebih kurang kerana pengiraannya akan dikira mingguan. 
Dengan ini, harapan supaya kerajaan melihat semula pelaksanaan ini dengan teliti supaya tiada pihak yang akan menanggung kerugian di hari kelak.

Thursday, March 30, 2017

3580) Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Forum Pengguna ke 7 - PPIM - 30/3/2017


Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Forum Pengguna ke 7

Perjumpaan antara Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi adalah untuk menyerahkan jemputan maljis perasmian Forum Pengguna ke 7 2017 pada bulan November ini.

Bagi forum yang ke tujuh kalinya ini, diadakan sempena ulang tahun persatuan ke 20 tahun perjuangannya. Beberapa ahli panel juga akan dijemput untuk berkongsi pengalaman sekali gus menjawab persoalan dari peserta mengenai isu kepenggunaan.

Forum tahun lalu yang membawa tajuk Kemiskinan: Takdir atau Pilihan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hampir seribu orang yang menghadiri Forum Pengguna 2016 dan Forum tersebut menerima maklum balas yang amat positif dari masyarakat dan pengunjung yang hadir.


Selain itu, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan pujian atas perlaksanaan program tersebut dan dengan adanya program seperti ini mampu memberi kesedaran berkenaan kuasa hak pengguna kepada masyarakat.
WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.43 PMWhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.44 PM  WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.50 PM WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.51 PM WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.52 PM

3581) Selamat Pagi Malaysia - Penetapan Harga Siling Mingguan Bahan Api - PPIM - 30/3/2017

Selamat Pagi Malaysia - Penetapan Harga Siling Mingguan Bahan Api
30 Mach 2017 -Satu wawancara RTM, Selamat Pagi Malaysia membincangkan isu :Penetapan Harga Siling Mingguan Bahan Api.
Panel yang hadir terdiri daripada Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Khairul Annuar Aziz.
WhatsApp Image 2017-03-30 at 7.07.36 PM (1)WhatsApp Image 2017-03-30 at 7.07.36 PM  WhatsApp Image 2017-03-30 at 7.07.38 PM

3579) STEVIA PALSU – PENGGUNA PERLU LEBIH PEKA -Berita Nasional – 29/03/2017


Keperluan mengenal pasti stevia tulin amat penting memandangkan penggunaannya sebagai pengganti kepada gula biasa atas faktor kesihatan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Kementerian Kesihatan perlu memastikan semua produk Stevia didaftar sebelum dipasarkan kepada pengguna.
Menurut Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusuf Azmi, ramai pengguna tidak sedar mereka terbeli Stevia palsu yang tidak bermutu sama ada menerusi pembelian dipasaran atau dalam talian.
Justeru, pengguna perlu menyemak ketulinan produk yang dibeli dengan menyemak nombor pendaftaran KKM dan label hologram yang diluluskan.
“Mungkin Stevia ini ada kod , maksudnya KKM 0023. Jadi orang tahu la benda itu dikeluarkan label oleh Kementerian Kesihatan.
Beliau yang ditemui dipejabatnya turut berharap jualan produk Stevia hanya dilakukan menerusi farmasi- farmasi kerajaan dan swasta yang didaftarkan.

Wednesday, March 29, 2017

MUNGKIN ADA GULUNG TIKAR – SINAR HARIAN – 29/3/2017

sinar harian 29.3.2017 1

sinar harian 29.3.2017 2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan membantu stesen minyak yang berisiko untuk “gulung tikar” apabila kaedah baharu penetapan harga bahan api bermula.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini berikutan kaedah yang digunakan itu akan membukapenjualan bahan api secara terbuka, lantas akan berlakunya persaingan di antara semua stesen minyak.

” Sebenarnya kaedah penetapan harga petrol dan diesel diperkenalkan kerajaan, sudah dibuat negara lain.

” Misalnya di Amerika Syarikat, harga petrol dan diesel ditentukan secara terbuka, di mana syarikat minyak menggunakan strategi bagi memasarkan produk mereka dan mereka tidak dikawal oleh kerajaan.

” Hal ini menyebabkan berlakunya persaingan supaya pengguna mendapatkan harga terbaik,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada stesen minyak yang akan menawarkan harga “runtuh” sekali gus menggugat stesen minyak lain yang berdekatan dengan stesen minyak berkenaan.

” Mungkin pengusaha stesen minyak  yang berada di dalam keadaan yang sedikit tertekan  kerana apabila berlakunya pasaran terbuka dan  ini akan menyebabkan segelintir daripada mereka mungkin tidak dapat bersaing.

” Lantas, mungkin ada stesen minyak yang akan gulung tikar akibat kerugian yang ditanggung. Oleh demikian, kerajaan perlu memantau stesen minyak yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Sementara itu, Nadzim bersetuju dengan mekanisme yang akan dikuatkuasakan esok memandang ada pihak yang tidak bertanggunjawab menjual bahan api di negara jiran semasa kerajaan memberikan subsidi bahan api sebelum ini.

Menurutnya, tindakan pihak tersebut menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit akibat ketirisan tersebut, dimana rakyat sepatutnya menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada mereka.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3577) MUNGKIN ADA GULUNG TIKAR - SINAR HARIAN - 29/3/2017

                   sinar harian 29.3.2017 1 sinar harian 29.3.2017 2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan membantu stesen minyak yang berisiko untuk "gulung tikar" apabila kaedah baharu penetapan harga bahan api bermula. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini berikutan kaedah yang digunakan itu akan membukapenjualan bahan api secara terbuka, lantas akan berlakunya persaingan di antara semua stesen minyak. " Sebenarnya kaedah penetapan harga petrol dan diesel diperkenalkan kerajaan, sudah dibuat negara lain. " Misalnya di Amerika Syarikat, harga petrol dan diesel ditentukan secara terbuka, di mana syarikat minyak menggunakan strategi bagi memasarkan produk mereka dan mereka tidak dikawal oleh kerajaan. " Hal ini menyebabkan berlakunya persaingan supaya pengguna mendapatkan harga terbaik," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Beliau tidak menolak kemungkinan ada stesen minyak yang akan menawarkan harga "runtuh" sekali gus menggugat stesen minyak lain yang berdekatan dengan stesen minyak berkenaan. " Mungkin pengusaha stesen minyak  yang berada di dalam keadaan yang sedikit tertekan  kerana apabila berlakunya pasaran terbuka dan  ini akan menyebabkan segelintir daripada mereka mungkin tidak dapat bersaing. " Lantas, mungkin ada stesen minyak yang akan gulung tikar akibat kerugian yang ditanggung. Oleh demikian, kerajaan perlu memantau stesen minyak yang memerlukan bantuan," jelasnya. Sementara itu, Nadzim bersetuju dengan mekanisme yang akan dikuatkuasakan esok memandang ada pihak yang tidak bertanggunjawab menjual bahan api di negara jiran semasa kerajaan memberikan subsidi bahan api sebelum ini. Menurutnya, tindakan pihak tersebut menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit akibat ketirisan tersebut, dimana rakyat sepatutnya menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada mereka.

3576) Menipu! Stevia Palsu Dipasaran! - PPIM - 29/03/2017


Menipu! Stevia Palsu Dipasaran!
Kegilaan masyarakat kini untuk menjaga kesihatan semakin meningkat. Mereka menjaga pemakanan harian mereka sambil mengambil “suplemen” untuk memastikan kesihatan mereka didalam keadaan yang baik.
Lebih mengejutkan apabila terdapat segelintir peniaga atau pengusaha mengambil kesempatan ini untuk menjual Stevia palsu. kajian mendapati bahawa kebanyakan produk Stevia dipasaran tidak mempunyai logo halal dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Unit Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi ditemuramah oleh wartawan RTM berkenaan isu Stevia Palsu di Pejabat PPIM pada 29 Mac 2017. Beliau mengatakan bahawa KKM hendaklah mewujudkan garis panduan dan carta aliran dalam menangani isu Stevia Palsu ini.
Selain itu, KKM juga harus mengeluarkan nombor siri atau label yang sesuai pada setiap produk yang akan dipasarkan terutamanya pengusaha Stevia. Langkah Ini adalah untuk mengelak daripada penggunaan logo KKM oleh pengusaha yang tidak berdaftar.
KKM haruslah memainkan peranan penting dalam isu ini kerana masyarakat kini beralih kepada pemakanan sihat. Seperti mana kita tahu, Stevia adalah satu alternatif untuk gula. Bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis, mereka telah pun elak daripada pengambilan gula dan bertukar kepada Stevia. Jika Stevia yang digunakan dibuat dari bahan kimia, ni boleh memudaratkan lagi pesakit tersebut.
Dalam masa yang sama, Encik Yusuf memberi cadangan agar Stevia boleh dijual di hospital dan farmasi. Ini memudahkan untuk pesakit atau masyarakat mendapat stevia yang tulin dan sekaligus memberatkan lagi hukuman kepada salah laku penjual atau pengusaha. Bukan hanya mendenda RM100 ribu sahaja. Malah ditambahkan lagi dengan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan kerana perkara ini membabitkan kesihatan masyarakat.
WhatsApp Image 2017-03-29 at 1.38.01 PMWhatsApp Image 2017-03-29 at 1.38.03 PM WhatsApp Image 2017-03-29 at 1.38.04 PM

Tuesday, March 28, 2017

3575) PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT - BERITA HARIAN - 28/3/2017


Kuala Lumpur : Hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pengeluar, pengedar dan penjual produk kesihatan palsu yang dikatakan kini berlambak di pasaran. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak seharusnya berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam industri ini kerana pihak yang rugi adalah pengguna.

" Bukan setakat siasat dan rampas barangan, malah pengeluar, pengedar dan penjual perlu dikenakan hukuman yang lebih berat jika terbukti bersalah. " Hukuman denda wang tunai tidak  menjadi halangan kerana mereka boleh membayarnya.

Saranan saya biarlah hukuman itu dalam bentuk denda dan penjara, mungkin ia mampu menginsafkan pesalah," katanya mengulas pendedahan BH berhubung cecair Stevia palsu, semalam. Nadzim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan amat dasyat dan menyedihkan. lebih-lebih lagi kerana menipu pengguna yang mahu memulihkan pernyakit mereka. "

Pengguna membeli stevia untuk sihat tetapi pernyakit mereka bertambah parah apabila menggunakannya. Ini bukan sahaja stevia, malah banyak kes madu lebah palsu turut diadukan kepada PPIM. Apabila kita siasat ia adalah gula semata-mata, bukan madu asli seperti didakwa. " Bagi pesakit diabetes, ia amat berbahaya kerana mereka tidak boleh mengambil gula sesuka hati kerana ia boleh memudaratkan," katanya.

 Justeru, beliau berharap kementerian memandang lebih serius penjualan produk kesihatan palsu berkenaan dan jika boleh jangan benarkan langsung berada di pasaran Malaysia.

Monday, March 27, 2017

3574)UKM, YPMN Jalin Kerjasama Laksana Program Citra Patriot Untuk Mahasiswa - Bernama - 26/03/2017

UKM, YPMN Jalin Kerjasama Laksana Program Citra Patriot Untuk Mahasiswa


BANGI, 26 Mac (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bekerjasama dengan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPMN) bagi menjalankan program Citra Patriot untuk menerapkan sifat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar.

Timbalan Naib Canselor Kerjasama Industri dan Komuniti UKM Profesor Datuk Dr Imran Ho Abdullah berkata ia adalah selaras dengan misi universiti itu untuk melahirkan para mahasiswa yang mempunyai patriotisme tinggi dan semangat cintakan negara.

Katanya, program itu juga merupakan kursus berkredit dua jam yang mana pakar-pakar YPMN bergabung tenaga dengan pensyarah untuk mengajar 150 mahasiswa dalam satu semester mengenai semangat patriotik di Malaysia.....

Sumber Dari : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1341645

3573)Programme To Instill Patriotism Among Students - Bernama - 26/03/2017


Programme To Instill Patriotism Among Students


BANGI, March 26 (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) will collaborate with the Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) to carry out the 'Patriot Citra' programme to instill love for the homeland among students.

UKM deputy vice-chancellor (Industry & Community Partnerships) Professor Datuk Dr Imran Ho Abdullah, said it is in line with the university's mission to produce students with a high sense of patriotism and love for the nation.

He said the programme is also a two-hour credit course where experts from YPNM will join forces with lecturers to teach 150 students in a semester about the spirit of patriotism in Malaysia.....

Source From: http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1341652

Wednesday, March 22, 2017

3572)DOKTOR SALAH RAWAT - PPIM - 22/03/2017

WhatsApp Image 2017-03-22 at 11.07.56 AMDOKTOR SALAH RAWAT
22 Mac 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu perjumpaan dengan pihak Hospital Islam yang terkemuka di bagi membincangkan berkenaan kes kecuaian seorang doktor terhadap pesakitnya.
Tujuan perjumpaan adalah untuk mendapatkan penjelasan dari pihak hospital berkenaan dengan seorang pesakit yang telah di bedah sebanyak tiga kali.
Difahamkan, pesakit mengatakan bahawa doktor terbabit memberi jaminan bahawa tidak akan ada pembedahan susulan selepas melakukan pembedahan yang kedua itu. Lebih mengejutkan apabila pesakit mendapati bahawa kawasan pembedahan beliau dijangkiti kuman. Justeru, doktor tersebut menasihatkan pesakit tersebut supaya menjalankan pembedahan buat kali ketiga. Pembedahan ketiga itu bertujuan membuang nanah dan kuman yang terdapat dikawasan pembedahan tersebut.
Selepas pembedahan kali ketiga dijalankan, pesakit mendapati bahawa plat besi yang dimasukkan kedalam badannya terkeluar dari tempat asal. Oleh itu, doktor yang sama mencadangkan agar beliau sekali lagi menjalankan pembedahan buat kali keempat. Tujuan pembedahan ini adalah untuk mengeluarkan semula plat besi tersebut.
Didalam perbincangan itu, pihak hospital mengatakan bahawa doktor yang bertanggungjawab diatas pembedahan itu telah menjalankan pembedahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Bagi kes ini, pihak hospital enggan bertanggungjawab dan menyatakan bahawa setiap kesilapan dan soalan hendaklah dirujuk kepada doktor tersebut. Oleh itu, pihak PPIM akan mengadakan satu pertemuan bersama doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang dilakukannya.
WhatsApp Image 2017-03-22 at 11.07.57 AM WhatsApp Image 2017-03-22 at 11.08.00 AM WhatsApp Image 2017-03-22 at 11.41.35 AM WhatsApp Image 2017-03-22 at 11.41.36 AM

3571) Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) : Ambil Tahu Hak Anda - Tv3 - 21/03/2017

21/03/2017 : Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan (Toqqi) dan Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd Bakri Ibrahim diundang untuk menjadi panel wawancara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) membincangkan tajuk “Ambil Tahu Hak Anda” secara siaran lansung di Tv3. Terdapat pelbagai cara penipuan yang dilakukan oleh segelintir peniaga. Oleh itu, Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd Bakri Ibrahim memberi penjelasan ringkas berkenaan 8 hak asasi pengguna iaitu : • Hak mendapat keperluan asas. • Hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat. • Hak mendapatkan maklumat. • Hak membuat pilihan
 Hak untuk menyuarakan pendapat. • Hak mendapat ganti rugi. • Hak mendapat pendidikan pengguna. • Hak hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. Jika pengguna memahami setiap hak yang termaktub, maka pengguna akan selamat. Itulah penjelasan yang diberikan untuk pengguna oleh beliau. Satu situasi dikemukan dimana banyak kes penipuan diatas talian. “Segelintir peniaga akan cuba apa saja untuk menjual produk mereka. Kami menasihati agar pengguna memilih dan berurusan dengan syarikat yang sudah mempunyai pengalaman dan reputasi yang baik” jelas Toqqi. Ini adalah untuk mengelak dari ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak beretika dan jika terdapat aduan yang ingin dikemukakan, mudah bagi pihak KPDNKK untuk mengambil tindakan. “Setiap syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia hendaklah mendaftar terlebih dahulu” kata Mohd Bakri menjelaskan bahawa syarikat yang berada di luar Malaysia, KPDNKK tidak dapat mengambil tindakan keatas mereka dan sama juga bagi peniaga Malaysia yang tidak berdaftar. Agak sukar untuk KPDNKK mengesan mereka bagi mengambil tindakan selanjutnya. Ketua Aktivis PPIM mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan agar pengguna tidak mengambil perkara ini secara mudah kerana kesan dikemudian hari akan mungkin akan dirasai oleh pengguna itu sendiri. WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.08.40 PM                     WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.08.42 PM WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.11.57 PM                     WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.19.14 PM

3569) LET MUSLIMS SETTLE IT - NEW STRAITS TIMES - 21/3/2017


PUTRAJAYA: Selangor Umno liaison committee chief Tan Sri Noh Omar today questioned why the opposition and several ex-Umno leaders are making a fuss over the proposed move to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, also known as RUU355. He questioned the silence from the opposition camp when RUU355 was amended in the 1980s. ""Why now? It is not new? Why didn't DAP protest when RUU355 was tabled to be amended in the 1980s? "It is merely politics. Please stop politicising the matter. This is an issue related to the Muslims and let the Muslims settle it," he told reporters after the Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry's monthly assembly today. Malaysian Islamic Strategic Research Institute (Iksim) had previously said that the move to amend RUU355, by empowering the Syariah courts to mete out tougher penalties, was to uphold the wellbeing of the 'ummah'. Iksim said the proposed amendment should be perceived as a deterrent for Muslims to commit any wrongdoings. The RUU355 polemics taken up by certain quarters had given the impression that there were efforts to make sure Muslims would continue to transgress against the values of Islam that seemed to benefit those in the "sin" industry. Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) media adviser Tuan Asmawi Tuan Umar was quoted as saying that some Muslims had even belittled the small amount of fine they had to pay for khalwat (close proximity) offence.

Tuesday, March 21, 2017

3570) Sesi Townhall Berkenaan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor - 21/03/2017

WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.37.58 PM
Sesi Townhall Berkenaan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor bersama Yb Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin bersama dengan pihak industri dan pihak berkepentingan.
WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.37.59 PM WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.38.14 PM

3568)MENUNTUT HAK PENGGUNA / Utusan Online / 20/03/2017

MENUNTUT HAK PENGGUNA
SABAN hari kita melihat kisah-kisah tular di media sosial melibatkan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Kebanyak­an yang dilaporkan adalah kes-kes yang melibatkan penipuan, kegagalan untuk mendapatkan produk yang telah dibayar, mendapat produk yang tidak mengikut spesifikasi atau tidak selamat. Lebih kecoh lagi, pada penghujung tahun lalu, sebuah akhbar tempatan mendedahkan fenomena melibatkan penjualan kosmetik berbahaya sehinggakan ada yang menyebabkan kecacatan kepada pengguna.
Walaupun setiap daripada kita adalah pengguna, namun tidak ramai yang mengetahui hak-hak pengguna. Pengguna boleh menggunakan hak masing-ma­sing untuk membela nasib sendiri walaupun tanpa khidmat guam­an. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewujudkan Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) untuk membantu pengguna me­nuntut hak mereka tanpa perlu ke mahkamah sivil.
TTP adalah suatu badan adjudikasi bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Akta Pelin­dungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan mula berkuat kuasa pada 15 November 1999. Di bawah Seksyen 91 Akta 599, pengguna boleh membuat tuntutan kepada mana-mana individu atau syarikat berkaitan dengan aduan melibatkan barang yang dibeli atau perkhidmatan yang digajikan selagi tuntutan tersebut tidak me­lebihi RM25,000.
 
Sebelum penubuhan TTP, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah yang melibatkan prosedur rumit, kos tinggi dan memakan masa panjang. Ini antara beberapa sebab pengguna keberatan untuk membuat tuntutan terhadap peniaga atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika.
Memahami keadaan ini, TTP ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut ganti rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhid­matan dengan cara yang lebih mesra pengguna. Bagaimanapun pengguna harus bertindak segera kerana had masa untuk mengambil tindakan di TTP adalah jauh lebih pendek berbanding had masa yang dibenarkan untuk memulakan tindakan di mahkamah. Di TTP, aduan mesti difailkan dalam masa tiga tahun dari tempoh kausa tindakan itu terakru sedangkan di mahkamah, tempoh masa untuk memfailkan saman di mahkamah adalah enam tahun.
Selain itu, di bawah Bahagian II dan III Akta 599, pengguna yang mempunyai aduan berkaitan dengan barang atau perkhidmat­an yang dikatakan tidak selamat, palsu, mengelirukan atau memperdaya boleh memfailkan aduan terus kepada KPDNKK melalui telefon, laman web, surat atau datang ke Pusat Pengurusan Adu­an Pengguna (PPAP) yang ada di setiap daerah. Seksyen 25 Akta 559 memperuntukkan hukuman bagi sabitan kesalahan, yang mana jika peniaga atau pembekal perkhidmatan didapati melanggar peruntukan Bahagian II dan III, seseorang pesalah persendirian boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun. Jika peniaga adalah sebuah syarikat, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM250,000. Denda yang tinggi sepatutnya dilihat sebagai langkah pencegahan pelanggaran hak pengguna.
Pengguna juga boleh bergiat aktif dalam NGO yang melibatkan kepenggunaan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) demi memartabatkan hak pengguna di Malaysia, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Penglibat­an pengguna secara halus akan mendesak pihak peniaga atau pembekal perkhidmatan untuk mempertimbangkan kepentingan dan hak pengguna dalam barangan dan perkhidmatan mereka. Inilah senario yang dapat dilihat daripada insiden penjualan berus babi, bilamana akhir­nya peniaga-peniaga bersetuju untuk mempamerkan label yang jelas tentang kandung­an barangan yang dijual bagi menghormati desakan pengguna Islam.
Kegiatan aktivisme juga akan menekan pihak kerajaan untuk membentuk dasar yang lebih menguntungkan pengguna. Ini disahkan oleh Menteri Perdagang­an Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam penyataan di Parlimen pada 18 Mei 2016. Menurut beliau, kerajaan turut memainkan peranan dalam meningkatkan tadbir urus yang baik dalam kalangan komuniti perniagaan melalui mekanisme sokongan, galakan dan promosi melalui program-program seperti latihan dan seminar, mewujudkan Kod Etika Perniagaan Malaysia, pembangunan Instrumen Penilaian Integriti Penjaja dan Peniaga Kecil serta pelaksanaan Ikrar Integriti Korporat.
Kesedaran hak pengguna adalah penting bagi memastikan industri perkilangan dan pembekal perkhidmatan menitikbe­ratkan kualiti dan keselamatan dalam produk mereka. Ini bukan sahaja akan meletakkan kuasa beli rakyat Malaysia tepat pada tempatnya, bahkan akan melancarkan lagi pembangunan perdagang­an dalam negara kita.
PENULIS ialah pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ).

Monday, March 20, 2017

3567)BUDAYA PENGOTOR RAKYAT MALAYSIA PERLU DIUBAH – KOSMO – 20/3/2017

kosmo 20.3.2017
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim johan memberitahu , budaya pengotor masyarakat kita harus dipupuskan kerana ia merupakan cara hidup yang tidak sihat selain mengundang pelbagai kesan negetif termasuk menjadi punca pelbagai penyakit.
” Sebenarnya saya sangat geram dengan subjek ini (kebersihan)  kerana orang kita buat tidak endah sahaja. Tabiat buruk kita telah menjadi budaya yang amat buruk yang mampu mencetuskan pelbagai masalah termasuk kematian.
” Ada yang sanggup duduk makan tepi longkang. Tidak peduli walaupun keadaan menjijikan. Apabila nampak tikus lalu mereka cuma mengangkat kaki  dan terus sambung makan. Esoknya mereka pergi lagi ke kedai yang sama,” katanya kepada Kosmo!
Jelasnya, budaya pengotor di dalam kalangan masyarakt kita perlu dihentikan sebaliknya pupuklah sifat pentingkan kebersihan.
” Kanak-kanak perlu didedahkan dengan sifat pentingkan kebersihan sejak kecil lagi. Ia mungkin boleh diajar di sekolah. Ibubapa juga boleh mendidik anak-anak mereka supaya tidak membuang sampah merata-rata,” katanya.
Selain itu jelasnya, untuk memastikan pengusaha premis makanan menjaga kebersihan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti mengambil tindakan tegas terhadap perniaga makanan atau premis yang kotor.
” Mungkin PBT boleh meletakkan nombor telefon di setiap premis supaya pelanggan dapat membuat aduan manakala PBT segera mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat,” katanya.
Beliau percaya sekiranya cara itu dilakukan, peniaga akan lebih waspada terhadap tahap kebersihan  di premis mereka kerana tidak mahu tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3566)BUDAYA PENGOTOR RAKYAT MALAYSIA PERLU DIUBAH - KOSMO - 20/3/2017

                   kosmo 20.3.2017
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim johan memberitahu , budaya pengotor masyarakat kita harus dipupuskan kerana ia merupakan cara hidup yang tidak sihat selain mengundang pelbagai kesan negetif termasuk menjadi punca pelbagai penyakit. " Sebenarnya saya sangat geram dengan subjek ini (kebersihan)  kerana orang kita buat tidak endah sahaja. Tabiat buruk kita telah menjadi budaya yang amat buruk yang mampu mencetuskan pelbagai masalah termasuk kematian. " Ada yang sanggup duduk makan tepi longkang. Tidak peduli walaupun keadaan menjijikan. Apabila nampak tikus lalu mereka cuma mengangkat kaki  dan terus sambung makan. Esoknya mereka pergi lagi ke kedai yang sama," katanya kepada Kosmo! Jelasnya, budaya pengotor di dalam kalangan masyarakt kita perlu dihentikan sebaliknya pupuklah sifat pentingkan kebersihan. " Kanak-kanak perlu didedahkan dengan sifat pentingkan kebersihan sejak kecil lagi. Ia mungkin boleh diajar di sekolah. Ibubapa juga boleh mendidik anak-anak mereka supaya tidak membuang sampah merata-rata," katanya. Selain itu jelasnya, untuk memastikan pengusaha premis makanan menjaga kebersihan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti mengambil tindakan tegas terhadap perniaga makanan atau premis yang kotor. " Mungkin PBT boleh meletakkan nombor telefon di setiap premis supaya pelanggan dapat membuat aduan manakala PBT segera mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat," katanya. Beliau percaya sekiranya cara itu dilakukan, peniaga akan lebih waspada terhadap tahap kebersihan  di premis mereka kerana tidak mahu tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka

3565) TOL ELEKTRONIK TAK BANTU PENGGUNA - BERITA HARIAN - 20/3/2017

1-vert Semua syarikat pengendali lebuh raya perlu mempunyai sistem komputer sokongan yang efektif untuk mengatasi sebarang gangguan yang berlaku pada sistem bayaran tol elektronik (ETC). Ketua Aktivis Persatuan Penggguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata syarikat konsesi perlu mempunyai sistem sokongan yang membolehkan ETC terus berfungsi walaupun berlaku masalah termasuk bekalan elektrik terputus. Katanya, masalah ETC gagal berfungsi perlu diatasi dengan segera memandangkan kesemua 31 lebuh raya bertol membabitkan 177 plaza tol di seluruh negara akan menggunakan sistem itu menjelang akhir tahun ini. " Kegagalan ETC berfungsi akan menimbulkan pelbagai masalah dan implikasi kepada pengguna serta syarikat konsesi. Tidak lama lagi semua syarikat konsesi lebuh raya akan melaksanakan ETC, maka masalah ini mesti diatasi segera. " Sepatutnya syarikat konsesi sudah mempunyai sistem sokongan atau pelan alternatif untuk menangani masalah sistem bayaran terganggu atau system down. Perbanyakkan ujian dan simulasi untuk mengelak masalah sama berulang pada masa hadapan," katanya kepada BH, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian di mana ramai pengguna kenderaan terperangkap dalam tempoh lama selepas Plaza Tol Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan mengalami gangguan bekalan elektrik pada jam 9.30 malam kelmarin. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PMB) berkata, kejadian itu mengakibatkan berlaku kesesakan di laluan masuk dan keluar tol berkenaan kerana sistem elektronik tol tidak berfungsi. Bekalan elektrik bagaimanapun kembali pulih pada jam 9.50 malam tetapi sistem elektronik masih belum dapat berfungsi mengakibatkan urusan pembayaran tol dilakukan secara manual dengan anggota polis terpaksa membantu menyuraikan keadaan trafik yang bergerak pelahan. PMB yang mengendalikan Lebuh raya Utara-Selatan baru-baru ini mengumumkan bermula 26 April ini, semua transaksi di 71 lagi plaza tol lebuh raya berkenaan antara Juru di Pulau Pinang dan Skudai, Johor akan dikendalikan secara elektronik 100 peratus. Pelaksanaan ini turut membabitkan semua transaksi tol di Lebuhraya Utara-selatan Hubungan Tengah (ELITE). Ini bermakna dengan pelaksanaan itu, semua plaza tol di semua lebuh raya kendalian PMB bermula dari Bukit Kayu Hitam di Utara  hingga Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Selatan dikendalikan secara elektronik 100 peratus. Nadzim berkata insiden berkenaan  dan yang pernah terjadi sebelum ini seharusnya menjadi peringatan kepada syarikat  konsesi Lebuhraya untuk meningkatkan sistem sokongan ETC mereka. " Berdasarkan kepada pengalaman ini, syarikat konsesi perlu sedar mereka masih memerlukan tenaga manusia untuk melancarkan semula sistem bayaran tol yang tergendala akibat sebarang masalah yang berlaku, seperti terputus bekalan elektrik," katanya. Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga perlu lebih proaktif membuat pemantauan dan teguran terhadap syarikat konsesi lebuh raya untuk memastikan ETC mereka berada di dalam keadaan baik. " Ujian berkala perlu dilakukan pada semula ETC untuk memastikan sistem mereka yang guna terjamin, diselenggara dengan sempurna dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

3564) Hidup terjerat dengan 65 ah long - Utusan Online - 18/03/2017

Hidup terjerat dengan 65 ah long
Itu rekod paling tinggi dicatatkan oleh Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tahun lalu.
Masyarakat hari ini cenderung memilih ah long bagi menyelesaikan masalah kewangan dalam keadaan terdesak.
Menurut Pengarah Operasinya, \, individu itu yang merupakan seorang kakitangan bank terperangkap dengan jerat ah long pertama sehingga memaksa dirinya meminjam pula dengan ah long kedua, ketiga dan seterusnya sehingga mencecah 65 ah long.
“Pada mulanya, individu tersebut meminjam dengan ah long pertama sebanyak RM7,000. Dia berjanji membayar pinjaman itu dalam masa singkat setelah mendapat tuntutan semula insurans kemalangan berjumlah RM600,000.
 
“Mendengar jumlah itu, ah long tadi memulakan permainan mereka dengan meminta peminjam ini membayar dalam masa tiga hari selepas duit diberikan,” kata Azman Kang ketika ditemui Utusan Malaysia Sabtu baru-baru ini.
Azman berkata, setelah tiga hari, jumlah pinjaman RM7,000 tadi menjadi RM13,000.
Katanya, menyedari dia terdesak, peminjam tersebut mencari ah long yang lain untuk meminjam wang bagi membayar pinjaman kepada ah long pertama.
“Kesudahannya, jumlah kesemua ah long yang dipinjam menjadi 65 orang. Itu antara kes yang pernah unit kami kendalikan. Unit kami berbincang dengan kesemua ah long terbabit bagi membolehkan peminjam membuat pembayaran tanpa mengira kadar faedah pinjaman,” katanya.
Ada juga kes iaitu seorang peminjam meminjam dengan 41 ah long. Namun, hasil rundingan PPIM dan ah long terbabit, kes itu dapat diselesaikan dengan peminjam hanya membayar separuh daripada jumlah termasuk bunga yang sepatutnya dibayar kepada ah long.
Begitulah senario sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
Meminjam dengan ceti haram atau ah long seolah-olah menjadi pilihan utama segelintir masyarakat dan Azman Kang mengakui tindakan itu semakin meningkat dari sehari ke sehari.
“Berdasarkan pengalaman kami, lima tahun lalu, hampir tiada aduan kes melibatkan pinjaman mencecah RM100,000 oleh peminjam.
“Tetapi pada tahun lalu dan tahun ini, jumlah pinjaman dibuat pengadu, ada yang mencecah jutaan ringgit,” katanya yang memberitahu ada kes melibatkan hutang ah long berjumlah jutaan ringgit berjaya diselesaikan.
Kata Azman Kang, selama 11 tahun unit banteras itu diwujudkan, mereka telah berurusan dengan ribuan ah long dalam usaha membantu menjadi orang tengah terhadap peminjam yang menjadi mangsa perangkap ah long.
Manakala jumlah pengadu yang datang ke unit itu tahun lalu sehingga kini pula mencecah 1,500 mangsa.
“Kami nasihatkan orang ramai, elakkan meminjam daripada ah long. Bagi yang sudah terjerat, datang temui kami untuk dibantu.
“Bukan bantuan kewangan tetapi kami menawarkan khidmat berunding dengan ah long agar peminjam dapat membuat pembayaran tanpa kadar bunga yang terlalu mencekik darah,” katanya.
 

3563)Taktik simbah cat, tampal kad pengenalan - Utusan online - 18/03/2017

Taktik simbah cat, tampal kad pengenalan
SIMBAH cat merah dan tampal kad pengenalan di tempat awam merupakan taktik paling biasa dan banyak digunakan ah long bagi memeras peminjam supaya membayar semula pinjaman.
Taktik itu berjaya menakut-nakutkan peminjam yang trauma melihat simbahan cat merah seumpama darah penuh di pintu rumah atau kenderaan.
Begitu juga dengan tindakan ah long menampal salinan kad pengenalan dalam saiz tulisan besar di tempat awam agar peminjam berasa malu dan segera membayar pinjaman kepada ah long.
 
Itu antara didedahkan Timbalan Pengarah Operasi Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Raja Haikal Raja Hakimi yang menganggap taktik tersebut paling biasa digunakan golongan ah long bagi mengutip bayaran pinjaman.
“Bagi peminjam, taktik ini amat menakutkan dan memalukan mereka,” katanya yang memberitahu long terpaksa melakukan sedemikian bagi mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, lebih-lebih lagi peminjam yang liat mahu membayar semula.

Saturday, March 18, 2017

3562) PERANGKAP AH LONG - UTUSAN MALAYSIA - 18/3/2017

                                    utusan malaysia 18.3.2017 1 utusan malaysia 18.3 new " JIKA TERIMA ANCAMAN, BUAT ADUAN KE PPIM " Unit Banteras Ceti Haram. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil membantu masyarakat keluar daripada dibelenggu masalah hutang dengan ah long atau ceti. PPIM memberitahu, mangsa yang menerima ancaman perlu datang ke pejabatnya di 70x, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen pinjaman dan bukti untuk siasatan lanjut. Selain itu, pembayaran balik pinjaman dilakukan menerusi akaun bank yang ditentukan unit tersebut.Katanya. pengadu tidak dibenarkan membuat sendiri pembayaran atau melalui sebarang akaun lain,selain yang telah ditetapkan unit tersebut. Juru akaun yang ditugaskan akan memantau kesemua aktiviti pembayaran balik yang dibuat pengadu kepada ah long atau ceti, manakala semua pegawai tidak dibenarkan memegang wang.

3561) Jihad Ariz celik al-Quran - Sinar Online - 17/03/2017

Jihad Ariz celik al-Quran
"SAYA pernah berasa tertekan apabila syarikat yang dipelopori dan perjuangkan sebelum ini telah dimiliki oleh pihak lain," kata perintis e-pembelajaran, Ariz Ramli  yang berkongsi pengalaman hidupnya bersama team Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, baru-baru ini.
"Dalam kesedihan itu, saya menghubungi sifu saya, Datuk Nadzim Johan sebagai Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk berkongsi kesedihan. Beliau menasihatkan saya agar jangan fikirkan perkara tersebut dan reda sahaja.
"Biasanya kalau rasa tertekan atau rasa susah, kita akan ingat dan cari Tuhan. Saya tak malu untuk mengakuinya. Suatu pagi, terlintas di fikiran saya untuk mengaji.
"Namun saya hairan apabila tidak menemui sebarang aplikasi dan laman web yang boleh membantu saya untuk mengaji. Apa yang saya temui adalah domain mengaji.com untuk dijual," ujarnya yang menceritakan titik permulaan sebagai pemilik laman web tersebut.
Ariz yang lebih dikenali dengan panggilan Caprice telah melibatkan dunia hiburan sebagai penyanyi rap seawal usia 16 tahun. Pelantun lagu Damansara, Watlek Watpeace dan Xde Hal Bro ini turut mengharumkan nama negara dengan bakat seninya di peringkat global.
Di sebalik kehidupan dalam dunia glamor, jauh di sudut hati Ariz semangatnya berkobar-kobar untuk memperkasakan golongan muda dengan ilmu. Berslogankan Jihad in Education, Ariz yang pernah memperkenalkan e-pembelajaran, kini memfokuskan mengaji.com untuk mengajak orang ramai mendekati al-Quran.
Ariz dengan kerjasama rakan programmer telah membuat animasi yang ada jawi dan rumi serta terjemahan seperti karaoke (nyanyi dan ikut) untuk aplikasi mengaji.com.
"Saya juga mendapatkan khidmat Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman untuk merakam bacaan al-Quran. Selepas siap, saya kongsikan dengan ahli keluarga dan minta pendapat mereka.
"Pada awalnya mereka tak percaya yang saya bina sistem tersebut. Itulah permulaan sistem mengaji.com. Saya mahu menyediakan pakej mengaji jenama Islam yang sesuai untuk mudah dan seronok untuk mendekati golongan yang baru hendak belajar.
"Sebenarnya ramai orang seperti saya yang malu hendak belajar mengaji semula. Saya banyak buat kajian dan mendapati ramai pembaca al-Quran di seluruh dunia," ujar beliau yang menggunakan perkataan mengaji untuk dijenamakan ke peringkat global.
Baru-baru ini, Ariz telah mendapat kerjasama daripada Muzammil Hasballah untuk merakam bacaan 36 surah di studio, selain Ustaz Ahmad Tarmizi dan Jibril Wahab dari Perancis untuk dimasukkan dalam aplikasi. Inilah permulaan Ariz dalam mempakejkan dan menjenamakan mengaji.com.
Gegar dunia
"Saya ingin menerajui budaya mengaji dalam kalangan Muslim. Ini sebagai jihad saya. Ada orang berimej ustaz atau ustazah. Mereka yang kurang pendidikan agama mungkin berasa rendah diri untuk mendekati golongan tersebut.
"Kita sepatutnya menolong antara satu sama lain kerana setiap manusia itu sama, cuma yang membezakan adalah takwa mereka.
"Saya ingin meruntuhkan jurang perbezaan antara golongan orang beragama dan orang awam. Melalui platform mengaji.com, diharapkan semua pihak boleh bekerjasama dan membawa budaya al-Quran untuk memajukan umat Islam di mata dunia," katanya.
Menurut Ariz, dahulu, ramai cendekiawan Islam tercatat dalam peta dunia. Tapi kini kebanyakan inovasi masa kini seperti Apple, Alibaba, Uber, Facebook dipelopori oleh orang bukan Islam. Sedangkan masyarakat Islam hari ini lebih sibuk bergaduh antara satu sama lain.
Beliau berkata laman web www.mengaji.com yang baru dibina sejak dua bulan lalu dan akan dilancar Ramadan ini. Ia mengandungi segmen motivasi, mengaji dalam tulisan jawi dan rumi. Pengguna boleh belajar al-Quran di mana teknologi tersebut akan menganalisis suara sama graf atau tidak dengan ustaz. Pengguna boleh melihat skor yang diperoleh rakaman suara tersebut.
"Saya sangat teruja untuk melancarkan mengaji.com, semoga aplikasi ini menjadi perjuangan terbesar saya kepada umat Islam.
"Untuk perancangan akan datang, saya mahu bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan syarikat penyiaran untuk orang ramai memanfaatkan mengaji.com dengan lebih meluas.
"Saya berharap dengan adanya aplikasi tersebut, ia boleh mencetuskan budaya membaca al-Quran sepanjang hayat. Seterusnya untuk visi jangka panjang, saya mahu memperkasakan Muslim bagi  menggegar dunia," kata Ariz yang menyokong World #QuranHour pada 9 Zulhijjah 1438H.
Sumber Dari: http://www.sinarharian.com.my/mobile/rehal/jihad-ariz-celik-al-quran-1.644917

Friday, March 17, 2017

3560) DR ZAKIR NAIK BUKAN PENGGANAS! - PPIM - 17/03/2017

ANTI-ZAKIR NAIK ATAU ANTI-ISLAM
Kedatangan beliau kali ini sekali lagi ditentang oleh kumpulan yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi manusia, yang sebelum ini pernah memperjuangkan pluralisme agama dan kebebasan seks (LGBT). Kumpulan yang sama juga pernah menyaman usul Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
Jika diteliti secara fakta, dakwaan ini telah dijawab oleh Dr Zakir. Beliau menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana gerakan pengganas. Video yang tersebar mengatakan beliau menyokong al-Qaeda juga sebenarnya telah dipalsukan. Beliau turut meminta segala isi ceramah dan programnya diteliti adakah benar beliau menganjurkan keganasan. Malah beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk pihak keselamatan Malaysia. Kenyataan ini diambil dari laman sesawang Malaysia Today Online.
Oleh itu, pada 11 Mac 2017 Dr Zakir Naik sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau dan keluarga bukan pengganas dan yayasannya tidak menyumbang apa-apa sumbangan kepada aktiviti pengganas. Ini terbukti apabila yayasan dibawa naungannya menghantar laporan laporan kewangan kepada kerajaan india dan disahkan tiada apa-apa pembiayaan kepada pengganas.
Beliau menyatakan bahawa Islam adalah satu agama keamanan dan juga satu agama yang mengajar cara hidup. Sebagai seorang Islam, kita mampu melihat bahawa sememangnya islam adalah satu agama yang mengajarkan umatnya dengan kasih sayang bukan keganasan. Didalam setiap ceramah Dr Zakir Naik, beliau tidak pernah mengajar pendengar dan pengikutnya untuk melakukan keganasan kerana perlakuan itu bercanggah dengan ajaran islam. Jadi, persoalannya adalah bagaimana seorang pendebat agama Islam yang memegang islam sebagai cara hidup dikatakan sebagai pengganas?
SUMBER DARI : http://www.malaysia-today.net/anti-zakir-naik-atau-anti-islam/

Thursday, March 16, 2017

3559)Jangan hina Islam! - METRO ONLINE - 14/3/2017

Jangan hina Islam!

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat kenyataan berbaur hasutan dan menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dikeluarkan secara berleluasa dan terbuka itu akan merosakkan keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.
Katanya, beliau berharap polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melakukan perkara seumpama itu supaya tidak menjadi ikutan penganut agama lain termasuk Islam sendiri.
“Kami sangat terkesan dengan kenyataan menghina Islam oleh rakyat negara ini sendiri kerana Islam agama Persekutuan dan perbuatan itu umpama menghina Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama di negara ini.
“Kami berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap individu yang menghasut dan menghina agama supaya isu seperti ini lenyap serta tidak mencetuskan perbalahan atau konflik kaum di negara ini,” katanya pada sidang media program Hasutan Ancam Keharmonian di Kondominium Villa Puteri, di sini, semalam.
Majlis itu diadakan susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam mengeluarkan kenyataan ‘Firstly, Islam was never a religion of PEACE’ (Islam bukan agama keamanan) di laman sosial Facebook miliknya, kelmarin.
Kenyataan tidak berasas itu mengundang kecaman orang ramai kerana melakukan provokasi agama dan bersifat memecah- belahkan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini.
Menurut Nadzim, tindakan itu dilabelkan sebagai keterlaluan dan jika perbuatan fanatik berkenaan ditanamkan dalam jiwa masyarakat negara berbilang kaum, perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
Katanya, susulan itu, pihaknya bersama beberapa NGO membuat tujuh laporan polis supaya perkara itu disiasat dengan teliti serta dikenakan tindakan tegas terhadap pelaku.
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, tindakan mereka menggesa polis mengambil tindakan terhadap Raveentharan bukan bersifat anti-Hindu sebaliknya mahu mengelakkan konflik kaum.
Sementara itu, kenyataan Raveentharan kelmarin turut dipersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid melalui Twitter meminta Raveentharan tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataan berbaur provokasi agama.
Raveentharan kemudian segera memadam status berkenaan dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook miliknya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 9:07 AM

3558) Hentikan segera penghinaan terhadap agama Islam - NGO - 14 MAC 2017

Hentikan segera penghinaan terhadap agama Islam - NGO copy
KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam menyelar tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban dari PKR, S Raveentharan yang menghina Islam apabila mendakwa Islam bukanlah agama yang membawa kepada keamanan.
NGO berkenaan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID) mahu pihak berkuasa bertindak segera menangani isu berkenaan dan memastikan perkara itu tidak berulang.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bimbang dan terkesan dengan kenyataan yang disifatkan tidak masuk akal dan tidak sepatutnya berlaku dan tidak seharusnya keluar daripada seorang yang berpendidikan tanpa menggunakan akal.
"Ini adalah kenyataan tidak sesuai dan tidak masuk akal mengatakan Islam adalah agama yang tidak aman. Perkara ini juga mendatangkan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Raveentharan mengeluarkan kenyataan menghina Islam itu di Facebooknya. Kenyataan itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta beliau memberikan penjelasan, selain mengarahkan satu siasatan dilakukan.
Sementara itu Presiden MHO, Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata beliau bimbang jika isu berkenaan tidak diambil peduli, peristiwa di Ayodhya, India pada 1952 yang menyaksikan ratusan ribu pengikut Hindu berarak menentang Islam sehingga menyebabkan 2,000 terkorban serta Masjid Babri yang menjadi simbol keislaman dan keharmonian runtuh akan berulang.
"Jika perkara ini ada kena mengena dengan unsur politik, maka cukup-cukuplah menggunakan perkara ini sebagai cara untuk memecahbelahkan keharmonian di negara kita," katanya.
Timbalan Pengerusi PEMBELA, Mahmud Hishamuddin, berkata kenyataan Raveentharan yang menuduh Islam agama permusuhan ibarat mencabar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Islam adalah agama Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Wednesday, March 15, 2017

3557)Rancangan My Halal 2017 : Virus Maya E-Aduan - RTM Tv 1 - 15/03/2017


Hari ini Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan (Toqqi) dan Ketua Seksyen Harta Inteleks Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Hj. Rosli B. Ahmad dipanggil untuk wawancara dalam rancangan My Halal 2017 bertajuk Virus Maya di RTM TV 1.
Perbincangan ini berkaitan dengan isu-isu halal yang telah dilaporkan kepada KDNKK dan PPIM.
"Pada masa itu, betul tepung itu tertulis mangandungi Benzoyl Peroxide, tapi sekarang sudah tiada." Toqqi memberi contoh dimana pada masa itu terdapat beberapa pengeluar tepung menulis dan menggunakan benzoat didalam produk mereka akan tetapi kini sudah tidak lagi. Oleh itu, setiap informasi yang diterima berkenaan halal hendaklah diperiksa terlebih dahulu sebelum menggunakannya dan memeriksa kesahihan informasi sebelum menyebarkannya kepada rakan.
Dalam masa rancangan masih lagi keudara secara langsung Toqqi mengambil kesempatan untuk melontarkan cadangan yang telah dicadangkan beliau sebelum ini iaitu untuk setiap produk yang mengandungi unsur-unsur babi dan anjing  hendaklah di cop atau label dengan gambar haiwan tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pengguna yang mempunyai masalah membaca.
selain itu, Toqqi juga mencadangkan agar Jakim dijadikan sebagai sebuah Badan Kementerian dan selain itu mempercepatkan akta-akta halal.
Dengan ini, kita sebagai pengguna hendaklah lebih bijak dalam memilih produk dan menimba ilmu dalam hak-hak kepenggunaan.
WhatsApp Image 2017-03-15 at 6.31.58 PMWhatsApp Image 2017-03-15 at 6.32.43 PM

3556) Sidang Media : Dr Zakir Naik Dr Zakir Naik Dikatakan Sebagai Pengganas? - 11/3/2017

Pengasas Islamic Research Foundation (IRF), Dr Zakir Naik telah menerima tawaran pulau oleh kerajaan negeri Terengganu untuk dijadikan Pusat Penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara.

Didalam sidang media yang diadakan pada 11 Mac itu, Dr Zakir Naik akan mempertimbangkan tawaran yang telah ditawarkan itu demi manjaga hati pihak-pihak dan negara-negara yang menawarkan tawaran yang menarik kepada beliau. Namun, pengasas IRF ini akhirnya menerima tawaran daripada kerajaan Terengganu itu.
Selain itu, ditanya kepada beliau berkenaan dengan isu beliau di cop sebagai pengganas. Beliau berkata “ramai insan yang ingin menghalang Kemanan (Islam) dimata dunia. Mereka tahu seorang yang datang dengan aman dan ingin menyebarkan Keamanan (Islam). Mereka akan cuba menjejaskan misi saya.”
Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan putus asa untuk berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun beliau menerima tentangan dari beberapa pihak.
Merujuk kepada berita dunia pula, ahli keluarga Dr Zakir Naik disoal tentang penglibatan dan memberi peruntukan kepada sekumpulan pengganas. Namun, didalam kenyataannya mengatakan bahawa kerajaan india telah meminta rekod kewangan dari Yayasan Pendidikan Islam (IRF). Ternyata bahawa tiada apa-apa penglibatan IRF dalam keganasan.
Dr Zakir Naik juga menasihatkan semua agar mendengar yang teliti dan menerima dengan hati yang terbuka setiap pesanan yang diberikan. Mereka yang menentang akan lebih memahami Islam dengan lebih baik
IMG_5573 copyIMG_5593 copy

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL