Showing posts with label SINAR ONLINE. Show all posts
Showing posts with label SINAR ONLINE. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

3647) Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang? - Sinnar Online - 24/04/2017

EJEN pengutip hutang. Melalui namanya sahaja kita sudah maklum, tugas mereka ini mengutip hutang pelanggan yang liat menyelesaikan pinjaman pada waktunya.
Tidak dinafikan bahawa pekerjaan ejen pengutip hutang ni boleh dilakukan dengan cara yang baik, tetapi apa yang dilaporkan, ada di antara mereka mereka bekerja dengan melanggar etika dan hubungan sesama manusia.
Ejen yang tidak beretika inilah yang bertindak memarahi penghutang tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara. Memaksa penghutang menjelaskan sebahagian hutang dalam tempoh yang singkat.
Tidak cukup dengan itu, seluruh ahli keluarga penghutang turut dihubungi, mereka turut menerima tempias ugutan. Saman, rumah disita, kereta di tarik, lawatan ke tempat kerja.
Persoalannya siapakah mereka ini. Adakah mereka bekerja dengan agensi berdaftar dan berlesen?
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, bermula Januari tahun ini sehingga kini, pihaknya menerima lebih 1,000 aduan berkaitan ejen pengutip hutang.
“Kesemua kes yang diterima adalah dari sekitar Lembah Klang sahaja. Ini belum lagi aduan daripada negeri dan kes yang tidak laporkan kepada kami.
“Aduan paling banyak diterima berkaitan kenderaan, menerima panggilan telefon daripada ejen mewakili gedung perabot. Jadual pembayaran tidak boleh diubah mengikut kemampuan pengguna.
“Peminjam pinjaman perumahan pula diugut rumah akan dilelong. Pengguna pula hanya memberi notis singkat. Tidak sekadar itu, jika gagal bayar, pengguna berdepan isu bankrap,” katanya.
Tiada apa yang mustahil. Pengguna juga diugut nama mereka akan disenaraihitamkan di Data Systems Sdn Bhd (CTOS) jika gagal menjelaskan sebahagian bayaran dalam tempoh tertentu.
Bagi ‘menghalalkan’ kaedah mengutip hutang, ejen bertindak menghubungi penghutang hampir setiap hari.
Menurut Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang, tidak boleh menghubungi peminjam lebih dari tiga kali seminggu atau 12 kali sebulan, jika peminjam telah menjawab panggilan telefon.
“Tidak cukup dengan kaedah menelefon, ejen ini boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja, sama ada pegawai bank, peguam atau menggunakan gelaran tertentu seperti ‘tuan haji’, ‘puan hajjah’, datuk dan datin.
“Ada juga yang menyamar sebagai pegawai polis, tetapi mereka sebenarnya adalah ejen pengutip hutang. Menyamar memang perkara biasa bagi mereka,” katanya.

Identiti ejen meragukan

Sebahagian besar daripada kes diterima, ejen pengutip hutang gagal menunjukkan bukti atau kad kuasa sebagai pengenalan dirinya.
Ejen-ejen ini juga gagal menunjukkan salinan dokumen pelantikan atau surat kuasa yang dikeluarkan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang diwakili mereka ketika menuntut hutang.
“Beberapa kes diterima, ejen sekadar menunjukkan surat penarikan kereta atau dokumen kononnya perintah mahkamah. Jika ingkar tindakan akan diambil. Tiada budi bicara atau belas ehsan.
“Tidak dinafikan ejen pengutip hutang diperlukan dalam keadaan penghutang terlalu liat menyelesaikan pinjaman. Culas dan mengelak membayar pinjaman. Tetapi, jika kaedahnya tidak betul, mengugut, datang tanpa uniform atau kenderaan rasmi syarikat, itu sudah salah. Tidak beretika,” katanya.
Tegas Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang sepatutnya mempunyai kad kuasa. Kad kuasa itu pula perlu tertera nama agensi pengutip hutang dan maklumat untuk dihubungi.
Kad kuasa itu juga perlu menjelaskan nama penyedia perkhidmatan kewangan, nama ejen serta nombor kad pengenalan dan gambar pengutip hutang.
“Penyedia perkhidmatan kewangan seperti bank, gedung perabot, atau pusat membeli belah yang menawarkan pinjaman kredit, perlu memastikan agensi pengutip hutang luar yang dilantik tidak menyerahkan tugas mengutip hutang kepada mana-mana pihak ketiga secara sub kontrak,” katanya.
Buat laporan kepada pihak berkuasa
PENGHUTANG dinasihatkan agar menghubungi pihak berkuasa seperti polis atau bank negara sekiranya ada ejen pengutip hutang bertindak secara tidak berhemah.
“Contohnya, jika ejen itu berada dalam kawasan rumah peminjam atau di tempat kerja lebih lama dari yang perlu dan tidak beredar apabila diminta berbuat demikian.
“Ejen pengutip hutang tidak boleh masuk ke rumah atau hartanah tanpa dijemput atau masuk secara paksa,” katanya.
Tegas Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang juga tidak boleh memusnahkan atau memindahkan secara paksa mana-mana barangan peribadi kepunyaan mana-mana peminjam.
“Mereka dilarang sama sekali mengancam, mengugut atau menyiarkan kegagalan mana-mana peminjam untuk membayar hutang, atau menyebarkan sebarang maklumat peminjam kepada mana-mana pihak ketiga.
“Pengguna juga dinasihatkan membuat laporan jika ejen pengutip hutang menampal poster atau menulis di rumah mana-mana peminjam bagi tujuan memalukan penghutang,” katanya.
Ejen pengutip hutang juga tidak boleh mengganggu keluarga peminjam, saudara mara, jiran, rakan mahupun majikan dalam apa juga bentuk atau komunikasi bagi tujuan mendapatkan lokasi peminjam.
Muhammad Yusuf bagaimanapun, mengakui, isu-isu membabitkan ejen pengutip hutang mengambil masa yang lama untuk selesai.
“Ada yang bertahun-tahun ambil masa untuk selesai. Pengguna boleh buat aduan kepada Majlis Peguam, kepada pihak polis, KPDNKK, tetapi kes tidak boleh selesai dalam kadar segera.
“Pengguna sendiri sebenarnya tidak tahu ke mana kes mereka boleh dirujuk apabila berlaku penipuan oleh ejen pengutip hutang itu sendiri. Kerana itu PPIM memainkan peranan tegas, membantu pengguna,” katanya.
Tambah Muhammad Yusuf, penghutang bagaimanapun bertanggungjawab menguruskan kewangan mereka. Tetapi ejen pengutip hutang pula perlu patuhi etika mengutip hutang bukan buat ikut suka.
*Dapatkan laporan penuh di akhbar Sinar Harian hari ini
Sumber Dari : 
http://www.sinarharian.com.my/rencana/siapa-sebenarnya-ejen-pengutip-hutang-1.664581
Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang

Tuesday, April 11, 2017

3598) Izzah ajak MP perangi ah long - Sinar Online - 11/4/2017

SHAH ALAM - Kesedaran terhadap ancaman pinjaman ah long masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan Melayu.
Terpanggil mengenai perkara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganjurkan forum 'Bahaya Ancaman Ah Long' di Parlimennya yang berlangsung semalam.
"Alhamdulillah kita berjaya mengadakan forum ini, di mana kita turut memanggil Dr Izham, wakil pakar motivasi dan pembanterasan gejala ah long daripada PPIM.
"Di kesempatan ini penduduk sekitar Lembah Pantai berpeluang mendengar sendiri tentang kengerian mangsa ah long menerusi penerangan  informatif oleh mereka," katanya kepada Sinar Online.
Berkongsi lanjut, Nurul Izzah berkata, menerusi forum itu, PPIM mendedahkan hampir 80 peratus daripada aduan yang diterima oleh pertubuhan itu adalah berkenaan pinjaman ah long daripada masyarakat Melayu, di mana ada di antara mereka yang terjebak dengan jenayah perjudian.
"Oleh itu saya akan minta kawan-kawan Parlimen saya dari Parlimen Batu dan Wangsa Maju untuk meneruskan program ini dan saya sendiri akan meneruskan program sebegini menerusi program jelajah seluruh KL untuk menyahkan warga kota daripada bahaya ah long," katanya.
Sumber Dari : 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/izzah-ajak-mp-perangi-ah-long-1.656811
Izzah ajak MP perangi ah long
Sumber Dari: http://www.sinarharian.com.my/nasional/izzah-ajak-mp-perangi-ah-long-1.656811

Saturday, March 18, 2017

3561) Jihad Ariz celik al-Quran - Sinar Online - 17/03/2017

Jihad Ariz celik al-Quran
"SAYA pernah berasa tertekan apabila syarikat yang dipelopori dan perjuangkan sebelum ini telah dimiliki oleh pihak lain," kata perintis e-pembelajaran, Ariz Ramli  yang berkongsi pengalaman hidupnya bersama team Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, baru-baru ini.
"Dalam kesedihan itu, saya menghubungi sifu saya, Datuk Nadzim Johan sebagai Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk berkongsi kesedihan. Beliau menasihatkan saya agar jangan fikirkan perkara tersebut dan reda sahaja.
"Biasanya kalau rasa tertekan atau rasa susah, kita akan ingat dan cari Tuhan. Saya tak malu untuk mengakuinya. Suatu pagi, terlintas di fikiran saya untuk mengaji.
"Namun saya hairan apabila tidak menemui sebarang aplikasi dan laman web yang boleh membantu saya untuk mengaji. Apa yang saya temui adalah domain mengaji.com untuk dijual," ujarnya yang menceritakan titik permulaan sebagai pemilik laman web tersebut.
Ariz yang lebih dikenali dengan panggilan Caprice telah melibatkan dunia hiburan sebagai penyanyi rap seawal usia 16 tahun. Pelantun lagu Damansara, Watlek Watpeace dan Xde Hal Bro ini turut mengharumkan nama negara dengan bakat seninya di peringkat global.
Di sebalik kehidupan dalam dunia glamor, jauh di sudut hati Ariz semangatnya berkobar-kobar untuk memperkasakan golongan muda dengan ilmu. Berslogankan Jihad in Education, Ariz yang pernah memperkenalkan e-pembelajaran, kini memfokuskan mengaji.com untuk mengajak orang ramai mendekati al-Quran.
Ariz dengan kerjasama rakan programmer telah membuat animasi yang ada jawi dan rumi serta terjemahan seperti karaoke (nyanyi dan ikut) untuk aplikasi mengaji.com.
"Saya juga mendapatkan khidmat Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman untuk merakam bacaan al-Quran. Selepas siap, saya kongsikan dengan ahli keluarga dan minta pendapat mereka.
"Pada awalnya mereka tak percaya yang saya bina sistem tersebut. Itulah permulaan sistem mengaji.com. Saya mahu menyediakan pakej mengaji jenama Islam yang sesuai untuk mudah dan seronok untuk mendekati golongan yang baru hendak belajar.
"Sebenarnya ramai orang seperti saya yang malu hendak belajar mengaji semula. Saya banyak buat kajian dan mendapati ramai pembaca al-Quran di seluruh dunia," ujar beliau yang menggunakan perkataan mengaji untuk dijenamakan ke peringkat global.
Baru-baru ini, Ariz telah mendapat kerjasama daripada Muzammil Hasballah untuk merakam bacaan 36 surah di studio, selain Ustaz Ahmad Tarmizi dan Jibril Wahab dari Perancis untuk dimasukkan dalam aplikasi. Inilah permulaan Ariz dalam mempakejkan dan menjenamakan mengaji.com.
Gegar dunia
"Saya ingin menerajui budaya mengaji dalam kalangan Muslim. Ini sebagai jihad saya. Ada orang berimej ustaz atau ustazah. Mereka yang kurang pendidikan agama mungkin berasa rendah diri untuk mendekati golongan tersebut.
"Kita sepatutnya menolong antara satu sama lain kerana setiap manusia itu sama, cuma yang membezakan adalah takwa mereka.
"Saya ingin meruntuhkan jurang perbezaan antara golongan orang beragama dan orang awam. Melalui platform mengaji.com, diharapkan semua pihak boleh bekerjasama dan membawa budaya al-Quran untuk memajukan umat Islam di mata dunia," katanya.
Menurut Ariz, dahulu, ramai cendekiawan Islam tercatat dalam peta dunia. Tapi kini kebanyakan inovasi masa kini seperti Apple, Alibaba, Uber, Facebook dipelopori oleh orang bukan Islam. Sedangkan masyarakat Islam hari ini lebih sibuk bergaduh antara satu sama lain.
Beliau berkata laman web www.mengaji.com yang baru dibina sejak dua bulan lalu dan akan dilancar Ramadan ini. Ia mengandungi segmen motivasi, mengaji dalam tulisan jawi dan rumi. Pengguna boleh belajar al-Quran di mana teknologi tersebut akan menganalisis suara sama graf atau tidak dengan ustaz. Pengguna boleh melihat skor yang diperoleh rakaman suara tersebut.
"Saya sangat teruja untuk melancarkan mengaji.com, semoga aplikasi ini menjadi perjuangan terbesar saya kepada umat Islam.
"Untuk perancangan akan datang, saya mahu bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan syarikat penyiaran untuk orang ramai memanfaatkan mengaji.com dengan lebih meluas.
"Saya berharap dengan adanya aplikasi tersebut, ia boleh mencetuskan budaya membaca al-Quran sepanjang hayat. Seterusnya untuk visi jangka panjang, saya mahu memperkasakan Muslim bagi  menggegar dunia," kata Ariz yang menyokong World #QuranHour pada 9 Zulhijjah 1438H.
Sumber Dari: http://www.sinarharian.com.my/mobile/rehal/jihad-ariz-celik-al-quran-1.644917

Thursday, February 9, 2017

3419) LOGO PRODUK BERKAITAN HAIWAN: MUDAH KEFAHAMAN PENGGUNA - SINAR ONLINE - 8/2/2017


LOGO PRODUK BERKAITAN HAIWAN: MUDAH KEFAHAMAN PENGGUNA
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan melaksanakan penggunaan logo dan label yang bersesuaian pada setiap produk berkaitan haiwan yang dijual di pasaran.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, ia bertujuan memudahkan pengguna mengetahui maklumat mengenai sesuatu produk dengan lebih terperinci dan mengelakkan kekeliruan terhadap pengguna.
"Sebagai pengguna kita perlu mempunyai hak untuk mengetahui dan hak untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu barangan yang dibeli...kalau hak mendapat maklumat tak ada seperti sekarang maka ianya menyusahkan sebab kita tak tahu produk itu dibuat daripada apa.
"Ini bukan sahaja untuk kebaikan orang Islam tetapi juga untuk kaum lain kerana ada sesetengah bahan yang kita tak boleh makan bukan kerana halal atau haram, tetapi kerana alahan dan ada juga pengguna vegetarian, jadi setiap produk dan barang yang dijual kena ada logo dan mempunyai label," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas mengenai isu lambakan produk bulu babi yang dijual di pasaran.
Nadzim berkata, sekiranya logo atau label dipamerkan pada setiap barangan yang dijual, ianya akan lebih memudahkan pengguna.
"Kalau guna kod dan label biasa tanpa menggunakan gambar, memang pengguna tidak akan tahu produk tersebut dibuat daripada apa. Tetapi kalau ada logo gambar, semua orang akan tahu dan mereka (pengguna) boleh membuat pilihan masing-masing," katanya.  
Menurutnya kerajaan perlu tegas dalam menangani isu penggunaan produk yang dihasilkan daripada babi memandangkan ianya telah berlanjutan hampir 20 tahun.
"Sebenarnya, isu penggunaan babi memang dah lama dan kita juga turut menerima banyak aduan sejak 20 tahun lalu...apa yang paling dikhuatiri ialah makanan, dan apa-apa yang kita pegang terutamanya barangan seperti kasut, berus, tali pinggang, sarung tangan dan pelbagai lagi.
"Dahulu, kita boleh kenali barang yang diperbuat daripada babi dengan tanda tiga titik pada produk, tetapi sekarang barang yang dihasilkan daripada babi tak ada titik pun kerana perkembangan industri," katanya.
Nadzim berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) minggu depan bagi membincangkan isu tersebut.
Semalam, KPDNKK menyita sebanyak 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi benilai RM10,988.94 hasil daripada 157 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara. - Bernama
SUMBER DARI : SINAR ONLINE

Saturday, February 13, 2016

2564) SINAR ONLINE - 13/2/16 - PERJUDIAN MELALUI SMS MEMBIMBANGKAN



SMS
JUDI SMS


KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi menangani segera sindiket perjudian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kini dilihat semakin membimbangkan.

Ia berikutan banyaknya aduan yang diterima daripada pemilik nombor telefon bimbit berhubung tawaran perjudian menerusi SMS daripada sindiket terbabit.

Presiden Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia Mohd Ali Ibrahim berkata, pihaknya menerima lebih 100 aduan orang awam sejak enam bulan lepas berhubung tawaran perjudian itu.

"Syarikat telekomunikasi perlu langkah proaktif bagi membendung isu ini seperti mewajibkan pengguna baharu mendaftar nombor mereka melalui sistem biometrik yang diamalkan oleh sistem perbankan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula mengesyorkan MCMC mengenakan hukuman denda yang berat terhadap mereka yang terbabit dalam sindiket perjudian menerusi SMS itu.

Ketua Moderator Kelab Intelek Pendidikan Malaysia Mohd Nor Izzat Mohd Johari turut menyuarakan kebimbangannya apabila terdapat aduan daripada para ibu bapa dan guru yang mendakwa murid sekolah rendah sudah terjebak dalam aktiviti perjudian.

"Mereka seolah-olah terpedaya akan SMS yang menawarkan hadiah lumayan dan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka ketagihan untuk berjudi," katanya




PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL