Saturday, September 28, 2013

917) BERITA MOBTV 27/9/13 : THE UNENDING SUFFERING OF ROHINGYA IN MYANMAR


Untuk video penuh klik : http://mobtv.my/current_affairs-3960.html

916) BERITA PPIM METRONEWSKL 28/9/13-PPIM & IMCA MINTA UMAT ISLAM BANTU ROHINGYA

915) BERITA HARIAN 26/9/13-JANGAN PINGGIR SYARIKAT PKS


914) RENCANA UTUSAN MALAYSIA 27/9/13 : Antara agenda peruntukan dengan pelaksanaan



Oleh DR. AHMAD ZAKI ISMAIL

PERTAMANYA berita terhangat adalah janji Perdana Menteri memperuntukan berbilion-bilion ringgit lagi untuk diagihkan kepada bumiputera. Maka riuh-rendah pula para penyokong dan NGO menyokong bahawa Perdana Menteri sangat berani dan prihatin dengan nasib bumiputera. Tetapi benarkah itu semua?

Tidak perlu jauh meneliti tidak susah untuk mengkaji, tanya sahaja para peniaga dan usahawan bumiputera di mana sahaja anda temui. Tanya dengan ikhlas dan minta mereka jawab dengan penuh rasa tanggungjawab. Benarkah mudah mendapat bantuan, sungguhkah anda pernah memperolehi pinjaman atau tahukah bagaimana untuk mendapatkan modal pusingan.

Tentu anda semua terpinga-pinga apabila mendapati hampir 90 peratus tidak sampai kepada golongan sasaran berkenaan kerana setiap bantuan tersebut tidak tersalur kepada golongan ini.

Mungkin ramai orang yang teruja dengan statistik peruntukan yang disediakan, tidak kurang juga yang teruja dengan janji yang diberikan tetapi hakikatnya kepada para usahawan dan peniaga bumiputera tulen ia cuma satu lagi pengumuman bagi mengalih perhatian.

Sebenarnya ia sudah lama menghantui kumpulan usahawan IKS bumiputera selama ini. Mereka telah dijanjikan, mereka telah dimaklumkan dan sudah pun diuar-uarkan diberikan pelbagai peruntukan dana yang jumlahnya juga berbilion-bilion sebelum ini. Baik yang berupa pinjaman malah ada juga dalam bentuk geran.

Malangnya dana itu bukan sahaja tidak diperolehi tetapi dijadikan komoditi dagangan pula oleh agensi pentadbir dan pengurus yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. Dengan jumlah dana yang begitu besar, tentunya agensi pengurus memperolehi banyak keuntungan jika disimpan selama mungkin dalam tabungan mereka.

Dengan itu, di hujung tahun sudah tentu penyata untung rugi mereka menunjukkan angka keuntungan yang besar dan Ketua Pegawai Eksekutif mereka mendabik dada kononnya mereka pandai berniaga.

Lebih buruk lagi, sesetengah kakitangan agensi yang mengurus dana seolah-olah sengaja mencari salah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagal dan melewatkan proses pengeluaran dana berkenaan.

Mereka bukan sahaja tidak bertindak sebagai pemudah cara tetapi lebih kepada penghalang kepada pemohon daripada mendapatkan fasiliti berkaitan. Akhirnya, saban tahun dana berkenaan tidak pun dikeluarkan ataupun hanya sebahagian yang terlalu kecil sahaja yang berjaya mendapatkannya.

Ramai antara mereka yang terdesak terpaksa beralih kepada peminjam wang berlesen dan ahlong bagi mengatasi masalah kecairan tunai terutama untuk kerja-kerja yang memerlukan pematuhan kepada jadual dan tarikh yang termaktub dalam kontrak.

Isu utama yang sebenarnya kepada para usahawan IKS bumiputera bukan ketiadaan dana tetapi dana berkenaan tidak sampai kepada mereka. Semak sahajalah tabung-tabung dana yang sudah diluluskan sebelum ini, melambak yang gagal diagihkan kepada golongan sasaran dengan alasan-alasan yang sengaja di reka dalam laporan tahunan agensi pemegang amanah yang diberikan tugas.

Sepatutnya Ketua Pegawai Eksekutif dan para pegawai kanan agensi berkaitan di kenakan tindakan tatatertib dan ditamatkan perkhidmatan mereka kerana kegagalan mereka inilah yang menyebabkan pencapaian sasaran DEB tidak mampu di capai menurut pelan asal dan semakin merosot muttakhir ini.

Adalah lebih baik kesemua agensi yang telah diberikan amanah ini dipantau dengan lebih ketat dan sentiasa berusaha dengan penuh komited mengagihkan dana yang diperuntukkan itu bagi menjamin segala agenda yang sudah di atur akan berupaya digerakkan dan mencapai matlamatnya.

Mungkin juga inilah di antara sebabnya ramai orang Melayu kelas pertengahan amat kecewa dengan pemerintah kerana merasakan mereka di abaikan meskipun banyak yang telah dilakukan kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Golongan pertengahan ini sebenarnya amat berpengaruh kerana menggaji ratusan pekerja dan pekerja berkenaan mempunyai ribuan pula ahli keluarga yang sudah tentu sedikit sebanyak berkongsi pendapat dengan majikan mereka.

Adalah kena pada masanya pada persidangan UMNO yang akan datang, isu ini dibincangkan dengan lebih teliti dan mendalam kerana tidak guna hujah yang berdegar-degar umpama ayam jantan yang berkokok nyaring namun ekornya masih bergelumang tahi.

Menjadi hero bukan dengan bijak berbahas tetapi kini orang Melayu dan bumiputera mahu melihat kesetiaan dan ketaatan mereka dibayar dengan imbuhan yang sepadan. Bukan sering di kesampingkan hingga muncul bidalan kera di hutan sentiasa disusukan.

Para aktivis NGO bumiputra sendiri turut merasa terkilan apabila suara mereka yang sering menyokong dan membantu meskipun kadang kala mengkritik secara membina masih dipandang sepi.

Semua ini sebenarnya bergerak seirama dan ia bukan secara terpencil. Kalau kita berlapang dada dan mengambil sedikit inisiatif untuk meneliti senario semasa maka kita tentu akan menyedari apa yang berlaku dewasa ini sebenarnya merupakan gerakan- gerakan terancang yang begitu teratur dilaksanakan satu persatu tanpa kita sedarnya jika kita memandang secara sambil lewa.

Sebaliknya, amat menyedihkan apabila kita melihat di sana sini, politikus masih bermain politik dan politiking tetap memainkan agenda cah keting. Kawan ditikam dari belakang, perebutan takhta dan kuasa masih berleluasa dan tidak mungkin boleh disembunyikan meskipun cuba ditutup dengan nyiru alaf baru senyum palsu dan dakapan tipu.

Inilah yang dikatakan kena buka mata, telinga akal dan minda sebagai orang yang diberi kuasa, baik ahli politik atau para pegawai pentadbir supaya mempunyai agenda dan saling bantu membantu dalam melaksanakannya demi kepentingan ummah. Kenapa kuasa politik dan pentadbiran yang berada di tangan kita, tidak mampu digunakan menjadi pelantar untuk mengukuhkan pengagihan kek ekonomi dan kekayaan negara secara adil dan sama rata.

Isu yang paling mudah kita lihat ialah bagaimana kes penguasaan pasaran iklan di sektor komersial telah tidak berupaya dimanfaatkan sebaik-baiknya sehingga orang lain melapah dengan lahap peruntukan untuk sektor berkenaan. Walhal media pembaca dan penonton sebenarnya dikuasai oleh yang berbahasa Melayu dan sudah tentu kalau mengikut justifikasi pengiklanan, kena mengutamakan media berbahasa ini sebab impak kepada pasarannya lebih meluas.

Malangnya, mereka yang membuat keputusan dipengaruhi oleh sentimen bodoh sombong seperti mana yang berlaku baru-baru ini sehingga sanggup memperlekeh bahasa dan bangsa sendiri dan mereka diletakkan di tempat yang begitu strategik dan tinggi.

Salah siapakah sebenarnya yang mewujudkan golongan kaduk naik junjung dan tidak sedar diri ini. Kalau kerajaan bertindak tegas dan serta-merta kepada golongan ini maka kaum bumiputera tentu merasa gembira dan terbela kerana mereka telah memberikan amanah kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memperjuangkan nasib mereka bukan kepada golongan lupa diri itu.

Jangan apologetik lagi, masa berbasa basi sudah berlalu. Rakyat mahu keputusan drastik dan mampu melihat kerajaan membalas budi mereka. Hapuskan tohmahan bahawa kenaikan harga minyak baru-baru ini sebagai hadiah kerana mengundi BN. Buktikan bahawa bukan agenda minyak sahaja yang penting tetapi mengambil kembali kuasa, memposisikan kembali arah, menggerakkan semula agenda tanpa sebarang kompromi, itulah yang ingin dilaksana.

Semoga persidangan UMNO yang bakal datang bukanlah hanya sebagai gelanggang mengadu domba kuasa, merungkai persahabatan yang sudah sembuh daripada luka tetapi lebih kepada menggerakkan jentera pelaksana membalas budi rakyat jelata. Jangan susu yang diberi dibalas pula dengan tuba.

DR. AHMAD ZAKI ISMAIL

Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130927/re_07/Antara-agenda-peruntukan-dengan-pelaksanaan#ixzz2g7FYhSN8© Utusan Melayu (M) Bhd

913) UTUSAN MALAYSIA 26/9/13 : Petronas Dagangan jangan anaktirikan usahawan bumiputera - PPIM


912) BERITA MOBTV 26/9/13 : PPIM Kecam Keenganan Syarikat Minyak Beli Roti Milik Bumiputera


Untuk Video Klik : http://mobtv.my/current_affairs-3939.html

911) BERITA PPIM METRONEWSKL : 'Litte Napoleon Di Petronas'

910) BERITA TERKINI TV3 25/9/13 : PANTAU DISKRIMINASI PRODUK BUMIPUTERA


Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM menggesa pihak bertanggungjawab, memantau dakwaan diskriminasi jualan produk Bumiputera, di beberapa stesen minyak di ibu negara.

Ia bagi memastikan tiada golongan yang ditindas, sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

DATUK NADZIM JOHAN / KETUA AKTIVIS PPIM
"Saya, amat kesal dan harap pihak MITI, KPDNKK ambik tindakan tegas, kerajaan kena tegas".

Sehingga kini, pihaknya menerima 5 aduan, di mana terdapat larangan penjualan produk IKS di beberapa stesen minyak sejak 3 bulan lalu.


Malah, ada di antara mereka yang selama ini membekalkan produk, dibatalkan perkhidmatan tanpa sebarang notis.

Sumber: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/PPIM_ADUAN.html

909) ANTARA POS 26/9/13-Selangor jangan lokek taja bola sepak - PPIM


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh lokek untuk menaja pasukan bola sepak negeri lantaran ia sebahagian daripada tugas kerajaan negeri, kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Penajaan itu katanya akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada Selangor dan atas sebab itulah Khalid tidak harus lepas tangan dalam isu itu.

"Sama ada berapa jumlah dia (MB) kena kira (uruskan) sebab mereka kerajaan di negeri ini. Ini peruntukan yang berlainan, bukan sama.

"Itulah guna bajet, untuk merancang pergerakan perbelanjaan usaha-usaha kerajaan yang berkaitan agenda masa depan termasuk aktiviti rakyat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Nadzim juga berkata Khalid tidak boleh menafikan hak pembangunan di Selangor hanya untuk meneruskan kelangsungan tajaan kepada mana-mana pihak.

"Apa pun perlu ada keseimbangan, tidak boleh membuat keputusan buang padang bola untuk buat taman perumahan.

"Perlu dipertimbangkan sebaik mungkin, kerana ia akan mendatangkan kesan masa panjang kalau tidak dirancang dengan baik," jelasnya.

Terdahulu, Menteri Besar Incorporated (MBI) dikritik PAS Selangor kerana tidak memberikan tajaan yang sewajarnya sehinggakan beberapa pemain bola sepak utama Selangor diintai kelab lawan.

Khalid kemudiannya meminta PAS Selangor memilih sama ada mahu peruntukan diberikan kepada pasukan bola atau membina masjid di negeri itu.

Khalid juga mencanang peruntukan kepada pasukan bola sepak melebihi peruntukan untuk membina sebuah masjid.

Kenyataan Khalid itu mengundang rasa kurang senang Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Bercakap kepada Antarapos, Azmin berkata soal tajaan kepada pasukan bola sepak dan dana membina masjid adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Bagi saya, kedua-dua institusi ini penting untuk diberikan peruntukan dan dimajukan. Ini bukan soal pilihan, ini soal kepentingan dan tanggungjawab sebuah kerajaan dalam memastikan pembangunan masjid dan sukan itu diberikan perhatian yang serius," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen.


Namun Nadzim dalam masa sama menegaskan bahawa kemajuan sektor pembangunan rumah ibadah dan sukan dalam negeri itu harus seiring.

908) HARIAN METRO 17/9/13 : SUSULAN BERITA 'ISTERI DISILAT'- 'Silat latih kita jadi manusia baik'



Kuala Lumpur: "Silat sebenarnya melatih kita menjadi manusia baik, penyayang sabar dan sering melindungi sesiapa saja dalam banyak keadaan.

"Seharusnya seorang yang bertaraf guru menjadi pelindung kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.

"Pencak silat juga mendidik kita menjadi seorang yang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Ia terbukti apabila kita berniat dalam hati untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara apabila menyertai seni mempertahankan diri," kata Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah (gambar).

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang guru silat yang dikenali anak muridnya sebagai alim bertindak memukul, memijak serta mencederakan isterinya termasuk menggunakan tukul sehingga wanita itu meminta cerai serta melarikan diri akibat tidak tahan diperlakukan begitu.

Adiwijaya berkata, perbuatan itu bercanggah dengan prinsip seorang ahli silat yang menghindari segala perbuatan menyalahi ajaran, malah menjadi contoh sebagai pemimpin serta suami yang baik.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah mengaturkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa bagi membantu dia menjalani kehidupan baru selepas ini.


Katanya, PPIM menyedari beberapa kelebihan yang ada pada wanita itu untuk membantu masyarakat khususnya wanita.

907) RENCANA UTUSAN MALAYSIA 15/9/13: Antara subsidi produktif dengan tindakan proaktif



DALAM tempoh seminggu ini tentunya isu yang paling panas dan heboh diperkatakan adalah mengenai kenaikan harga minyak. Tentunya ia lebih kepada komentar yang negatif daripada positif dengan pelbagai macam alasan mengikut tahap kefahaman individu yang memberi komen berkenaan. Bila diteliti didapati lebih banyak yang mengikut perasaan daripada yang mengikut perkiraan.

Meskipun selalunya Persatuan Pengguna akan sedaya-upaya menyokong pengguna dalam banyak hal yang berkaitan kepentingan mereka lebih-lebih lagi berkaitan harga. Tetapi dalam isu kenaikan harga minyak ini biarlah kita kupasnya mengikut fakta secara lebih rasional supaya pengguna tidak kehilangan punca dan menganggap bahawa kerajaan tidak prihatin pula.

Semua pihak sepatutnya berlapang dada dengan isu kenaikan harga minyak ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mampu dikekang oleh kita selamanya seperti mana harga komoditi lain. Kerana itu, kita perlu melihat sisi positif dengan melihat apa yang sedang dihadapi sekarang. Cuma apa yang diharapkan bahawa apabila komoditi ini mengalami penurunan, kerajaan patut turut menurunkannya seperti harga yang selayaknya. Janganlah apabila naik terlupa pula untuk turun sehingga kita menzalimi dan menafikan hak para pengguna dan mengambil kesempatan seolah-olah para pengguna tidak peka.

Tentunya dengan kenaikan harga minyak ini akan memberikan impak yang ketara sama ada besar atau kecil dan kesan rantaian hasil daripadanya. Di sinilah pula peranan NGO, pasukan penguatkuasa dan para pengguna bagi memastikan satu kerjasama boleh dilaksanakan dengan teratur agar tidak ada pihak boleh mengambil kesempatan serta memanipulasikan keadaan bagi menangguk di air yang keruh.

Sebagai pengguna bijak, kita perlu melihat secara teliti apa peranan sebenar subsidi dalam negara kita supaya mampu memahami pelbagai tindakan pemerintah yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan politik dan kepartian. Ia sebenarnya tindakan sejati demi menjaga kesejahteraan rakyat dan memantapkan ekonomi negara serta menjamin masa depan yang lebih gemilang.

Subsidi bahan api ini sebenarnya bukanlah subsidi paling produktif tetapi lebih bersifat kepada pengimbang kepada impak besar yang mungkin tidak mampu ditanggung oleh rakyat apabila berlaku kenaikan yang besar. Subsidi ini juga sebenarnya bukanlah dinikmati sepenuhnya oleh golongan sasaran kerana ia dinikmati oleh semua pihak dan sudah tentu yang paling banyak menggunakannya akan lebih banyak menikmatinya.

Secara congak mudah, tentulah pemilik kereta lebih banyak mendapat subsidi daripada pemilik motosikal, manakala pemilik kenderaan besar mendapat lebih banyak kadar subsidi daripada pemilik kenderaan kecil. Atau kita boleh katakan orang yang mempunyai lebih banyak kenderaan akan lebih beruntung dan mendapat lebih banyak subsidi daripada mereka yang hanya ada sebuah kenderaan sahaja.

Kerana itu, dalam melihat pelbagai komentar nampaknya ramai yang tidak memahami hakikat di atas dan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan tidak prihatin ataupun kenaikan harga berkenaan sebagai hadiah daripada kerajaan yang kita undi. Sedangkan ia langsung tidak berkaitan dan tidak ada kena-mengena. Malahan apa yang sebenarnya berlaku adalah merupakan tindakan menstabilkan ekonomi dan mengekalkan daya saing negara agar kemakmuran yang kita nikmati dapat dikekalkan.

Berterusan
Sumber bahan api ini sebenarnya tidak perlu terlalu banyak diberikan subsidi atas alasan yang diterangkan di atas tadi. Sebaliknya, subsidi perlu ditumpukan kepada sektor-sektor yang lebih produktif seperti sektor pertanian, pengeluaran makanan, pendidikan dah kesihatan yang amat kritikal dan perlukan bantuan secara berterusan.

Sektor-sektor berkaitan sebenarnya boleh memberi kesinambungan berterusan terhadap usaha-usaha yang sedang dijalankan kerana setiap ringgit yang dilaburkan akan mendatangkan pulangan. Contohnya di sektor pendidikan apabila subsidi diberikan maka pendidikan serta kemahiran warga kerja tempatan dapat ditingkatkan. Jika subsidi ditambah untuk sektor kesihatan ia akan menghasilkan warga yang lebih sihat dan mampu meningkatkan produktiviti negara.

Jikalau terlampau banyak tumpuan diberikan dalam memberi subsidi kepada bahan api ini tentunya akan menjejaskan masa depan negara kerana subsidi ini tidak memberikan impak jangka panjang dan ia digunakan dengan kadar segera dan habis begitu sahaja. Oleh itu, tindakan mengurangkan subsidi ini adalah satu tindakan tidak popular tetapi realistik dan kena pada masa dan ketikanya.

Malahan sekiranya kita teliti dan perhalusi apabila harga bahan api meningkat, secara tidak langsung para pengguna terutamanya yang kurang berkemampuan akan beralih arah kepada pilihan lain untuk menggunakan pengangkutan. Tentunya ini akan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan kesesakan di jalan raya yang semakin memeningkan kepala dewasa ini.

Sekiranya masing-masing memandu kenderaan ke tempat kerja bukan sahaja perjalanan menjadi semakin perlahan, masalah tempat letak kereta, tol dan seumpamanya turut memeningkan kepala. Mungkin tiba masanya konsep perkongsian kereta satu ketika dahulu diperkenalkan semula. Malahan pilihan kenderaan awam seperti menyewa teksi secara bulanan juga boleh difikirkan.

Di mana ada kemahuan di situ tentu ada jalannya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Secara mudah, kita perlu berfikir secara positif apabila berhadapan dengan situasi sebegini tentu ada rahmat di sebaliknya. Mungkin kita lupa bahawa satu ketika dahulu hubungan keluarga antara suami isteri dan anak-anak tidak lagi mesra kerana masing-masing memandu kereta sendiri ke tempat kerja. Kini sudah tiba masanya kita kembali kepada tradisi lama untuk menaiki kenderaan secara bersama dan mempunyai cukup masa untuk bermesra dan berbual sesama anggota keluarga sebelum sampai ke tempat kerja.

Pada orang muda, tentu tidak ada salahnya untuk mencari pilihan lain seperti bermotosikal, berbasikal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam yang sudah semakin baik perkhidmatannya. Malahan dengan sokongan semua, tidak mustahil negara kita juga mampu memberikan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia kerana mendapat pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan.

Pada masa sama, mereka yang selama ini tidak perlu berkereta seperti golongan pelajar yang masih lagi mengharapkan bantuan ibu bapa ataupun mereka yang belum berkeluarga bolehlah menstruktur semula penggunaan kenderaan mengikut keperluan dan bukan menurut nafsu semata-mata.

Kenaikan harga petrol dan pengurangan subsidi ini bolehlah dianggap sebagai satu tindakan proaktif dalam mengimbangi situasi ekonomi dan sosial pada masa yang sama. Kita sudah terlalu lama hidup dalam zon yang amat selesa sehingga terlupa bahawa apa yang kita ada pada hari ini bukan sesuatu yang terjamin untuk selamanya.
Marilah kita membantu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan menjadi pengguna bijak kerana hanya diri kita yang berupaya mencorakkan masa depan diri, keluarga dan negara.

Penulis adalah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

906) UTUSAN MALAYSIA 17/9/13 : Wujudkan direktori produk, perkhidmatan bumiputera



KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kerajaan disaran mewujudkan sebuah direktori bagi semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat bumiputera sebagai sokongan kepada pelaksanaan inisiatif Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, direktori itu boleh diwujudkan menerusi medium sosial atau secara pengiklanan di televisyen dan radio dalam mewujudkan jaringan kerjasama antara usahawan bumiputera dengan lebih berkesan.

"Dalam masa sama, semua pihak termasuk pemimpin di sektor awam dan swasta hendaklah menzahirkan sokongan terhadap agenda nasional ini dengan menggunakan produk bumiputera secara meluas di pejabat atau dalam penganjuran program mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas inisiatif meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Dalam pada itu, Maamor menggesa institusi perbankan turut menyokong agenda nasional menerusi inisiatif tersebut dengan membantu usahawan-usahawan bumiputera yang memerlukan modal memulakan perniagaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad berkata, usahawan bumiputera perlu serius mengambil peluang menerusi inisiatif tersebut dalam memastikan mereka mampu bersaing dalam sektor ekonomi.

"Menyahut cabaran itu bukan kerana mereka adalah usahawan, tetapi sebagai tanggungjawab meningkatkan ekonomi Melayu kerana jika ekonomi kaum majoriti ini tidak menentu negara boleh menjadi kucar-kacir," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hassan Hamzah berharap usahawan bumiputera yang pernah gagal sebelum ini tidak diketepikan dalam agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tersebut.

"Kegagalan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk usahawan-usahawan ini diberikan peluang kedua atau seterusnya kerana kegagalan itulah yang mampu membentuk mereka menjadi lebih berjaya dan cemerlang," katanya.

Sementara itu, Presiden Barisan Bertindak Ber-Hak Bumiputera Malaysia (Ber-Hak), Datuk Baharom Abdul Ghani mencadangkan kuota bumiputera yang disyaratkan kepada pemaju hartanah swasta mesti dimiliki sepenuhnya kaum itu.

Ke arah itu, kata beliau, Kerajaan Pusat perlu peruntukan tahunan kepada agensi seperti UDA Corporation dan Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membeli hartanah yang tidak terjual kepada bumiputera.

"Ini bagi membolehkan hartanah tersebut disewakan kepada bumiputera sehingga terdapat bumiputera yang mampu membelinya dengan cara sewa beli," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130917/dn_12/Wujudkan-direktori-produk,-perkhidmatan-bumiputera#ixzz2g70ocC8T © Utusan Melayu (M) Bhd

905) HARIAN METRO 16/9/13 (Berita Utama )- Isteri muda kena silat


Kuala Lumpur: "Dia berperwatakan seperti ustaz dan memberitahu mengahwini saya semata-mata kerana Allah, namun selepas berkahwin saya bukan saja dicaci hampir setiap hari, tapi turut dipukul, disepak dan kepala saya pernah dihentak dengan penukul."

Demikian rintihan seorang mualaf yang kini melarikan diri daripada bekas suaminya, seorang guru silat selepas tidak tahan dikasari, termasuk pernah dipukul lebih 20 anak murid lelaki itu kerana dituduh bersekedudukan dengan lelaki lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hanim, 32, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada 2005 kerana belajar pencak silat daripadanya.

"Ketika itu, saya baru bercerai dengan suami pertama dan tidak lama kemudian saya berkahwin dengannya selepas diyakinkan bahawa pernikahan kami hanya semata-mata kerana Allah SWT," katanya.

Hanim berkata, dia menjadi isteri kedua dan pada masa sama turut menguruskan aktiviti pertubuhan silat milik suaminya.

"Malangnya, kebahagiaan yang saya kecapi hanya sekejap...tak sampai setahun selepas berkahwin, sikap sebenarnya mula terserlah.

"Saya selalu diherdik, dipukul dan dicaci dengan panggilan seperti babi, anjing, beruk, syaitan dan celaka. Malah, dia juga sanggup memijak perut menyebabkan saya rasakan hidup ini tidak ubah seperti seorang hamba.

"Dia hanya berbuat baik dengan saya ketika ingin melakukan hubungan seks dan memberi alasan sudah tiada 'selera' dengan isteri pertama. Paling mengejutkan, dia sanggup meliwat biarpun saya merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian," katanya.

Hanim ditemui Harian Metro selepas membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.

Menurutnya, guru silat itu juga menyuruh dia mengingati wajahnya setiap kali menunaikan solat menyebabkan dia curiga dengan amalan agama lelaki berkenaan.

"Dari segi nafkah zahir pula, saya hanya diberikan RM50 sebulan serta dibelikan pakaian baru hanya empat kali sepanjang lapan tahun berkahwin," katanya.

Tidak tahan diperlakukan begitu, Hanim meminta cerai dan lelaki itu bersetuju untuk berpisah secara baik pada Mac lalu, namun hanya beberapa hari kemudian lelaki itu merayu-rayu supaya mereka rujuk semula.

Bagaimanapun, Hanim tidak sanggup lagi menempuh penderitaan lalu membawa diri ke Selangor selepas perceraian mereka disahkan mahkamah.

"Dengan bantuan seorang rakan lelaki, saya pertama kali sampai ke Selangor dan menginap di sebuah hotel bajet.

"Ketika saya berehat di dalam bilik, sekumpulan lelaki muncul dan mendakwa mereka daripada jabatan agama sebelum terus menahan saya atas tuduhan khalwat, sedangkan ketika itu rakan saya berada di lobi hotel.

"Dalam perjalanan keluar dari bilik, saya lihat rakan saya itu cedera akibat dipukul sekumpulan tidak dikenali. Saya juga nampak bekas suami bersama anak murid silatnya turut berada di situ," katanya.

Hanim berkata, dia kemudian dibawa ke pejabat agama dan dibebaskan tidak lama kemudian.

"Sejurus dibebaskan saya terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis dan ketika itulah bekas suami datang bersama lebih 20 lelaki dan mereka membelasah saya hingga cedera di seluruh badan," katanya.

Sejak kejadian itu yang berlaku Mac lalu, mangsa mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang kenalan di Kuala Lumpur kerana tidak sanggup terus dikasari bekas suaminya.

Hanim berkata, dia kini tertekan dan sukar meneruskan kehidupan kerana semua barang-barang termasuk dokumen peribadi masih berada dalam simpanan bekas suaminya.

"Saya tak sangka begini akhirnya pengorbanan saya kepadanya. Apapun, sebagai seorang Islam, saya reda dengan takdir ini dan ia sedikit pun tidak menggoyahkan iman saya dengan agama Allah ini," katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan dan akan merujuk kepada agensi berkaitan untuk pembelaan.


Katanya berdasarkan aduan berkenaan, PPIM mendapati wujud penganiayaan kepada Hanim yang tidak sepatutnya dilakukan kepada seorang saudara baru sepertinya.

904) HARIAN METRO 12 SEPTEMBER 2013 : CARA HALUS GUGAT AKIDAH


903) UTUSAN MALAYSIA 12/9/13-HORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM DI MALAYSIA - IMCA




902) UTUSAN MALAYSIA-LAPORAN LINTAS LANGSUNG 11/9/13: IMCA gesa Kristian patuh kepada ajaran asal



  • IMCA gesa Kristian patuh kepada ajaran asal

    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah-suai istilah-istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian.

    Setiausaha Agung IMCA, Sheikh Abd. Kareem S. Khadaeid berkata, mereka sebagai persatuan antarabangsa tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa dan hanya mengharap masyarakat Kristian menghormati agama lain terutama Islam.

    "Kami yakin bahawa orang Kristian yang teguh dengan agama dan iman mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal.

    "Mereka (Kristian) yang mendakwa diri mereka sebagai orang beriman perlu ikhlas dengan kebenaran itu.

    "Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramic bagi Tuhan yang digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan Bahasa Melayu," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai surat terbuka kepada masyarakat Kristian di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

    Tegas Sheikh Abd. Kareem lagi, jika masyarakat terutama Mingguan Katholik Herald mahu menggunakan kalimah Allah dalam bibble Bahasa Malaysia mereka kenapa tidak dilakukan ke dalam bibble bahasa lain juga.

    "Malah, semalam ada paderi mereka yang mengatakan ini bukan perancangan namun kajian terperinci saya di seluruh dunia sejak dahulu lagi sudah ada konsep 'contextualization' yang mengunakan elemen yang diamalkan Islam dan diserapkan ke dalam Kristian untuk membolehkan umat Islam yang murtad tidak kekok.

    "Jadi, adakah mereka ikhlas dalam isu penggunaan kalimah Allah ini? " tegasnya.

    Menurut Sheikh Abd. Kareem, masyarakat masakini sudah terlalu banyak masalah dan tidak perlu ditambah dengan masalah baru yang mampu menggugat masa depan umat sejagat. - UTUSAN ONLINE

    by MOHD. HAZLI HASSAN 6:52 AM
  • Tonton video sidang akhbar di sini Laporan Langsung Utusan Online
    by MOHD. HAZLI HASSAN 6:22 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: orang Islam hanya tertarik dengan aksi bukan perkataan. Macam di Eropah. Tak ada pusat Islam tapi disebabkan mereka adalah orang yang berfikir. Mereka berfikir secara rasional dan mencari sendiri. Mereka mencari kebenaran. Itu sebabnya gereja di sana semakin ramai orang menjauhi dan mendekati masjid di sana.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 6:13 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: Kristian ortodoks tak sejutu dengan isu ini namun ada pihak Kristian lain nak dan ini akan menimbulkan kekacauaan. Dalam mereka sendiri tak satu hati.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 6:10 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: Kami tak mahu gaduh. Kami tak mahu dakwa sesiapa. Kami hanya mahu kebenaran. Kami bergerak pada tahap global. Apa yang terjadi di dalam Malaysia kita tidak akan terlibat, hanya PPIM.

    Datuk Nadzim: Kita harus mengekalkan kemakmuran. Kita tak mahu benda yang lebih buruk terjadi. Kita harus kekalkan kebaikan. Lihat pada sudut kemakmuran kepada generasi akan datang.


    by MOHD. HAZLI HASSAN 6:09 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: Kalau semua tuhan dicacar marba apa akan jadi. Dewa Kuan Yin dipanggil Jesus. Kucar kacir jadinya.

    Kalau kita nak bagi nama kepada tuhan yang mulia, kita tak boleh bagi sesuka hati kita. Itu sebab orang Cina pakai Kuan Yin, Hindu pakai Vishnu.

    Di Malaysia dia (orang Kristian) nak pakai Allah tapi di China lain di India lain.

    Mereka memohon untuk pakai dalam bibble bahasa Melayu sahaja tidak pada bibble bahasa lain. Inilah bukti contextualization. Mereka mahukan Melayu Islam murtad.

    IMCA hanya mahukan negara aman dan sejahtera. Kita umat Nabi Muhammad SAW. dia membawa rahmat kepada sekelian alam. Kami tak mahu gaduh dengan sesiapa. Kita mahu cakap kebenaran dan minta semua orang-orang yang cinta kepada tuhan tak kiralah agama apa untuk bercakap benara dan jangan buat apa-apa yang boleh bawak masalah di dunia.

    Paderi-paderi, tumpulah kepada orang Kristian sahaja untuk menjadi orang Kristian yang lebih baik. Jangan timbulkan masalah lagi
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:56 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: kebanyakan sumber yang saya dapat adalah dari sumber kristian bukan Islam.

    Berbalik kepada kalimah Allah, memang orang Syria dan Arab Kristian guna dalam kitab mereka tapi mereka berpegang kepada satu frasa yang guna konsep dari gospel yang mengatakan He is God and God alone. Dia adalah tuhan dan tuhan sahaja. Mereka pakai Allah merujuk kepada konsep tuhan itu satu.

    Orang kristian kalau nak pakai ikut kenyataan itu tidak ada masalah. Tapi mereka dan bagi interpretasi dan terjemahan daripada kenyataan itu.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:48 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM

  • Laman web Malaysia yang menyatakan perancangan mengenai kosep contextualization
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: semalam ada paderi yang mengatakan tidak ada perancangan namun kita mengkaji dan membentangkan bukti yang sudah wujud perancangan lama dulu. 
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:42 AM

  • Namun ada gereja yang tiak mahu ikut.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:39 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: mereka mengkaji tentang al-Quran cara solat dan menggunakan cara Islam dan diserapkan dalam Kristian menurut blog berkenaan. Ia dibincangkan di tahap global.

    Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:39 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: mereka mengkaji tentang al-Quran cara solat dan menggunakan cara Islam dan diserapkan dalam Kristian menurut blog berkenaan. Ia dibincangkan di tahap global.

    Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:38 AM

  • Bukti ini bukan dari Malaysia
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:36 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: dia bukan satu usaha yang baru dan bukan hanya di Malaysia. Ia adalah perancangan yang sudah lama dibuat.

    Ada blog yang menunjukkan strategi mengenai contextualization yang akan menghubungkan dengan komuniti muslim
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:35 AM
  • Sheikh Abd. Kareem: di seluruh dunia ada konsep yang menggunakan contextualization. Ada yang mahu guna tapi ada yang tak mahu guna. Digunakan oleh orang asal yang guna barang-barang atau perkara tidak Kristian untuk kegunaan Kristian agar mereka penganut yang tidak selesa berada di dalam agama itu merasa selesa.
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:34 AM

  • Sidang akhbar IMCA oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (kanan) dan Setiuasaha Agung IMCA, Sheikh Abd. Kareem S Khadaied
    by MOHD. HAZLI HASSAN 5:31 AM

Sunday, September 15, 2013

901) HARIAN METRO 14/9/13: Kes Ismail Dirujuk ke Baitulmal


900) HARIAN METRO 13/9/13 : BICARA GUNA MATA


899) RAKYATNEWS 3/9/13-PPIM Kutuk Papan Tanda Ketepi Bahasa Kebangsaan




KUALA LUMPUR 3 Sept - Persatuan Pengguna Islam Malasia (PPIM) hari ini mengutuk tindakan beberapa syarikat dan agensi bertindak  menyiarkan papan tanda yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan.

Ketua Aktivisnya, Dato' Nadzim Johan berkata, hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan PPIM, didapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa rasmi Negara.

"PPIM menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat atas kegagalan mereka mematuhi syarat penggunaan Bahasa Kebangsaan di atas papan tanda dan billboard," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengambil contoh garis panduan dan syarakat permohonan iklan papan tanda premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, setiap visual hendaklah mendapat pengesahan Bahasa Melayu yang betul daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto - PPIM

Sumber: http://www.rakyatnews.my/index.php/2013090382242/jenayah/ppim-kutuk-papan-tanda-ketepi-bahasa-kebangsaan

Wednesday, September 11, 2013

898) HARIAN METRO 9/9/13- ISU 'BERTUDUNG TAK BOLEH KERJA SINI' : Aduan Setiap Minggu-PPIM


Kuala Lumpur: Masih ada syarikat swasta yang mendiskriminasi wanita bertudung walaupun hak setiap individu di negara ini untuk bekerja dan mengamalkan agama masing-masing dijamin Perlembagaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai masalah itu hampir setiap minggu dan masih ada syarikat berbuat demikian walaupun sudah diambil tindakan.

"Prosedur ditetapkan syarikat itu sangat bertentangan dengan Perlembagaan yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan menjalankan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro dalam kalangan wanita bertudung mendapati masalah itu bukan perkara asing bagi mereka.

Wan Nurul Izzah Mohd Salleh (gambar), 20, yang bertudung sejak usia 17 tahun mengakui sukar mendapatkan pekerjaan.

"Saya baru menamatkan pengajian di Berjaya University College Of Hospitaly kini sedang mencari pekerjaan sekitar Kuala Lumpur.


"Malangnya apabila melihat penampilan saya bertudung, premis berkenaan tidak menerima permohonan saya dengan alasan prosedur mensyaratkan individu yang tidak bertudung selain berpakaian seksi," katanya.

Tuesday, September 10, 2013

897) UTUSAN MALAYSIA 8/9/13-PPIM WUJUD DIREKTORI PROFIL PRODUK ISLAM


896) UTUSAN MALAYSIA 8 SEPTEMBER 2013-Kegagalan usahawan Melayu didedah

Ameer Ali Mydin (kanan) menyatakan sesuatu kepada Nadzim Johan (dua, kiri) dan Norni Osman (dua, kanan) dalam Konvensyen Usahawan Melayu di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/WAHIDIN SALIM



KUALA LUMPUR 7 Sept. - Terlalu bergantung kepada 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan menjadi punca kegagalan ramai usahawan Melayu, sekali gus menyumbang kepada faktor mereka sukar untuk maju ke hadapan untuk melebarkan perniagaan.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, ramai usahawan Melayu tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman sebelum menceburi bidang perniagaan, malah ada di antara mereka melakukannya sekadar ikut-ikutan.

"Orang berniaga kita pun hendak berniaga, tetapi pengetahuan dan pengalaman tidak mencukupi. Apabila sudah mendapat bantuan untuk memulakan perniagaan, segala urusan diserahkan pula kepada pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Usahawan Islam: Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah anjuran Mentor Niaga Resources dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Melayu Malaysia (Peyatimas) dan Telekom Malaysia Berhad di sini hari ini.

Kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam konvensyen yang menampilkan ahli-ahli panel iaitu Mentor Jutawan Senyap, Datuk Dr. Rusly Abdullah; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Pengerusi Minsyam Sdn. Bhd. dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin serta penceramah bebas, Pahrol Mohd. Juoi.

Ameer berkata, usahawan Melayu perlu mempunyai sikap ingin belajar dan jangan hanya menyalahkan kerajaan jika mereka gagal dalam bidang keusahawanan.

"Kita perlu belajar dari bawah. Jika kita terus menjadi orang atasan, kita tidak akan faham cara orang bawah buat kerja. Selain itu, dan untuk menjadi usahawan berjaya, kita harus bersemangat dan mempunyai minat untuk berniaga," katanya.

Pasar raya Mydin adalah antara peneraju dalam perniagaan peruncitan dan pemborongan produk-produk yang terdiri daripada makanan, keperluan rumah, tekstil dan produk fabrik di negara yang diusahakan oleh usahawan Muslim di negara ini.

Pada masa ini, Mydin mempunyai 100 cawangan di seluruh negara termasuk pasar raya besar, emporium, bazar, pasar mini (MyMydin), kedai-kedai kemudahan (MyMart) dan cawangan francais (Mydin Mart) dengan 10,500 pekerja di seluruh negara.

Friday, September 6, 2013

895) DARI BLOG LAIN: JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE LAGI!


Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut

anda.




BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN


KOMEN PPIM: Amalkan pengambilan makanan sunnah sebagai penawar penyakit.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL