Showing posts with label TUDUNG. Show all posts
Showing posts with label TUDUNG. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

1880) CARA PEMAKAIAN TUDUNG YANG BETUL

Penggunaan Tudung

Ramai masyarakat muda kita sekarang mula berubah kearah kebaikan seperti berhijkab dan terdapat pelbagai fesyen berhijab. Terdapat ramai pereka fesyen yang kretif mencurahkan idea-idea mereka dan mencipta nama dalam seni fesyen muslimah. Akan tetapi, adakah mereka sedar akan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh islam?

Islam tidak melarang untuk umatnya bergaya namun berpada-padalah dan hendaklah mengikut syarak yang ditetapkan. Terdapat beberapa syarat dan cara dalam pemakaian tudung dan penjual tudung hendaklah menerangkan etika-etika yang betul kepada pengguna.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kecuali pada muka dan tapak tangan.

Terdapat hadis-hadis yang sahih atau kukuh yang boleh dipegang dalam pemakaian tudung.

Didalam firman Allah Ta'ala :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” - HR Abi Dawud

Syarat dan adab dalam pemakaian tudung adalah seperti berikut :
-     -  Hendaklah labuh tudungnya hingga menutup dada seseorang itu.
-     -    Hendaklah longgar dan bukannya ketat.
-     -    Menutup rambut dengan sempurna.
-     -    Menutup telinga.
-     -    Memakai tudung yang tebal
-     -   Memakai tundung yang mampu menutup bahu
-     -   Memakai tudung yang mampu menutup dagu.

Perbezaan pemakaian tudung yang betul:




Kesalahan disini adalah tidak
menutup dada

Menutup dada dan tidak
menunjukkan tubuh badan
menampakan lehir dan dagu
menutup dengan sempurna 

Wednesday, September 11, 2013

898) HARIAN METRO 9/9/13- ISU 'BERTUDUNG TAK BOLEH KERJA SINI' : Aduan Setiap Minggu-PPIM


Kuala Lumpur: Masih ada syarikat swasta yang mendiskriminasi wanita bertudung walaupun hak setiap individu di negara ini untuk bekerja dan mengamalkan agama masing-masing dijamin Perlembagaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai masalah itu hampir setiap minggu dan masih ada syarikat berbuat demikian walaupun sudah diambil tindakan.

"Prosedur ditetapkan syarikat itu sangat bertentangan dengan Perlembagaan yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan menjalankan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro dalam kalangan wanita bertudung mendapati masalah itu bukan perkara asing bagi mereka.

Wan Nurul Izzah Mohd Salleh (gambar), 20, yang bertudung sejak usia 17 tahun mengakui sukar mendapatkan pekerjaan.

"Saya baru menamatkan pengajian di Berjaya University College Of Hospitaly kini sedang mencari pekerjaan sekitar Kuala Lumpur.


"Malangnya apabila melihat penampilan saya bertudung, premis berkenaan tidak menerima permohonan saya dengan alasan prosedur mensyaratkan individu yang tidak bertudung selain berpakaian seksi," katanya.

Friday, July 19, 2013

837) UTUSAN MALAYSIA 18/713-Tudung papar gambar wanita separuh bogel

Mohd. Fared Abdul Ghani (kiri) bersama ahli PPIM Kelantan menunjukkan tudung yang dihiasi gambar lucah tertera tulisan Playboy di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 17 Julai - Penghinaan terhadap agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi berikutan penemuan sehelai tudung memaparkan gambar wanita separuh bogel dan tertera tulisan Playboy yang dijual di sebuah kedai di bandar ini.

Tudung berwarna kelabu dan hitam berharga RM10 itu dibeli oleh seorang lelaki yang enggan dikenali selepas menjumpai tudung berkenaan dalam longgokan tudung-tudung lain yang dijual di kedai tersebut.

Atas dasar tanggungjawab, lelaki terbabit terus membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan kira-kira pukul 10 pagi di sini hari ini.

Ketua aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani ketika ditemui berkata, penjualan tudung itu telah mencemarkan maruah dan imej Islam di negara ini.

"Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan memberi hukuman keras ke atas pihak yang bertanggungjawab menjual tudung berkenaan kerana satu penghinaan yang sangat melampau.

"Tudung merupakan imej kesucian agama Islam kepada golongan wanita, jika dihiasi gambar lucah, boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini," katanya.

Tambahnya, kemarahan umat Islam di negara ini belum reda dengan tindakan melampau pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee , 24, yang mempersendakan bulan Ramadan di laman sosial Facebook.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_23/Tudung-papar-gambar-wanita-separuh-bogel#ixzz2ZT6iuT8c © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, July 10, 2013

811) BERITA HARIAN METRO 8/7/13-Syarat lucut tudung nafi hak beragama




PENDEDAHAN Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIPM) sesetengah syarikat di ibu negara mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam apabila mensyaratkan mereka yang ingin bekerja membuka tudung dan memakai skirt cukup mengejutkan, malah boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang melampau.

Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, pihaknya menerima aduan mengenai masalah ini hampir setiap bulan dan lebih mengecewakan apabila ada syarikat yang terus mengamalkan dasar berkenaan walaupun selepas diberi teguran.

Kita tidak jangka hari ini masih ada majikan mahupun syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam. Justeru, sebagai menghormati hak kebebasan beragama serta hak setiap warga, pihak terbabit perlu memohon maaf secara terbuka bukan saja kepada individu berkenaan tetapi kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Hal ini penting demi menjaga sensitiviti rukun hidup masyarakat majmuk di negara kita. Tambahan pula syarat berkenaan juga langsung tidak masuk akal kerana menutup aurat bukan faktor produktiviti pekerja. Apa yang pasti dasar seperti ini menyinggung dan mengguris perasaan umat Islam.

Ternyata dasar itu secara terbuka bertentangan dengan Perlembagaan negara yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Beberapa rangkaian kedai foto, gedung beli-belah serta kolej swasta disenaraikan antara syarikat mahupun majikan yang mengamalkan dasar diskriminasi terhadap wanita Islam seperti ini.

Hakikatnya desakan hidup serta kesukaran untuk memperoleh pekerjaan menyebabkan sesetengah wanita Islam terpaksa menggadai akidah dan pegangan apabila bersetuju dengan syarat sebegitu dengan menanggalkan tudung waktu kerja dan memakainya semula selepas habis bekerja.

Sebelum ini negara juga dikejutkan dengan hasil kajian sebuah universiti awam baru-baru ini yang mendedahkan betapa wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Secara ringkasnya, kajian selama enam bulan itu mendapati, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding Melayu.

Buktinya, daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga berbanding 22.1 peratus peluang dimiliki graduan kaum Cina.

Ironinya pendedahan demi pendedahan seperti ini memperlihatkan betapa tahap perpaduan dan penyatuan nasional berada pada keadaan yang cukup merisaukan. Dan sekali lagi dalam isu seperti ini penguatkuasaan undang-undang terhadap majikan yang degil ini dilihat belum mantap dan perlu diteliti secara serius.

Diskriminasi dan penindasan secara halus ini membuktikan adanya usaha untuk menafikan hak sesuatu kaum yang bakal mengundang pelbagai konflik perkauman jika dibiarkan terus berlarutan.

Kedudukan agama Islam misalnya cukup jelas dalam Perlembagaan yang diiktiraf sebagai agama rasmi Persekutuan. Maka tindakan segelintir majikan yang meletak syarat membuka tudung dan memakai skirt jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara.

Ini menunjukkan penghayatan dan pemahaman terhadap kandungan dan keperluan untuk menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara sangat lemah dalam kalangan segelintir rakyat negara ini. Begitu juga halnya dengan diskriminasi terhadap graduan Melayu yang bakal mencetuskan polemik berpanjangan.

Pihak kerajaan yang sedang merangka pelan penyatuan nasional perlu mengambil kira isu seperti ini secara serius. Justeru, langkah pembetulan serta pencegahan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera agar perkara sebegini dapat ditangani secara berhemah secepat mungkin.

Jika dibiarkan berleluasa, dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak puas hati serta meniup api kemarahan dalam diri rakyat yang rasa diri mereka ditindas ataupun menjadi mangsa diskriminasi.

Ringkasnya hormatilah hak setiap warga kerana itulah formula kejayaan kita selama ini. Hayatilah kontrak sosial serta Perlembagaan yang menjadi panduan hidup masyarakat majmuk di negara kita.

Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM


Monday, July 1, 2013

801) MUKA DEPAN BERITA HARIAN 1/7/13-`Buka tudung, boleh kerja'



Byline / Author: Oleh Muhammad Mustakim Ramli; Siti Sofia Md Nasir

Kuala Lumpur: Sesetengah syarikat di ibu negara didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam apabila mensyaratkan mereka yang ingin bekerja membuka tudung dan memakai skirt.

Hak individu

Dasar ditetapkan syarikat itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan menjalankan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan mengenai masalah itu setiap bulan dan lebih mengecewakan ada syarikat terus mengamalkan dasar berkenaan walaupun diberi teguran.

Beliau mendakwa sebuah rangkaian kedai foto cuba mengaburi pandangan orang ramai dengan membenarkan pekerja yang berurusan dengan pelanggan untuk berpakaian sopan dan memakai tudung, sebaliknya petugas di bahagian pentadbiran dipaksa membuka tudung.

"Kita menerima aduan daripada beberapa individu yang menghadiri temu duga di syarikat berkenaan. Jika mereka tidak mengadu, mungkin kita tidak mengetahui syarikat ini terus menindas pekerja Muslim di negara ini.

"Pengadu juga bagaikan tertipu dengan iklan jawatan kosong di luar premis yang ditawarkan pihak terbabit yang memaparkan pekerja wanita bertudung," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Terima aduan

Nadzim berkata, pihaknya turut menerima aduan sama membabitkan sebuah gedung beli-belah di sini serta kolej swasta di Petaling Jaya yang tidak membenarkan pekerja memakai tudung pada satu majlis kolej berkenaan.

"Tindakan ini bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berteraskan kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Nadzim berkata, lebih dikesalkan ada wanita Islam yang terdesak untuk memperoleh pekerjaan terpaksa menggadai akidah dan pegangan apabila bersetuju dengan syarat sebegitu dengan menanggalkan tudung sewaktu bekerja dan memakainya semula selepas habis bekerja.



Headline: Pengalaman wartawan BH

Kuala Lumpur: Wartawan BH melakukan penyamaran sebagai pencari kerja di salah satu rangkaian kedai foto di ibu negara, baru-baru ini.

Wartawan yang memohon jawatan sebagai kerani mendapati semua kakitangan wanita beragama Islam di kedai foto itu memakai skirt dan tidak bertudung.

Kehadiran wartawan yang lengkap bertudung juga tidak disenangi kakitangan di situ apabila mereka terus memberi amaran mengenai 'dasar' syarikat itu ketika menyerahkan borang permohonan kerja.

Apabila ditemuduga oleh Pengarah Sumber Manusianya syarikat itu, wartawan cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai 'dasar' namun beliau enggan melayan pertanyaan berkenaan.

"Jika mahu bekerja di sini, awak perlu membuka tudung dan memakai skirt. Itu dasar syarikat. Tiada kompromi," katanya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut menyeru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian berkaitan untuk duduk semeja dan mencari penyelesaian isu berkenaan.

Wujud akta khusus

Beliau berkata, sudah tiba masanya undang-undang khusus diwujudkan untuk mengelakkan daripada ia terus berulang dan mencemarkan imej Islam.

"Undang-undang sedia ada hanya dilaksanakan kepada orang Islam tetapi tidak dikuatkuasakan kepada bukan Islam.

"Bertudung dan menutup aurat tidak akan mengurangkan produktiviti kerja. Justeru majikan tidak perlu takut dan menjadikannya sebagai alasan untuk menafikan hak mereka," katanya kepada BH.

Noh yang juga bekas Mufti Johor turut menasihati golongan terbabit dengan permasalahan itu agar mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai dan berkat.

INFO

AKTA 559

- Bahagian III - Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya.

- Seksyen 7 - Menghina, atau menyebabkan dipandang hina.

- Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain:

- (a) menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

- (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

- (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.

- Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan dua tahun atau kedua-duanya.


Headline: Diarah buka tudung sebelum temu duga

Kuala Lumpur: Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, beliau dihubungi oleh kakitangan sebuah kedai rangkaian foto di Gombak, di sini untuk ditemuduga selepas memohon jawatan sebagai kerani pada pertengahan Jun lalu.

Katanya, sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga berkenaan, dia dimaklumkan oleh seorang pekerja di situ supaya tidak terkejut sekiranya diminta menanggalkan tudung untuk bekerja.

"Dia perasan saya pelik dengan kenyataan itu dan menjelaskan sekiranya dia tidak memaklumkannya kepada saya, dia akan dimarahi pengurus kerana tidak memberitahu perkara berkenaan terlebih dulu.

"Saya juga dimaklumkan oleh pekerja itu seorang wanita bertudung yang terpaksa membuka tudung ketika bekerja dan akan memakai semula selepas tamat waktu bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Minta tanggal tudung

Nora berkata, walaupun kecewa dia teruskan sesi temu duga itu untuk memastikan kata-kata pekerja itu benar dan ketika ditemuduga ternyata dia diminta untuk menanggalkan tudung serta memakai skirt hari tertentu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa diskriminasi, mahu dikenali sebagai Aein ketika dihubungi BH, berkata dia menerima tawaran sebagai jurujual di salah satu gedung di Suria KLCC pada Februari lalu.

Kena ikut dasar

"Ketika ditemuduga kakitangan premis itu meminta saya membuka tudung atas alasan ia sebahagian dasar yang perlu dipatuhi pekerja.

"Saya tidak menunggu lama di situ dan menolak jawatan berkenaan yang jelas bertentangan dengan agama," katanya.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL