Wednesday, September 11, 2013

898) HARIAN METRO 9/9/13- ISU 'BERTUDUNG TAK BOLEH KERJA SINI' : Aduan Setiap Minggu-PPIM


Kuala Lumpur: Masih ada syarikat swasta yang mendiskriminasi wanita bertudung walaupun hak setiap individu di negara ini untuk bekerja dan mengamalkan agama masing-masing dijamin Perlembagaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai masalah itu hampir setiap minggu dan masih ada syarikat berbuat demikian walaupun sudah diambil tindakan.

"Prosedur ditetapkan syarikat itu sangat bertentangan dengan Perlembagaan yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan menjalankan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro dalam kalangan wanita bertudung mendapati masalah itu bukan perkara asing bagi mereka.

Wan Nurul Izzah Mohd Salleh (gambar), 20, yang bertudung sejak usia 17 tahun mengakui sukar mendapatkan pekerjaan.

"Saya baru menamatkan pengajian di Berjaya University College Of Hospitaly kini sedang mencari pekerjaan sekitar Kuala Lumpur.


"Malangnya apabila melihat penampilan saya bertudung, premis berkenaan tidak menerima permohonan saya dengan alasan prosedur mensyaratkan individu yang tidak bertudung selain berpakaian seksi," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL