Saturday, September 28, 2013

908) HARIAN METRO 17/9/13 : SUSULAN BERITA 'ISTERI DISILAT'- 'Silat latih kita jadi manusia baik'



Kuala Lumpur: "Silat sebenarnya melatih kita menjadi manusia baik, penyayang sabar dan sering melindungi sesiapa saja dalam banyak keadaan.

"Seharusnya seorang yang bertaraf guru menjadi pelindung kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.

"Pencak silat juga mendidik kita menjadi seorang yang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Ia terbukti apabila kita berniat dalam hati untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara apabila menyertai seni mempertahankan diri," kata Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah (gambar).

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang guru silat yang dikenali anak muridnya sebagai alim bertindak memukul, memijak serta mencederakan isterinya termasuk menggunakan tukul sehingga wanita itu meminta cerai serta melarikan diri akibat tidak tahan diperlakukan begitu.

Adiwijaya berkata, perbuatan itu bercanggah dengan prinsip seorang ahli silat yang menghindari segala perbuatan menyalahi ajaran, malah menjadi contoh sebagai pemimpin serta suami yang baik.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah mengaturkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa bagi membantu dia menjalani kehidupan baru selepas ini.


Katanya, PPIM menyedari beberapa kelebihan yang ada pada wanita itu untuk membantu masyarakat khususnya wanita.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL