IMCA gesa Kristian patuh kepada ajaran asal
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah-suai istilah-istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian.
Setiausaha Agung IMCA, Sheikh Abd. Kareem S. Khadaeid berkata, mereka sebagai persatuan antarabangsa tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa dan hanya mengharap masyarakat Kristian menghormati agama lain terutama Islam.
"Kami yakin bahawa orang Kristian yang teguh dengan agama dan iman mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal.
"Mereka (Kristian) yang mendakwa diri mereka sebagai orang beriman perlu ikhlas dengan kebenaran itu.
"Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramic bagi Tuhan yang digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan Bahasa Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai surat terbuka kepada masyarakat Kristian di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Tegas Sheikh Abd. Kareem lagi, jika masyarakat terutama Mingguan Katholik Herald mahu menggunakan kalimah Allah dalam bibble Bahasa Malaysia mereka kenapa tidak dilakukan ke dalam bibble bahasa lain juga.
"Malah, semalam ada paderi mereka yang mengatakan ini bukan perancangan namun kajian terperinci saya di seluruh dunia sejak dahulu lagi sudah ada konsep 'contextualization' yang mengunakan elemen yang diamalkan Islam dan diserapkan ke dalam Kristian untuk membolehkan umat Islam yang murtad tidak kekok.
"Jadi, adakah mereka ikhlas dalam isu penggunaan kalimah Allah ini? " tegasnya.
Menurut Sheikh Abd. Kareem, masyarakat masakini sudah terlalu banyak masalah dan tidak perlu ditambah dengan masalah baru yang mampu menggugat masa depan umat sejagat. - UTUSAN ONLINE
by MOHD. HAZLI HASSAN 6:52 AM- Tonton video sidang akhbar di sini Laporan Langsung Utusan Onlineby MOHD. HAZLI HASSAN 6:22 AM
- Sheikh Abd. Kareem: orang Islam hanya tertarik dengan aksi bukan perkataan. Macam di Eropah. Tak ada pusat Islam tapi disebabkan mereka adalah orang yang berfikir. Mereka berfikir secara rasional dan mencari sendiri. Mereka mencari kebenaran. Itu sebabnya gereja di sana semakin ramai orang menjauhi dan mendekati masjid di sana.by MOHD. HAZLI HASSAN 6:13 AM
- Sheikh Abd. Kareem: Kristian ortodoks tak sejutu dengan isu ini namun ada pihak Kristian lain nak dan ini akan menimbulkan kekacauaan. Dalam mereka sendiri tak satu hati.by MOHD. HAZLI HASSAN 6:10 AM
- Sheikh Abd. Kareem: Kami tak mahu gaduh. Kami tak mahu dakwa sesiapa. Kami hanya mahu kebenaran. Kami bergerak pada tahap global. Apa yang terjadi di dalam Malaysia kita tidak akan terlibat, hanya PPIM.
Datuk Nadzim: Kita harus mengekalkan kemakmuran. Kita tak mahu benda yang lebih buruk terjadi. Kita harus kekalkan kebaikan. Lihat pada sudut kemakmuran kepada generasi akan datang.
by MOHD. HAZLI HASSAN 6:09 AM - Sheikh Abd. Kareem: Kalau semua tuhan dicacar marba apa akan jadi. Dewa Kuan Yin dipanggil Jesus. Kucar kacir jadinya.
Kalau kita nak bagi nama kepada tuhan yang mulia, kita tak boleh bagi sesuka hati kita. Itu sebab orang Cina pakai Kuan Yin, Hindu pakai Vishnu.
Di Malaysia dia (orang Kristian) nak pakai Allah tapi di China lain di India lain.
Mereka memohon untuk pakai dalam bibble bahasa Melayu sahaja tidak pada bibble bahasa lain. Inilah bukti contextualization. Mereka mahukan Melayu Islam murtad.
IMCA hanya mahukan negara aman dan sejahtera. Kita umat Nabi Muhammad SAW. dia membawa rahmat kepada sekelian alam. Kami tak mahu gaduh dengan sesiapa. Kita mahu cakap kebenaran dan minta semua orang-orang yang cinta kepada tuhan tak kiralah agama apa untuk bercakap benara dan jangan buat apa-apa yang boleh bawak masalah di dunia.
Paderi-paderi, tumpulah kepada orang Kristian sahaja untuk menjadi orang Kristian yang lebih baik. Jangan timbulkan masalah lagiby MOHD. HAZLI HASSAN 5:56 AM - Sheikh Abd. Kareem: kebanyakan sumber yang saya dapat adalah dari sumber kristian bukan Islam.
Berbalik kepada kalimah Allah, memang orang Syria dan Arab Kristian guna dalam kitab mereka tapi mereka berpegang kepada satu frasa yang guna konsep dari gospel yang mengatakan He is God and God alone. Dia adalah tuhan dan tuhan sahaja. Mereka pakai Allah merujuk kepada konsep tuhan itu satu.
Orang kristian kalau nak pakai ikut kenyataan itu tidak ada masalah. Tapi mereka dan bagi interpretasi dan terjemahan daripada kenyataan itu.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:48 AM - by MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM
- by MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM
Laman web Malaysia yang menyatakan perancangan mengenai kosep contextualizationby MOHD. HAZLI HASSAN 5:44 AM- Sheikh Abd. Kareem: semalam ada paderi yang mengatakan tidak ada perancangan namun kita mengkaji dan membentangkan bukti yang sudah wujud perancangan lama dulu.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:42 AM
-
Namun ada gereja yang tiak mahu ikut.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:39 AM - Sheikh Abd. Kareem: mereka mengkaji tentang al-Quran cara solat dan menggunakan cara Islam dan diserapkan dalam Kristian menurut blog berkenaan. Ia dibincangkan di tahap global.
Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:39 AM - Sheikh Abd. Kareem: mereka mengkaji tentang al-Quran cara solat dan menggunakan cara Islam dan diserapkan dalam Kristian menurut blog berkenaan. Ia dibincangkan di tahap global.
Menurut strategi blog berkenaan mereka yang murtad masih mengamalkan cara-cara orang Islam namun hati sudah Kristian.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:38 AM
Bukti ini bukan dari Malaysiaby MOHD. HAZLI HASSAN 5:36 AM- Sheikh Abd. Kareem: dia bukan satu usaha yang baru dan bukan hanya di Malaysia. Ia adalah perancangan yang sudah lama dibuat.
Ada blog yang menunjukkan strategi mengenai contextualization yang akan menghubungkan dengan komuniti muslimby MOHD. HAZLI HASSAN 5:35 AM - Sheikh Abd. Kareem: di seluruh dunia ada konsep yang menggunakan contextualization. Ada yang mahu guna tapi ada yang tak mahu guna. Digunakan oleh orang asal yang guna barang-barang atau perkara tidak Kristian untuk kegunaan Kristian agar mereka penganut yang tidak selesa berada di dalam agama itu merasa selesa.by MOHD. HAZLI HASSAN 5:34 AM
-
Sidang akhbar IMCA oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (kanan) dan Setiuasaha Agung IMCA, Sheikh Abd. Kareem S Khadaiedby MOHD. HAZLI HASSAN 5:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2013
(400)
-
▼
September
(43)
- 917) BERITA MOBTV 27/9/13 : THE UNENDING SUFFERING...
- 916) BERITA PPIM METRONEWSKL 28/9/13-PPIM & IMCA M...
- 915) BERITA HARIAN 26/9/13-JANGAN PINGGIR SYARIKAT...
- 914) RENCANA UTUSAN MALAYSIA 27/9/13 : Antara agen...
- 913) UTUSAN MALAYSIA 26/9/13 : Petronas Dagangan ...
- 912) BERITA MOBTV 26/9/13 : PPIM Kecam Keenganan S...
- 911) BERITA PPIM METRONEWSKL : 'Litte Napoleon Di ...
- 910) BERITA TERKINI TV3 25/9/13 : PANTAU DISKRIMIN...
- 909) ANTARA POS 26/9/13-Selangor jangan lokek taja...
- 908) HARIAN METRO 17/9/13 : SUSULAN BERITA 'ISTERI...
- 907) RENCANA UTUSAN MALAYSIA 15/9/13: Antara subsi...
- 906) UTUSAN MALAYSIA 17/9/13 : Wujudkan direktori ...
- 905) HARIAN METRO 16/9/13 (Berita Utama )- Isteri ...
- 904) HARIAN METRO 12 SEPTEMBER 2013 : CARA HALUS G...
- 903) UTUSAN MALAYSIA 12/9/13-HORMATI SENSITIVITI U...
- 902) UTUSAN MALAYSIA-LAPORAN LINTAS LANGSUNG 11/9/...
- 901) HARIAN METRO 14/9/13: Kes Ismail Dirujuk ke B...
- 900) HARIAN METRO 13/9/13 : BICARA GUNA MATA
- 899) RAKYATNEWS 3/9/13-PPIM Kutuk Papan Tanda Kete...
- 898) HARIAN METRO 9/9/13- ISU 'BERTUDUNG TAK BOLEH...
- 897) UTUSAN MALAYSIA 8/9/13-PPIM WUJUD DIREKTORI P...
- 896) UTUSAN MALAYSIA 8 SEPTEMBER 2013-Kegagalan us...
- 895) DARI BLOG LAIN: JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST...
- 894) HARIAN METRO 6/9/13 :TIADA ADUAN KENAIKAN HAR...
- 893) BERITA HARIAN 6/9/13:HARGA PASARAN RUMAH DIYA...
- 892) Tazkirah Jumaat 6/9/13
- 891) SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN GEREJA ...
- 890) IMCA OPEN LETTER TO MALAYSIAN CHURCH BODIES A...
- 889) BERITA PPIM 5/9/13-Sidang Media Forum Penggun...
- 888) RAKYAT NEWS 4/9/13: PPIM Anjur Forum Pengguna...
- 887) HARIAN METRO 5/9/13: SYOR PERKENAL REBAT MOTO...
- 886) NEWS STRAITS TIMES 4/9/13-NGO MONITOR AIRLINE...
- 885) BERITA HARIAN 4/9/13 : Ambil tindakan syarika...
- 884) BERITA HARIAN 4/9/13-Harga petroleum kita pal...
- 883) BERNAMA 2/9/13-Kenaikan Harga Minyak: Perting...
- 882) SINAR HARIAN 4/9/13-Harga minyak: Keputusan m...
- 881) UTUSAN MALAYSIA 4/9/13-Persatuan Pengguna sif...
- 880) THE STAR 4/9/13-Fuel price hike: 20 sen incre...
- 879) THE STAR 15/8/13-'Trojan horse' helps debtors...
- 878) BERITA ANTARAPOS: Tapis subsidi agar sampai k...
- 877) BERITA PPIM: Air Asia Kenakan Caj Tambahan La...
- 876) MALAY MAIL 13/8/13-NO DEBIT CARD FEES
- 875) BERITA HARIAN 3/9/13: PENGGUNA SERBU STESEN K...
-
▼
September
(43)
No comments:
Post a Comment