Showing posts with label PAPAN IKLAN. Show all posts
Showing posts with label PAPAN IKLAN. Show all posts

Friday, June 26, 2015

2719) PPIM Bersama Masyarakat: Sekitar 'Pembersihan' Iklan Haram Ah Long Di Setapak (Gambar)


Pada 14 Jun 2015 lalu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan gotong-royong bagi menurunkan poster-poster iklan haram seperti iklan 'Ah Long' dan ubat kuat.

Gotong-royong ini telah dijayakan dengan kerjasama KRT PPR Kampung Baru Air Panas Setapak, AJK Surau AL-Taqwa Setapak, dan Persatuan Penduduk.

Pihak PPIM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap masalah seperti ini dapat ditangani sepenuhnya.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program:

Displaying IMG-20150619-WA0003.jpg

Displaying IMG-20150619-WA0004.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0010.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0009.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0018.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0013.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0017.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0020.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0021.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0022.jpg

Displaying IMG-20150626-WA0019.jpg

Sunday, September 15, 2013

899) RAKYATNEWS 3/9/13-PPIM Kutuk Papan Tanda Ketepi Bahasa Kebangsaan




KUALA LUMPUR 3 Sept - Persatuan Pengguna Islam Malasia (PPIM) hari ini mengutuk tindakan beberapa syarikat dan agensi bertindak  menyiarkan papan tanda yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan.

Ketua Aktivisnya, Dato' Nadzim Johan berkata, hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan PPIM, didapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa rasmi Negara.

"PPIM menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat atas kegagalan mereka mematuhi syarat penggunaan Bahasa Kebangsaan di atas papan tanda dan billboard," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengambil contoh garis panduan dan syarakat permohonan iklan papan tanda premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, setiap visual hendaklah mendapat pengesahan Bahasa Melayu yang betul daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto - PPIM

Sumber: http://www.rakyatnews.my/index.php/2013090382242/jenayah/ppim-kutuk-papan-tanda-ketepi-bahasa-kebangsaan

Friday, June 28, 2013

796) UTUSAN MALAYSIA 28/6/13-Ambil tindakan premis enggan guna bahasa Melayu



KUALA LUMPUR 27 Jun - Pihak berkuasa tempatan digesa mengenakan tindakan terhadap premis perniagaan yang enggan menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penekanan lebih serius perlu dilakukan demi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah sekian lama menjadi penghubung antara kaum di negara ini.

Menurut beliau, jika dibiarkan, ditakuti bahasa kebangsaan akan menjadi semakin layu dan seterusnya tenggelam dalam era globalisasi masa kini.

"Segala hal rasmi melibatkan pihak berkuasa tempatan wajib menggunakan bahasa Melayu, namun persoalannya, adakah kewajipan itu tidak diamalkan semasa pendaftaran premis perniagaan yang dilakukan oleh peniaga?

"Ini jelas menunjukkan penguatkuasaan terhadap penggunaan bahasa Melayu lemah dan kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya sedar dan ambil tindakan khusus bagi menjamin kedudukan bahasa kebangsaan di tanah air ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Nadzim, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga bertanggungjawab dalam mengekalkan bahasa tersebut seiring dengan peranan mereka sebagai pusat rujukan bahasa Melayu yang dihormati.

"Penggunaan bahasa Melayu harus konsisten dengan pembangunan negara ini. Saya tidak mahu Malaysia dianggap sama seperti negara lain yang mana penggunaan bahasa di papan tanda tidak diselaraskan," katanya

Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib menegaskan, penggunaan bahasa Melayu dalam semua aspek memerlukan campur tangan pihak berkuasa supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan.

Jelasnya, pihak berkuasa turut diminta supaya tidak mudah akur dengan kehendak para peniaga yang hanya memandang remeh tentang penggunaan bahasa kebangsaan untuk premis perniagaan mereka.

"Kita mesti bertindak tegas dalam hal ini kerana tanggungjawab memperkasakan bahasa Melayu terletak pada bahu seluruh rakyat Malaysia," katanya.

 Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_18/Ambil-tindakan-premis-enggan-guna-bahasa-Melayu#ixzz2XUUw3pU3
© Utusan Melayu (M) Bhd



795) LAPORAN LANGSUNG UTUSAN ONLINE 27/6/2013 Daripada KHAIRULANUAR YAHAYA



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kini saya, KHAIRULANUAR YAHAYA berada di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

PPIM bersama Kelab Wartawan Muda Malaysia mengadakan sidang akhbar mengenai isu penggunaan bahasa bukan kebangsaan di papan tanda iklan yang dilihat semakin berleluasa di Malaysia.

by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:57 AM yesterday



Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, pengunaan bahasa bukan kebangsaan ini mengelirukan pelancong.

Justeru beliau mahu pihak berkuasa tempatan dan Dewan Bahasa dan Pustaka memantau serta menguatkuasakan undang-undang untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Ini kerana isu papan tanda bukan bahasa kebangsaan ini sama isu sekolah vernakular di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jika tindakan tidak diambil, akan sampai satu tahap bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati.


by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE on 12:34 PM yesterday














Wednesday, June 26, 2013

793) ISU:PAPAN IKLAN YANG MEMINGGIRKAN BAHASA KEBANGSAAN

kempenppim's PAPAN IKLAN YANG MEMINGGIRKAN BAHASA KEBANGSAAAN album on Photobucket

Kebelakangan ini, terdapat berbagai jenis papan tanda yang tidak langsung bersemangat Malaysia atau melambangkan nilai-nilai perpaduan dan kesejahteraan Negara ini. Tulisan yang terpampang tidak membezakan samada kita berada di Hong Kong, New York, Kota London atau Beijing. Apa yang kita lihat sebenarnya bertentangan dengan semangat perlembagaan Negara.

Ini adalah antara gambar yang diambil sekitar Lembah Klang. Jika anda di luar sana ada gambar yang boleh dikongsi boleh emel kepada kami di muslimconsumers@gmail.com.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL