Wednesday, January 25, 2017

3387) KAJI KAEDAH SAMBUNG BAYAR KENDERAAN - KOSMO - 25/1/2017

                  kosmo 25.1.2017

 Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya Bank Negara dan badan undang-undang mengkaji semula akta sewa beli kenderaan bagi membolehkan pengguba melepaskan kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata,meskipun menyedari tiada peruntukkan undang-undang namun masih ramai memilih untuk menggunakan kaedah tersebut atas tekanan ekonomi dan kewangan. Jelasnya sepanjang tahun lalu PPIM menerima lebih daripada 150 aduan berhubung masalah yang dihadapi pengguna disebabkan cuba untuk menjual kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. " Kes terbanyak adalah pengguna melepaskan kenderaan mereka kepada syarikat kewangan atau kenderaan terpakai,namun masih dibebani hutang apabila syarikat lesap. " Isu ini memang sudah lama bagaimanapun is semakin mendesak disebabkan keadaan ekonomi sekarang apabila pengguna tiada pilihan kecuali menjual kenderaan mereka secara sambung bayar atas faktor kewangan ,"katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Mengulas lanjut Nadzim berkata, kaedah sambung bayar dilihat agak mudah dan sesuai selain mewujudkan situasi menang-menang kepada pihak pembeli,penjual,industri dan bank. Menurutnya, terdapat lambakan kereta terpakai yang gagal dijual kerana pinjaman bank tidak diluluskan seterusnya mengakibatkan industri dan pemilik asal kenderaan tambah tertekan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...