Tuesday, January 31, 2017

3395) WAJIBKAN LABEL BARANG IMPORT GUNA BAHASA MELAYU - UTUSAN MALAYSIA - 31/1/2017

                               utusan malaysia 31.1.2017 2

 Kuala Lumpur 30 Jan - Kerajaan disaran menubuhkan Suruhanjaya  Keselamatan Pengawalan Makanan dan Produk Pengguna bagi memastikan tiada lagi sebarang produk dari luar negara yang menggunakan bahasa asing pada bungkusannya. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata,menerusi penibuhan suruhanjaya tersebut,setiap produk termasuk makanan yang memasuki negara ini perlu ditapis terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna. " Langkah ini penting bagi memastikan setiap produk yang diimport terjamin selamat dari aspek kandungan dan mekanisme yang digunakan. " Pemantauan ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan menjaga kualiti serta menjamin keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai produk atau barangan import yang masih menggunakan bahasa asing pada bungkusan dan sukar difahami oleh pengguna. Mengulas lanjut, Mohd Yusof berpendapat, perkara tersebut tidak boleh diserahkan  kepada Kementerian Kesihatan semata-mata sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak terutama aspek pemantauan. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan menyediakan satu garis panduan dan mekanisme yang wajib dipatuhi oleh semua pengeksport dari luar negara untuk memastikan setiap produk asing yang memasuki Malaysia menggunakan label dalam bahasa Melayu. Menurutnya, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kastam Draja Malaysia (JKDM) perlu bertindak lebih tegas dengan merampas produk-produk yang gagal mematuhi garis panduan itu. "Setiap barangan luar yang hendak dibawa masuk ke dalam negara ini perlu membuat deklarasi dengan JKDM dan sekiranya gagal memenuhi undang-undang yang diperuntukkan oleh kerajaan kita, maka kita kena sekat kemasukan barangan mereka," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...