Tuesday, January 24, 2017

3383) REMAJA KAKI BOTOL! _ OPS BAH SIRI KE 32 - TV PPIM - 24/1/2017



Tatkala manusia mahu memjamkan mata, aktiviti gelap bermula. Mari kita ikuti ops bah siri ke 32 yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 20 Januari 2017 dan disertai oleh beberapa NGO termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Operasi ini bertujuan unutk mencegah gejala sosial seperti judi, arak dan zina dari berleluasa. Sasaran Ops Bah kali ini adalah di pusat-pusat perjudian haram, rumah-rumah urut, pusat pelacuran dan juga kelab hiburan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur  Tepat jam 11 malam kami berkumpul di DBKL dan memulakan pendaftaran. Selain PPIM, Ops Bah kali ini disertai 25 Agensi Kerajaan dan Ngo iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain lain. Taklimat sebelum ops diketuai Tuan Azman Mahmood, Penyelaras Ops Bah serta ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Masridzi dari Perkid.  Hujan menemani ops bah kali ini seolah-olah Allah merahmati akan usaha yang dilakukan oleh semua yang terlibat. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Tepat 12:15 minit malam, kami tiba di salah sebuah pusat snuker yang dipercayai juga menempatkan mesin judi haram. Malangnya, pemilik pusat snuker berkenaan sudah menghidu kedatangan kami dan berjaya mengosongkan premis. Semua mesin judi dan komputer di bawa ke DBKL untuk tindakan seterusnya.  Perjalanan kami diteruskan lagi ke lokasi kedua iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 1:30 pagi, kami dan pasukan tiba di lokasi kedua iaitu sebuah pusat hiburan dipercayai Kelab Dangdut. Setibanya kami di sana, didapati kebanyakan pengunjung berbangsa Melayu dan beragama Islam sedang meminum minuman keras. Hasil serbuan tidak menjumpai sebarang jenis dadah. AADK menjalankan ujian air kencing dan ujian kandungan alkohol dalam nafas keatas pengunjung dan didapati 75 peratus dari mereka dalam keadaan mabuk.  Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Ops Bah kali ini diharap dapat mencegah anak muda di Kota Raya besar seperti Kuala Lumpur, terus hanyut dengan dosa dan noda. Operasi demi operasi terus dilakukan, namun mereka tidak pernah serik. Nafsu menggila, syaitan bermaharajalela. Jangan bila sudah terhantuk baru tengadah.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...