Thursday, January 19, 2017

3374) TEPUNG DI PASARAN SELAMAT DIGUNAKAN - HARIAN METRO - 19/1/2017

                 harian metro 19.1.2017

  Putrajaya: Pemantauan Kementerian Kesihatan(KKM) terhadap pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan bahan peluntur Benzoil Peroksida (BP) adalah di bawah kadar dibenarkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 membenarkan BP sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg). "BP sudah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). "Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme membenarkan membenarkan penggunaan BP dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti saintifik terkini dari badan antarabangsa membuktikan mana-mana bahan dalam makanan berbahaya kepada kesihatan. "Ia termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya. Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur yang boleh menyebabkan kanser seperti yang tersebar di laman sosial

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...