Saturday, January 14, 2017

3354) PPIM BANTU KELUARGA ' DIHANTUI ' AH LONG - UTUSAN MALAYSIA - 14/1/2017



Kuala Lumpur 13 Jan - Sikap tidak bertanggunjawab seorang suami yang meminjam wang daripada sekumpulan ah long dan kemudiannya melarikan diri dan menyebabkan isterinya dan juga 8 orang anak terpaksa menanggung akibat perlakuan tidak bermoral.
Lebih teruk lagi wanita tersebut,Anita Mes terpaksa pula meminjam daripada beberapa ah long lain hanya semata-mata untuk membayar bunga sekumpulan ah long yang dipinjam oleh suaminya sebelum ini.
Daripada satu ah long, kini Anita Mes terpaksa berhadapan dengan gangguan 6 ah long melibatkan pinjaman mencecah RM 40 000.
Disebabkan Anita tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dia menghadapi kesukaran untuk membayar hutang-hutang tersebut dan sering diganggu oleh sekumpulan ah long berkenaan yang bukan sahaja membaling cat ke rumahnya tetapi turut mengugut mahu membunuh serta memperkosakan anaknya.
Tidak tahan dengan gangguan kumpulan ah long berkenaan, Anita nekad membuat aduan secara dalam talian kepada Persatun Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan harapan dia serta anak-anaknya dibantu,setelah suaminya menghilangkan diri sejak 6 bulan lalu.
Menyedari kepayahan yang dihadapi oleh Anita,PPIM tampil menghulurkan bantuan.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi serta beberapa aktivis persatuan itu mengambil langkah drastik dengan menghubungi kumpulan ah long terbabit dan meminta supaya tidak menggangu Anita,sementara dia berusaha mencari dana untuk membayar semula hutang-hutang mereka.
Selain itu,PPIM juga mengeluarkan surat sokongan untuk Anita memohon bantuan pihak baitumal.
Tidak sekadar itu, Muhammad Yusuf turut mengetuai persatuan tersebut melawat kediaman Anita untuk melihat dengan lebih dekat lagi situasi Anita serta 8 anaknya semalam.
Muhammad Yusuf memberitahu sedikit sumbangan kewangan, barangan dapur dan juga keperluan sekolah diagihkan kepada Anita serta anak-anaknya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...