Friday, January 6, 2017

3330) " PENIAGA JANGAN LETAK HARGA SESUKA HATI - NGO " - UTUSAN MALAYSIA - 6/1/2017



Kuala Lumpur 5 Jan - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa peniaga tidak mengambil kesempatan ketika musim tengkujuh yang melanda sebagai alasan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga perlu bertimbang rasa dengan mengekalkan harga barangan mengikut harga kawalan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
" Saya faham susah bagi peniaga untuk menyimpan bekalan di musim tengkujuh,tetapi itu bukan alasan untuk mereka menaikkan harga barang keperluan melebihi harga kawalan yang ditetapkan."
" Peniaga perlu buang sikap tamak dan menerima apa yang berlaku dengan seadanya serta bersikap jujur dalam peniagaan mereka,"katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas hasil tinjauan Utusan Malaysia di pasar Chow Kit yang mendapati rata-rata pengguna mahukan penguatkuasa memantau kenaikkan harga ikan yang naik mendadak sejak musim tengkujuh.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...