Wednesday, January 18, 2017

3367) HARIAN METRO - DUIT JUALAN BEG PLASTIK DIPERTIKAI - 18/1/2017

               harian metro 18.1.2017

Kuala Lumpur: Kempen pengurangan penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat perlu dilaksanakan secara teratur bagi membolehkan ia mencapai matlamat menjaga alam sekitar. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masalah mengenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik di Selangor dilihat tidak dilaksanakan secara teratur sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak yang membantah sejak dilaksanakan awal bulan ini.
“PPIM menilai isu ini dari aspek politik, sebaliknya masalah pengurusan dari pelbagai sudut. “Antaranya tiada penjelasan lanjut mengenai kaedah wang hasil jualan plastik itu disalurkan,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, seperti yang dijelaskan semua wang bayaran plastik itu akan diuruskan peniaga sepenuhnya untuk disalurkan bagi tujuan amal. “Sejauh mana pemantauan akan dilakukan ke atas mereka dalam menguruskan wang berkenaan? “Semua itu tidak dijelaskan kaedah pemantauannya seolah-olah memberi jalan mudah kepada peniaga untuk mengaut keuntungan,” katanya. Menurut beliau, kos untuk satu plastik hanya sekitar 5 sen menunjukkan nilai tiga kali ganda murah daripada harga yang ditetapkan kepada orang ramai.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...