Thursday, January 5, 2017

3324) ” PPIM LANCAR TABUNG BANTU PENGGUNA ” – BERITA HARIAN – 5/1/2017

              BERITA HARIAN 5.1.2017
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Tabung Kemanusiaan PPIM bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan pengguna yang terbabit dengan pelbagai isu kepenggunaan. Sebagai permulaan, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada keluarga pemilik rumah yang dilelong dan tersebar luas di media sosial, baru-baru ini. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya sudah cuba menghubungi pihak bank, namun belum mendapat maklum balas. “Masalah keluarga ini belum selesai kerana tiada maklum balas pihak bank dan difahamkan rumah itu akan dilelong pada 10 Januari ini. “Kita terkilan kerana bank masih mengeluarkan iklan lelongan bagi rumah berkenaan pada harga RM445,000 manakala deposit oleh Lee Hui Sen sebanyak RM44,500 tidak ditolak. “Jika lelongan diteruskan, usaha Lee Hui Sen melepaskan deposit 10 peratus pembelian rumah lelong bagi membantu keluarga berkenaan nyata sia-sia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi. Nadzim berkata, pihaknya akan membuat rundingan dengan pembida kedua bagi membayar rumah itu menggunakan sumbangan orang ramai menerusi tabung kemanusiaan PPIM. Katanya, PPIM turut menghubungi Hui Sen yang ‘melepaskan’ rumah di Subang 2 itu selepas memenangi bidaan berikutan simpati melihat rumah berkenaan masih didiami oleh keluarga mempunyai anak kecil. “Bagaimanapun, beliau hanya boleh dihubungi menerusi peguamnya kerana mahu merahsiakan identiti. “Kita harap sumbangan orang ramai terhadap tabung kemanusiaan PPIM diteruskan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan,” katanya. Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan PPIM menerusi akaun CIMB Bank 8602507446.
Selanjutnya di : http://ift.tt/2hQniKt



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...