Friday, January 27, 2017

3393) OPS TABUNG KEMANUSIAAN PPIM - 25/1/2017

20170126121515818_0001 JOHOR 25/1/2017- Satu operasi berkaitan kes along yang dikendali oleh Pasukan Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UTK PPIM) tidak berjaya dengan sepenuhnya. Kes ini telahpun disiasat terlebih dahulu dan maklumat yang telah kami perolehi mendapati bahawa salah seorang mangsa penipuan Ah Long ini telahpun berhutang dengan seorang along sejumlah RM 3000.00 namun setibanya kami di rumah mangsa, mangsa menceritakan situasi yang agak berbeza. Mangsa mengatakan bahawa dia tidak meminjam sejumlah wang dengan along berkenaan dan tidak mengenali Ah Long tersebut. Akan tetapi dia mengenali seorang peguam yang mempunyai hubungan dengan along tersebut.
Crop-Gambar-Untuk-Website2 Katanya lagi, dia ditipu oleh peguam tersebut dalam proses pembelian rumah yang bernilai RM 100 ribu ringgit. “ Saya jumpa dia di kedai makan berhampiran dengan syarikat guaman dan saya bagi duit tu secara tunai ” katanya. Namun dalam masa yang sama dia ada berkata yang dia tidak tahu dimana lokasi syarikat guaman tetapi dalam perbualan beliau ada mengatakan penyerahan wang tersebut dilakukan berhampiran dengan syarikat guaman itu.
Disini, Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah menangkap dan berpendapat bahawa kemungkinan mangsa takut akan ugutan yang pernah dibuat along yang juga berselindung dibelakang peguam dan beliau mengambil keputusan untuk tidak memberitahu cerita yang sebenar. Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM yang diketuai oleh En. Muhamad Yusuf Azmi telahpun menyediakan sejumlah wang yang diperolehi dari Tabung Kemanusiaan PPIM anjuran PPIM ini untuk menyelesaikan masalah pengadu tersebut namun gagal.Crop-Gambar-Untuk-Website Akan tetapi, ia tidak terhenti disitu sahaja. Dengan rasa tanggungjawab, En Yusuf mengarahkan pasukannya menyelidik dimana lokasi syarikat guaman Ah Long itu untuk tindakan selanjutnya dan didapati ia masih lagi beroperasi seperti biasa.   Saranan kami di PPIM agar masyarakan hendaklah lebih berani untuk melaporkan dan menceritakan perkara sebenar kepada pihak berkuasa ataupun NGO-NGO seperti PPIM namun jangan sesekali bertindak secara melulu atau terburu-buru. Terima setiap nasihat dan cadangan dari pihak yang sepatutnya yang juga mempunyai pengalaman mengendali kes-kes along seperti ini. 3 Crop-Gambar-Untuk-Website1

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...