Friday, January 13, 2017

3351) PPIM GESA BANK NEGARA GUBAL DASAR TIDAK BERAT SEBELAH TERHADAP PENGGUNA, KAJI SEMULA PROSES ISYTIHAR MUFLIS - KOSMO - 13/1/2017


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) agar mengkaji semula proses pengisytiharan muflis ke atas pelanggan supaya tidak dilihat berat se­belah dan tidak adil kepada pengguna.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sistem yang sedia ada disifatkan sebagai ‘hukuman mati’ ke atas pengguna walaupun tindakan berkenaan hanya melibatkan pinjaman daripada institusi kewangan.
“Kita meminta supaya dalam kes yang mana pe­langgan mempunyai aset seperti rumah atau kenderaan, pihak bank tidak boleh terus bertindak mengisytiharkan status muflis terhadap mereka.
“Bank perlu menjual aset dahulu sebelum bertindak mengisytiharkan status muflis. Kalau ini dibuat pengguna tidak akan terbeban. Sekarang mereka berhadapan de­ngan lelongan aset dan status muflis.
“Sekiranya diisytihar muflis, mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa menanggung kos yang tinggi,” katanya pada sidang akhbar mengenai status kes lelongan rumah pemenang bida, Lee Hui Sen di sini semalam.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...