Wednesday, January 18, 2017

3371) GUNA PLASTIK MUDAH LUPUS BERHARGA 10 SEN, CADANG PPIM - MALAY AVA 360 - 18/1/2017

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata pengguna di negara ini perlu didik menggunakan beg kertas dan plastik mudah lupus dalam usaha menjaga alam sekitar. Katanya, kerajaan perlu merancang kempen itu dan dalam masa yang sama ia tidak menyusahkan pengguna. “Kita perlu guna plastik mudah lupus yang harga dia hanya RM0.10. Kalau pasar raya sediakan plastik mudah lupus saya pun setuju. (Ini tidak) mereka sediakan plastik (susah lupus) dan paksa kita beli pula. “Kita kena beritahu masyarakat ini plastik mudah lupus, ini plastik biasa. Barulah ada proses pendidikan. Paling tidak gunakan beg kertas seperti di luar negara. (Dengan guna beg kertas) kita tak libatkan peniaga dan tak beri keuntungan pada mereka. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di pejabat PPIM hari ini. Nadzim berkata demikian mengulas mengenai Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010. Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20 sen bagi setiap satu beg plastik. Terdahulu, Nadzim mempersoalkan mengenai hasil wang kutipan daripada penjualan beg plastik yang mahu digunakan bagi kerja-kerja pemeliharaan alam sekitar. Nadzim berkata pada masa sama, kerajaan negeri menyatakan wang terkumpul daripada penjualan beg plastik berkenaan sepatutnya digunakan bagi kerja-kerja pemeliharaan alam sekitar (CSR). Ia kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengaudit peniaga terbabit.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...