Monday, January 16, 2017

3355) KAJI TEPUNG GANDUM ADA PELUNTUR - KOSMO - 16/1/2017



Kuala Lumpur - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisisdi makmal secepat mungkin.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata,pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut sekiranya didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.
" Ia merupakan satu kesalahan undang-undang kalau kita menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung.
" Sekiranya dibuktikan ada bahan kimia lebih daripada yang ditetapkan,kita akan ambik tindakan termasuk tarik balik penjualan,menghentikan operasi dan ambil tindakan dari segi perundangan,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di Ibu Pejabat MIC di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi menggulas mengenai senarai tepung gandum yang dikeluarkan  Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti Kanser.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penjualan pil Misoprostol atau Cytotec secara dalam talian yang didakwa boleh menggugurkan kandungan, Subramaniam berkata, is sukar dikesan dan diambil tindakan kerana melibatkan pembelian yang dilakukan di luar negara.
Penjualan pil tersebut secara terbuka viral di laman Facebook kerana mudah didapati menerusi pembelian dalam talian.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...