Showing posts with label AKTA SEWA BELI KENDERAAN. Show all posts
Showing posts with label AKTA SEWA BELI KENDERAAN. Show all posts

Wednesday, January 25, 2017

3391) SAMBUNG BAYAR CARI BALA - METRO ONLINE - 24/1/2017

   PPIM_1485250157
Kuala Lumpur: Sambung bayar umpama mencari bala. Perumpamaan itu diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung isu sambung bayar kenderaan yang merekodkan kerugian lebih RM1 juta sepanjang tahun lalu. Ia membabitkan kaedah bayaran bulanan kepada bank tanpa menukar nama menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian selepas syarikat jualan kereta terpakai 'gulung tikar' dan gagal dikesan. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aduan isu berkenaan semakin meningkat kebelakangan ini selepas pengadu berdepan kemungkinan muflis akibat kegagalan pihak ketiga membayar ansuran. "Rekod kita mendapati ia semakin meningkat. Pembeli asal menyerahkan kereta kepada syarikat jualan, namun tanpa pengetahuan mereka, ia diserahkan kepada pihak ketiga secara sambung bayar. "Bagaimanapun, mereka gagal membayar dan beban itu ditanggung pemilik seperti disenarai hitamkan. Ada juga kes syarikat sudah tutup dan enggan bertanggungjawab kerana kenderaan diserahkan kepada orang lain," katanya pada sidang media hari ini.

3390) KAJI SEMULA POLISI PERBANKAN - PPIM - BERITA HARIAN ONLINE - 24/1/2017

               WhatsApp_Image_2017-01-24_at_4.56.42_PM.jpg.transformed

  KUALA LUMPUR: Polisi perbankan negara inii wajar dikaji semula supaya tidak membebankan pengguna dalam urusan jual beli kenderaan persendirian. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima kira-kira 15 aduan membabitkan penipuan sambung bayar bulanan kenderaan. Katanya, pengadu mendakwa terpaksa menanggung bebanan hutang berganda selepas gagal mengesan individu sepatutnya menyambung bayaran. "Tahun lalu, sebanyak 160 aduan kes diterima membabitkan pengguna tidak mampu membayar ansuran bulanan dan ditarik bank, namun penama kenderaan menanggung bebanan tempoh pembiayaan kereta sehingga tamat. "Justeru, PPIM berharap pengamal polisi perbankan lebih telus berikutan memandangkan tidak ada kaedah berkaitan sambung bayar, malah pengguna boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Sewa Beli," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Nadzim berkata, Bank Negara disaran menyediakan garis panduan berkenaan perkara berkenaan supaya tidak membebankan pembeli, termasuk menyenarai hitam peminjam.  

3387) KAJI KAEDAH SAMBUNG BAYAR KENDERAAN - KOSMO - 25/1/2017

                  kosmo 25.1.2017

 Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya Bank Negara dan badan undang-undang mengkaji semula akta sewa beli kenderaan bagi membolehkan pengguba melepaskan kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata,meskipun menyedari tiada peruntukkan undang-undang namun masih ramai memilih untuk menggunakan kaedah tersebut atas tekanan ekonomi dan kewangan. Jelasnya sepanjang tahun lalu PPIM menerima lebih daripada 150 aduan berhubung masalah yang dihadapi pengguna disebabkan cuba untuk menjual kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. " Kes terbanyak adalah pengguna melepaskan kenderaan mereka kepada syarikat kewangan atau kenderaan terpakai,namun masih dibebani hutang apabila syarikat lesap. " Isu ini memang sudah lama bagaimanapun is semakin mendesak disebabkan keadaan ekonomi sekarang apabila pengguna tiada pilihan kecuali menjual kenderaan mereka secara sambung bayar atas faktor kewangan ,"katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Mengulas lanjut Nadzim berkata, kaedah sambung bayar dilihat agak mudah dan sesuai selain mewujudkan situasi menang-menang kepada pihak pembeli,penjual,industri dan bank. Menurutnya, terdapat lambakan kereta terpakai yang gagal dijual kerana pinjaman bank tidak diluluskan seterusnya mengakibatkan industri dan pemilik asal kenderaan tambah tertekan.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL