Saturday, July 26, 2014

2068) HARIAN METRO - 24/7/2014 - Tokoh agama pantau SOP - PPIM




Headline: Tokoh agama pantau SOP
Publication: HM
Date of publication: Jul 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 056
Byline / Author: Oleh Hadzlan Hassan

Shah Alam: Tiga panel bebas terdiri daripada tokoh agama negara dijemput untuk memantau prosedur operasi standard (SOP) kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury Malaysia), di sini bagi memastikan kilang berkenaan mematuhi syarat pensijilan halal produk keluaran mereka.

Ketiga-tiga panel berkenaan ialah Penasihat Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut, Bekas Penasihat Agama Islam kepada Sultan Terengganu Mohd Shukri Ali dan Presiden Kesatuan Ilmuan Islam dan Pendakwah Zaharuddin Abd Abd Rahman.

Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Raja Zalina Raja Safran berkata tindakan memanggil tokoh agama itu diambil berikutan dakwaan yang dibuat terhadap Cadbury oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyatakan coklat keluaran Cadbury Malaysia mengandungi DNA babi.

Katanya, tindakan memperkenalkan panel bebas itu juga adalah langkah yang diambil untuk meraih semula kepercayaan pengguna Islam di negara ini berikutan hasil jualan yang terjejas teruk ekoran dakwaan terbabit.

"Pemeriksaan terhadap kertas kerja perakuan halal yang diterima Cadbury Malaysia sudah disepakati panel jemputan kami selain negara Asia seperti Brunei, Arab Saudi dan Singapura yang turut menerima bekalan daripada negara ini," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengerusi Halal Dalaman dan Pengurus Kilang, Cadbury Malaysia, Yaccob Khan Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Raja Zalina ketika ditanya mengenai cadangan kemungkinan akan mengambil tindakan perundangan terhadap KKM berkata, syarikat belum memikirkan tindakan berkenaan.

"Apa yang penting ialah untuk meraih semula kepercayaan daripada pengguna Islam di negara ini dan tiada sebarang fokus diberikan bagi sebarang tindakan perundangan terhadap KKM. Justeru kita mendapatkan panel bebas untuk memantau operasi kilang," katanya.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...