Monday, July 21, 2014

2060) PPIM 19/7/2014 - Masyarakat Melayu Champa



19/07/2014 – Sekali lagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menziarahi masyarakat Melayu Champa di Teluk Gadung, Klang. Kehadiran PPIM nyata mampu memberikan senyuman dan kegembiraan kepada masyarakat Melayu Champa ini.

Kehadiran PPIM untuk kali kedua ini adalah untuk meraikan atau mengimarahkan lagi majlis berbuka puasa bersama Masyarakat Melayu Champa yang telah dianjurkan oleh Gift Foundation bersama PPIM. Selain daripada majlis berbuka puasa, sumbangan yang berupa pakaian, makanan dan duit raya juga telah diberikan kepada masyarakat ini.

Selain dari sumbangan berbentuk fizikal, PPIM dan Gift Foundation juga memberi sedikit sumbangan berbentuk motivasi dan ilmu kepada mereka.  Sumbangan seperti ini juga penting untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Topik-topik yang diperbincangkan adalah mengenai perpaduan, perkahwinan tanpa sebarang dokumen dan juga permasalahan dalam memeluk agama Islam.

Selain itu, aktivis-aktivis PPIM sempat bermain bersama kanak-kanak Melayu Champa. Seperti kanak-kanak lain, mereka juga mempunyai kehidupan kanak-kanak mereka. Oleh itu aktivis PPIM mengambil kesempatan ini untuk mengembirakan kanak-kanak tersebut.


Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan yang dilakukan mengikut giliran. Sumbangan berupa pakaian, makanan dan duit raya telah diagihkan untuk 400 orang. 


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...