Tuesday, July 8, 2014

2041) PPIM - Aktivis Sebak dan Insaf Ketika Menghulurkan Sumbangan Kepada Masyarakat Cham


Sambil berpuasa sambil beramal. Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah memberi sedikit sumbangan kepada sekumpulan manusia yang digelar Melayu Campa.

Hampir 300 keluarga Melayu Campa berhimpun untuk menerima sumbangan yang diberi oleh PPIM. Sumbangan yang terdiri dari minyak masak, biskut, sardin, teh, kopi dan banyak lagi. Kebanyakkan barang yang diberi adalah barangan keperluan asas.

Keluarga Melayu Campa ini dikesan menetap di sekitar sg buloh, cheras dan klang. Mereka menetap disini secara berkumpulan dan difahamkan terdapat sesetengah keluarga melayu campa ini menetap didalam hutan. Anak-anak yang dilahirkan di Malaysia ini tidak ke sekolah kerana status keluarga dan juga sesetengah daripada mereka tidak mempunyai dokumen diri yang lengkap.

Melayu Campa adalah orang melayu yang berasal dari kemboja. Kehidupan mereka yang agak serba kekurangan membuat kami memikir sejenak bagai manakah mereka menyambut hari raya sedangkan mereka tidak mempunyai keperluan yang lengkap.

Dengan itu, Pihak PPIM telahpun membina satu dana yang untuk menolong orang-orang islam Malaysia yang kurang kemampuan untuk menyambut hari raya yang mulia ini dengan gembira. Ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan masyarakat islam yang miskin ataupun kurang kemampuan.






No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...