Friday, July 11, 2014

2048)HARIAN METRO 11/7/2014 - Hantar mesej cabut nyawa

Headline: Hantar mesej cabut nyawa
Publication: HM
Date of publication: Jul 11, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Mohd Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: 'Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari'. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu.

Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

"Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada 'bookie' kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.

"Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia," katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

"Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang," katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank 'bookie' bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

"Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan," katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil 'cuti' dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...